Javascript must be enabled to continue!
Kata Kerja Tanpa Argumen Dalam Bahasa Melayu
View through CrossRef
Makalah ini bertujuan menghuraikan kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu. Secara umum, kata kerja dalam bahasa Melayu sering dianggap mempunyai argumen sama ada berbentuk subjek ataupun objek dalam binaan ayatnya. Walau bagaimanapun, belum terdapat kajian mendalam yang meneliti secara khusus kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu. Ramli (1995) pernah menyentuh tentang subjek pleonastik di dalam bukunya. Namun, perbincangan tersebut hanya bersifat sepintas lalu dan tidak pernah dikaji secara mendalam sehingga kini. Sehubungan itu, kajian ini menumpukan dua jenis kata, iaitu hujan dan panas yang boleh berfungsi sebagai kata kerja. Menurut Kamus Dewan Perdana, kata hujan berstatus kata nama, manakala panas termasuk dalam golongan kata adjektif. Dengan kata lain, bagi membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai/memiliki kata kerja tanpa argumen, kata kerja cuaca hujan dan panas dipilih atas rasional bahawa kata-kata ini dapat berfungsi sebagai predikat yang berdiri sendiri tanpa sebarang argumen, termasuk frasa nama subjek dalam ayat. Kajian ini hanya menumpukan pada kata kerja cuaca dalam bahasa Melayu baku. Dapatan kajian membuktikan bahawa kata kerja cuaca ialah sejenis kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu tergolong ke dalam jenis bahasa pro-drop (subjek boleh digugurkan) dan tidak memerlukan subjek nyata, mahupun subjek pleonastik. Dengan erti kata lain, bahasa Melayu kadangkala tidak memerlukan subjek nyata (overt subject) di dalam binaan ayatnya. Kajian ini membuktikan bahawa kata hujan dan panas boleh berdiri sendiri sebagai unsur predikat, dan boleh didahului atau diikuti oleh frasa adverba.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Kata Kerja Tanpa Argumen Dalam Bahasa Melayu
Description:
Makalah ini bertujuan menghuraikan kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu.
Secara umum, kata kerja dalam bahasa Melayu sering dianggap mempunyai argumen sama ada berbentuk subjek ataupun objek dalam binaan ayatnya.
Walau bagaimanapun, belum terdapat kajian mendalam yang meneliti secara khusus kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu.
Ramli (1995) pernah menyentuh tentang subjek pleonastik di dalam bukunya.
Namun, perbincangan tersebut hanya bersifat sepintas lalu dan tidak pernah dikaji secara mendalam sehingga kini.
Sehubungan itu, kajian ini menumpukan dua jenis kata, iaitu hujan dan panas yang boleh berfungsi sebagai kata kerja.
Menurut Kamus Dewan Perdana, kata hujan berstatus kata nama, manakala panas termasuk dalam golongan kata adjektif.
Dengan kata lain, bagi membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai/memiliki kata kerja tanpa argumen, kata kerja cuaca hujan dan panas dipilih atas rasional bahawa kata-kata ini dapat berfungsi sebagai predikat yang berdiri sendiri tanpa sebarang argumen, termasuk frasa nama subjek dalam ayat.
Kajian ini hanya menumpukan pada kata kerja cuaca dalam bahasa Melayu baku.
Dapatan kajian membuktikan bahawa kata kerja cuaca ialah sejenis kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu.
Hal ini demikian kerana bahasa Melayu tergolong ke dalam jenis bahasa pro-drop (subjek boleh digugurkan) dan tidak memerlukan subjek nyata, mahupun subjek pleonastik.
Dengan erti kata lain, bahasa Melayu kadangkala tidak memerlukan subjek nyata (overt subject) di dalam binaan ayatnya.
Kajian ini membuktikan bahawa kata hujan dan panas boleh berdiri sendiri sebagai unsur predikat, dan boleh didahului atau diikuti oleh frasa adverba.
Related Results
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris”
sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
Abstract Slow learners often face issues when learning their first language. Since Malay is the functional language in Malaysia, students need to master it to facilitate the proces...
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
Budaya sering kali dipersembahkan secara tidak seimbang dan tidak lengkap dalam pengajaran bahasa terutamanya bahasa asing. Oleh itu, Kajian ini dijalankan untuk meneroka represent...
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
Abstract This study aims to identify Sanskrit loanwords in the Malay language and discuss the changes from an etymological standpoint. The changes discussed include two salient ele...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...

