Javascript must be enabled to continue!
Analisis Makna Tersirat dalam Sajak “Simpati” Karya Dato’ Rahman Shaari berdasarkan Teori Teun. A Van Dijk
View through CrossRef
Kajian ini bertujuan menghuraikan perkataan yang mengandungi elemen makna tersirat dalam sajak “Simpati” karya Rahman Shaari serta menganalisis fungsi makna tersirat dalam pembentukan makna dan model mental berdasarkan kerangka teori Van Dijk (2006). Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks dan kepustakaan. Sebanyak 10 perkataan dikenal pasti mengandungi elemen makna tersirat dan dihuraikan berdasarkan pandangan Leech (1981). Analisis terhadap fungsi makna tersirat pula bersandarkan aspek mikrostruktur semantik dalam teori Analisis Wacana Kritis Teun A. van Dijk, khususnya konsep pembentukan model mental dalam ingatan episodik pembaca. Penemuan baharu dalam kajian menunjukkan bahawa makna tersirat dalam sajak berfungsi melalui tiga mekanisme utama iaitu ironi, pengulangan diksi dan elipsis makna yang secara kolektif membina, mengukuhkan dan melengkapkan model mental pembaca. Kajian ini membuktikan bahawa pemilihan diksi yang bersifat tersirat bukan sekadar elemen estetika, malah berperanan aktif dalam membentuk tafsiran pembaca terhadap mesej sosial dan kritikan yang disampaikan oleh penyajak. Kajian ini juga menunjukkan pendekatan analisis wacana kritis adalah relevan dalam meneliti karya sastera Melayu moden.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Analisis Makna Tersirat dalam Sajak “Simpati” Karya Dato’ Rahman Shaari berdasarkan Teori Teun. A Van Dijk
Description:
Kajian ini bertujuan menghuraikan perkataan yang mengandungi elemen makna tersirat dalam sajak “Simpati” karya Rahman Shaari serta menganalisis fungsi makna tersirat dalam pembentukan makna dan model mental berdasarkan kerangka teori Van Dijk (2006).
Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks dan kepustakaan.
Sebanyak 10 perkataan dikenal pasti mengandungi elemen makna tersirat dan dihuraikan berdasarkan pandangan Leech (1981).
Analisis terhadap fungsi makna tersirat pula bersandarkan aspek mikrostruktur semantik dalam teori Analisis Wacana Kritis Teun A.
van Dijk, khususnya konsep pembentukan model mental dalam ingatan episodik pembaca.
Penemuan baharu dalam kajian menunjukkan bahawa makna tersirat dalam sajak berfungsi melalui tiga mekanisme utama iaitu ironi, pengulangan diksi dan elipsis makna yang secara kolektif membina, mengukuhkan dan melengkapkan model mental pembaca.
Kajian ini membuktikan bahawa pemilihan diksi yang bersifat tersirat bukan sekadar elemen estetika, malah berperanan aktif dalam membentuk tafsiran pembaca terhadap mesej sosial dan kritikan yang disampaikan oleh penyajak.
Kajian ini juga menunjukkan pendekatan analisis wacana kritis adalah relevan dalam meneliti karya sastera Melayu moden.
Related Results
Analisis Dimensi Teks pada Lirik Lagu "Tanpa Pamrih" Karya Feby Putri (Teori Analisis Wacana Kritis Teun A. Van Dijk)
Analisis Dimensi Teks pada Lirik Lagu "Tanpa Pamrih" Karya Feby Putri (Teori Analisis Wacana Kritis Teun A. Van Dijk)
Rumusan masalah dalam penelitian ini yaitu bagaimanakah analisis dimensi teks wacana kritis model Teun A. Van Dijk yang terdapat pada lirik lagu “Tanpa Pamrih” karya Feby Putri?, b...
Unsur Estetik dalam Sajak karya Rahman Shaar
Unsur Estetik dalam Sajak karya Rahman Shaar
Rahman Shaari bergiat dalam bidang penulisan pelbagai buku dan rencana sastera bukanlah asing dalam kalangan penulis khususnya pengkarya sastera. Bahkan beliau merupakan seorang pe...
KAJIAN STRUKTURAL-SEMIOTIK PADA KUMPULAN SAJAK LAGU PADUNGDUNG KARYA DENI AHMAD FAJAR UNTUK BAHAN PEMBELAJARAN MEMBACA SAJAK DI SMA
KAJIAN STRUKTURAL-SEMIOTIK PADA KUMPULAN SAJAK LAGU PADUNGDUNG KARYA DENI AHMAD FAJAR UNTUK BAHAN PEMBELAJARAN MEMBACA SAJAK DI SMA
Latar belakang penelitian ini dikarenakan sajak masih berkembang di masyarakat, termasuk pelajar dan mahasiswa. Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis teks-teks sajak yang te...
KAJIAN STRUKTUR SAJAK DINA KUMPULAN PUISI SUNDA MODÉREN NU NYUSUK DINA SUKMA KARYA CHYÉ RÉTTY ISNÉNDÉS PIKEUN BAHAN AJAR APRÉSIASI PUISI DI SMA KELAS XI
KAJIAN STRUKTUR SAJAK DINA KUMPULAN PUISI SUNDA MODÉREN NU NYUSUK DINA SUKMA KARYA CHYÉ RÉTTY ISNÉNDÉS PIKEUN BAHAN AJAR APRÉSIASI PUISI DI SMA KELAS XI
Penelitian ini berjudul “Kajian Struktur Sajak dina Kumpulan Puisi Sunda Modéren Nu Nyusuk dina Sukma karya Chyé Rétty Isnéndés”. Penelitian ini bertujuan untuk melengkapi kajian s...
Analisis Struktur Dan Makna Kumpulan Sajak Lagu Pemacu Ombak Karya Sutan Takdir Ali Sjahbana
Analisis Struktur Dan Makna Kumpulan Sajak Lagu Pemacu Ombak Karya Sutan Takdir Ali Sjahbana
Penciptaan saja diarahkan oleh tujuan penyair dan kaidah yang dianutnya. Sebuah sajak sudah dikonsep oleh penulis sebagai sajak dan bukan sebagai prosa, kemudian disajakkan. Seoran...
KEPENGARANGAN REALISME LENGKAP SASTERAWAN NEGARA RAHMAN SHAARI: ANALISIS NOVEL CENGKAMAN HASRAT COMPLETE REALISM WRITING OF NATIONAL LAUREATE RAHMAN SHAARI: AN ANALYSIS OF THE NOVEL CENGKAMAN HASRAT
KEPENGARANGAN REALISME LENGKAP SASTERAWAN NEGARA RAHMAN SHAARI: ANALISIS NOVEL CENGKAMAN HASRAT COMPLETE REALISM WRITING OF NATIONAL LAUREATE RAHMAN SHAARI: AN ANALYSIS OF THE NOVEL CENGKAMAN HASRAT
Kajian realisme mutakhir ini semakin mendapat sambutan dalam kegiatan kesusasteraan tempatan selepas beberapa ketika pernah disanggah dan ditolak daripada kegiatan kesusasteraan di...
Analisis Makna dalam Lirik Lagu Dato' Jamal Abdillah
Analisis Makna dalam Lirik Lagu Dato' Jamal Abdillah
Bahasa mempunyai hubungan yang sangat erat dengan masyarakat kerana setiap masyarakat perlu saling berhubung antara satu dengan lain. Bahasa juga merupakan alat komunikasi yang pal...
Numéro 85 (nl) - février 2011
Numéro 85 (nl) - février 2011
Op initiatief van de federale overheid heeft het Belgische stelsel van werkloosheidsverze-kering sinds 2004 belangrijke veranderingen ondergaan. Het principe van de toekenning van ...

