Javascript must be enabled to continue!
Analisis Item Nafkah Selain Keperluan Asas Dalam Perintah Nafkah
View through CrossRef
Terdapat beberapa item nafkah yang boleh dituntut untuk memenuhi keperluan bagi penerusan kehidupan dengan pembayaran secara kos. Nafkah merupakan tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya dan tanggungjawab suami kepada isterinya. Mahkamah akan memerintahkan pembayaran nafkah terhadap si bapa atau bekas suami apabila pihak-pihak yang berkahwin bercerai. Selain itu, bagi pihak lelaki yang berpoligami, mahkamah turut memerintahkan pembayaran nafkah kepada isteri pertama dan isteri seterusnya. Walau bagaimanapun, persoalan timbul tentang sejauh manakah keperluan asas tersebut seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, ditambah dengan pendidikan dan perubatan menurut undang-undang mencukupi kepada pihak penuntut. Analisis kajian kes mendapati bahawa terdapat pertambahan nafkah yang lain setelah dikaji beberapa kes-kes terdahulu yang telah diputuskan. Maka, objektif kajian ini adalah untuk meneliti dan juga menganalisis item-item nafkah yang dituntut oleh isteri, bekas isteri dan juga anak-anak yang boleh dijadikan kepentingan nafkah dan juga sebagai rujukan serta mungkin menjadi keperluan bagi zaman ini dan masa akan datang. Dalam kajian ini, metodologi yang digunakan ialah kajian kualitatif dengan mengumpul data secara kepustakaan dan menganalisis data daripada peruntukan undang-undang, artikel, jurnal, penulisan ilmiah serta kajian kes. Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah temubual secara tidak berstruktur yang menemubual peguam-peguam yang mengendalikan kes-kes di mahkamah syariah. Hasil kajian mendapati bahawa antara item yang ditambah oleh pelanggan mahkamah syariah untuk dijadikan suatu kepentingan kini ialah bil-bil utiliti, insurans, tabung haji, pengangkutan dan percutian. Penulisan ini mencadangkan agar pemohon nafkah perlu memasukkan item-item tersebut dalam permohonan tuntutan nafkah agar ia menjadi kehidupan yang lebih berkualiti.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Analisis Item Nafkah Selain Keperluan Asas Dalam Perintah Nafkah
Description:
Terdapat beberapa item nafkah yang boleh dituntut untuk memenuhi keperluan bagi penerusan kehidupan dengan pembayaran secara kos.
Nafkah merupakan tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya dan tanggungjawab suami kepada isterinya.
Mahkamah akan memerintahkan pembayaran nafkah terhadap si bapa atau bekas suami apabila pihak-pihak yang berkahwin bercerai.
Selain itu, bagi pihak lelaki yang berpoligami, mahkamah turut memerintahkan pembayaran nafkah kepada isteri pertama dan isteri seterusnya.
Walau bagaimanapun, persoalan timbul tentang sejauh manakah keperluan asas tersebut seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, ditambah dengan pendidikan dan perubatan menurut undang-undang mencukupi kepada pihak penuntut.
Analisis kajian kes mendapati bahawa terdapat pertambahan nafkah yang lain setelah dikaji beberapa kes-kes terdahulu yang telah diputuskan.
Maka, objektif kajian ini adalah untuk meneliti dan juga menganalisis item-item nafkah yang dituntut oleh isteri, bekas isteri dan juga anak-anak yang boleh dijadikan kepentingan nafkah dan juga sebagai rujukan serta mungkin menjadi keperluan bagi zaman ini dan masa akan datang.
Dalam kajian ini, metodologi yang digunakan ialah kajian kualitatif dengan mengumpul data secara kepustakaan dan menganalisis data daripada peruntukan undang-undang, artikel, jurnal, penulisan ilmiah serta kajian kes.
Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah temubual secara tidak berstruktur yang menemubual peguam-peguam yang mengendalikan kes-kes di mahkamah syariah.
Hasil kajian mendapati bahawa antara item yang ditambah oleh pelanggan mahkamah syariah untuk dijadikan suatu kepentingan kini ialah bil-bil utiliti, insurans, tabung haji, pengangkutan dan percutian.
Penulisan ini mencadangkan agar pemohon nafkah perlu memasukkan item-item tersebut dalam permohonan tuntutan nafkah agar ia menjadi kehidupan yang lebih berkualiti.
Related Results
[RETRACTED] Keanu Reeves CBD Gummies v1
[RETRACTED] Keanu Reeves CBD Gummies v1
[RETRACTED]Keanu Reeves CBD Gummies ==❱❱ Huge Discounts:[HURRY UP ] Absolute Keanu Reeves CBD Gummies (Available)Order Online Only!! ❰❰= https://www.facebook.com/Keanu-Reeves-CBD-G...
Makalah M.andhiko pratama
Makalah M.andhiko pratama
Asas-asas hukum Peradilan Tata Usaha Negara yang menjadi karakteristik hukum acara Peradilan Tata Usaha Negara di antaranya sebagai berikut: Asas praduga rechtmatig (vermoden van r...
Posisi Hukum Adat dalam Hukum Kontrak Nasional Indonesia
Posisi Hukum Adat dalam Hukum Kontrak Nasional Indonesia
<p align="center"><strong><em>Abstract</em></strong></p><p><em>Sooner or later Indonesia will have its own law of contract. Reasons ...
POSISI HUKUM ADAT DALAM HUKUM KONTRAK NASIONAL INDONESIA
POSISI HUKUM ADAT DALAM HUKUM KONTRAK NASIONAL INDONESIA
<h2>Abstract</h2><p>Cepat atau lambat Indonesia akan memiliki hukum perjanjiannya sendiri. Alasan dari pernyataan ini adalah bahwa, pertama, hukum kontrak Indoens...
ASAS-ASAS PEMBENTUKAN PERATURAN PERUNDANG-UNDANGAN DALAM PENYUSUNAN RANCANGAN PERATURAN DAERAH
ASAS-ASAS PEMBENTUKAN PERATURAN PERUNDANG-UNDANGAN DALAM PENYUSUNAN RANCANGAN PERATURAN DAERAH
Negara Indonesia adalah negara hukum. Sebagai negara hukum, segala aspek kehidupan dalam bidang kemasyarakatan, kebangsaan, dan kenegaraan termasuk pemerintahan harus berdasarkan a...
Nor Rasidah binti Abdullah lwn Mohd Zaini bin Ahamdzin (No. Kes: 05007-024-0031-2022)
Nor Rasidah binti Abdullah lwn Mohd Zaini bin Ahamdzin (No. Kes: 05007-024-0031-2022)
Plaintif, Nor Rasidah binti Abdullah, telah memfailkan tuntutan nafkah anak terhadap bekas suaminya, Mohd Zaini bin Ahamdzin, setelah Defendan gagal menyediakan nafkah yang mencuku...
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh penggunaan peranti digital terhadap perkembangan kemahiran digital kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Seiring dengan perkembang...
Analisis KHI Terhadap Putusan Hakim No.292/Pdt.G/2025/PA.Pwk tentang Nafkah Mut'ah pada Cerai Gugat
Analisis KHI Terhadap Putusan Hakim No.292/Pdt.G/2025/PA.Pwk tentang Nafkah Mut'ah pada Cerai Gugat
Abstract. This study analyzes the legal considerations of judges in granting nafkah mut'ah (consolatory gift) in Decision Number 292/Pdt.G/2025/PA.Pwk by the Purwakarta Religious C...

