Javascript must be enabled to continue!
ELEMEN PEMIKIRAN DALAM NOVEL KOMSAS TINGKATAN 5 BERDASARKAN TEORI SPB4K
View through CrossRef
Abstrak Karya sastera merupakan wadah penting bagi penulis untuk menyampaikan pelbagai bentuk pemikiran yang dapat memberikan ilmu dan manfaat kepada masyarakat. Aspek yang digarap dalam karya sastera amat signifikan untuk diteliti kerana masyarakat dapat mengetahui aspek-aspek yang memberi kesan terhadap pembangunan masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pemikiran yang terkandung dalam novel-novel Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 5, iaitu Bimasakti Menari (2015) karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Tirani (2015) karya Beb Sabariah, Silir Daksina (2010) karya Nizar Parman, dan Songket Berbenang Emas (2016) karya Khairuddin Ayip. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Kaedah ini dipilih kerana pengumpulan dan penganalisisan data berpaksikan kandungan teks yang dianalisis menggunakan Teori Struktur Pemikiran Bersepadu Empat Komponen (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan (2012). Teori SPB4K merangkumi empat dimensi utama pemikiran, iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa watak, perwatakan dan peristiwa yang digambarkan dalam teks-teks KOMSAS yang dikaji sarat dengan elemen pemikiran kesaintifikan, kekreatifan, kebitaraan dan kerohanian. Keempat-empat dimensi pemikiran ini berperanan sebagai wahana penting dalam pembentukan modal insan melalui karya sastera. Hal ini diperlihatkan menerusi pemaparan nilai agama yang bertunjangkan al-quran dan sunnah, watak dan perwatakan yang memiliki ciri-ciri individu cemerlang, pelbagai ilmu pengetahuan sebagai nilai tambah dan nilai kreativiti dalam pembentukan karya. Namun, aspek kerohanian dan kebitaraan yang paling dominan dalam keempat-empat teks KOMSAS. Penerapan keempat-empat elemen pemikiran tersebut diharap dapat memberi nilai tambah dalam pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda. Kesimpulannya, teks KOMSAS yang dipilih sebagai teks KOMSAS mengandungi pelbagai bentuk pemikiran yang lahir daripada buah fikiran dan kreativiti penulis. Pemikiran-pemikiran ini berperanan sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat, nilai dan ilmu pengetahuan kepada pembaca.
Abstract Literary works serve as a vital medium for writers to convey various forms of thought that can impart knowledge and provide benefits to society. The elements embedded in literature are significant for academic inquiry, as they offer insights into values and ideas that influence societal development. Accordingly, this study aims to analyse the dimensions of thought embedded in selected Form Five literary component (KOMSAS) novels, namely Bimasakti Menari (2015) by Sri Rahayu Mohd Yusop, Tirani (2015) by Beb Sabariah, Silir Daksina (2010) by Nizar Parman, and Songket Berbenang Emas (2016) by Khairuddin Ayip. This study applies a qualitative approach using content analysis and literature review methods. These methods were selected as the data collection and analysis are centred on the textual content of the novels, guided by the Theory of Integrated Thought Structure with Four Components (SPB4K) proposed by Mohd Yusof Hasan (2012). The SPB4K theory comprises four main dimensions of thought: spiritual thought, exemplary thought, scientific thought, and creative thought. The findings indicate that the characters, characterisation, and events portrayed in the selected KOMSAS texts are rich with elements of scientific, creative, exemplary, and spiritual thought. These four dimensions serve as crucial instruments in shaping human capital through literary works. This is evident in the portrayal of religious values rooted in the Qur’an and Sunnah, characters with exemplary traits, the inclusion of diverse forms of knowledge as value-added elements, and creative expression in literary construction. However, spiritual and exemplary thoughts emerged as the most dominant aspects across all four novels. The integration of these four elements is hoped to contribute added value to the development of human capital among the younger generation. In conclusion, the KOMSAS text selected showcases diverse perspectives originating from the author’s intellectual insights and creative expression. These elements function as effective vehicles for transmitting knowledge, values, and information to readers.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: ELEMEN PEMIKIRAN DALAM NOVEL KOMSAS TINGKATAN 5 BERDASARKAN TEORI SPB4K
Description:
Abstrak Karya sastera merupakan wadah penting bagi penulis untuk menyampaikan pelbagai bentuk pemikiran yang dapat memberikan ilmu dan manfaat kepada masyarakat.
Aspek yang digarap dalam karya sastera amat signifikan untuk diteliti kerana masyarakat dapat mengetahui aspek-aspek yang memberi kesan terhadap pembangunan masyarakat.
Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pemikiran yang terkandung dalam novel-novel Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 5, iaitu Bimasakti Menari (2015) karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Tirani (2015) karya Beb Sabariah, Silir Daksina (2010) karya Nizar Parman, dan Songket Berbenang Emas (2016) karya Khairuddin Ayip.
Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan.
Kaedah ini dipilih kerana pengumpulan dan penganalisisan data berpaksikan kandungan teks yang dianalisis menggunakan Teori Struktur Pemikiran Bersepadu Empat Komponen (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hasan (2012).
Teori SPB4K merangkumi empat dimensi utama pemikiran, iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa watak, perwatakan dan peristiwa yang digambarkan dalam teks-teks KOMSAS yang dikaji sarat dengan elemen pemikiran kesaintifikan, kekreatifan, kebitaraan dan kerohanian.
Keempat-empat dimensi pemikiran ini berperanan sebagai wahana penting dalam pembentukan modal insan melalui karya sastera.
Hal ini diperlihatkan menerusi pemaparan nilai agama yang bertunjangkan al-quran dan sunnah, watak dan perwatakan yang memiliki ciri-ciri individu cemerlang, pelbagai ilmu pengetahuan sebagai nilai tambah dan nilai kreativiti dalam pembentukan karya.
Namun, aspek kerohanian dan kebitaraan yang paling dominan dalam keempat-empat teks KOMSAS.
Penerapan keempat-empat elemen pemikiran tersebut diharap dapat memberi nilai tambah dalam pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda.
Kesimpulannya, teks KOMSAS yang dipilih sebagai teks KOMSAS mengandungi pelbagai bentuk pemikiran yang lahir daripada buah fikiran dan kreativiti penulis.
Pemikiran-pemikiran ini berperanan sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat, nilai dan ilmu pengetahuan kepada pembaca.
Abstract Literary works serve as a vital medium for writers to convey various forms of thought that can impart knowledge and provide benefits to society.
The elements embedded in literature are significant for academic inquiry, as they offer insights into values and ideas that influence societal development.
Accordingly, this study aims to analyse the dimensions of thought embedded in selected Form Five literary component (KOMSAS) novels, namely Bimasakti Menari (2015) by Sri Rahayu Mohd Yusop, Tirani (2015) by Beb Sabariah, Silir Daksina (2010) by Nizar Parman, and Songket Berbenang Emas (2016) by Khairuddin Ayip.
This study applies a qualitative approach using content analysis and literature review methods.
These methods were selected as the data collection and analysis are centred on the textual content of the novels, guided by the Theory of Integrated Thought Structure with Four Components (SPB4K) proposed by Mohd Yusof Hasan (2012).
The SPB4K theory comprises four main dimensions of thought: spiritual thought, exemplary thought, scientific thought, and creative thought.
The findings indicate that the characters, characterisation, and events portrayed in the selected KOMSAS texts are rich with elements of scientific, creative, exemplary, and spiritual thought.
These four dimensions serve as crucial instruments in shaping human capital through literary works.
This is evident in the portrayal of religious values rooted in the Qur’an and Sunnah, characters with exemplary traits, the inclusion of diverse forms of knowledge as value-added elements, and creative expression in literary construction.
However, spiritual and exemplary thoughts emerged as the most dominant aspects across all four novels.
The integration of these four elements is hoped to contribute added value to the development of human capital among the younger generation.
In conclusion, the KOMSAS text selected showcases diverse perspectives originating from the author’s intellectual insights and creative expression.
These elements function as effective vehicles for transmitting knowledge, values, and information to readers.
Related Results
Tingkat Performa Fisik Atlet Bulutangkis Usia Remaja PB. SAM Mobil Kabupaten Sumenep
Tingkat Performa Fisik Atlet Bulutangkis Usia Remaja PB. SAM Mobil Kabupaten Sumenep
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui tingkat performa fisik pemain bulu tangkis remaja di klub PB. Sam Mobil, Kabupaten Sumenep. Metode yang digunakan dalam penelitian ini ada...
MENENTUKAN WAKTU STANDAR PADA AKTIVITAS KERJA PRODUKSI SABLON MANUAL DI CV. DWIPUTRA IHWA
MENENTUKAN WAKTU STANDAR PADA AKTIVITAS KERJA PRODUKSI SABLON MANUAL DI CV. DWIPUTRA IHWA
Analisis waktu standar produksi merupakan salah satu analisis metoda kuantitatif yang dilakukan untuk mengukur waktu produksi dan bertujuan agar dapat memiliki waktu standar sebaga...
PERANCANGAN RAPI DALAM SILIR DAKSINA DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN
PERANCANGAN RAPI DALAM SILIR DAKSINA DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN
Abstract This study analyses a literary work using the Management Approach by Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). There are five principles under the approach: planning, leadership,...
ELEMEN-ELEMEN ARSITEKTUR NEO-GOTIK PADA GEREJA POUK LAHAI ROI JAKARTA
ELEMEN-ELEMEN ARSITEKTUR NEO-GOTIK PADA GEREJA POUK LAHAI ROI JAKARTA
Abstrak - Gereja POUK Lahai Roi merupakan Gereja Oikumene yang terletak di Jakarta. Sekilas dapat terlihat elemen-elemen Arsitektur neo-Gotik pada gereja ini, seperti adanya menara...
KAJIAN ELEMEN CITRA KOTA DALAM KAWASAN KOTA DEPOK (TEORI KEVIN LYNCH)
KAJIAN ELEMEN CITRA KOTA DALAM KAWASAN KOTA DEPOK (TEORI KEVIN LYNCH)
Kawasan adalah sebuah tempat yang mempunyai bagian-bagian penting yang berperan menampung kegiatan manusia berdasarkan kebutuhannya masing-masing. Semakin baiknya penataan pada seb...
THE SPIRITUAL DISCOURSE OF MALAY ADOLESCENTS IN THE NOVEL DESTINASI IMPIAN BASED ON THE SPB4K THEORY: AN ANALYSIS OF SOCIAL CONTROVERSY AND CRITICISM
THE SPIRITUAL DISCOURSE OF MALAY ADOLESCENTS IN THE NOVEL DESTINASI IMPIAN BASED ON THE SPB4K THEORY: AN ANALYSIS OF SOCIAL CONTROVERSY AND CRITICISM
This study aims to analyze the spiritual thinking of Malay teenagers in the novel Destinasi Impian by Mohd Ismail Sarbini. Although this novel has been criticized by the community ...
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen...
Tipologi Pemikiran Pendidikan Islam Di Indonesia
Tipologi Pemikiran Pendidikan Islam Di Indonesia
Pemikiran pendidikan adalah serangkaian proses kerja akal dan kalbu yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dalam melihat berbagai persoalan yang ada dalam pendidikan Islam. Untuk...

