Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Analisis Makna dalam Lirik Lagu Dato' Jamal Abdillah

View through CrossRef
Bahasa mempunyai hubungan yang sangat erat dengan masyarakat kerana setiap masyarakat perlu saling berhubung antara satu dengan lain. Bahasa juga merupakan alat komunikasi yang paling berkesan untuk menyampaikan makna, terutamanya dalam lagu. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis lirik lagu memerlukan bahasa untuk menyampaikan makna yang difahami oleh pendengar. Setiap lirik lagu menggambarkan bentuk pemikiran penulisnya. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis makna dalam lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah. Menerusi kajian ini, penulis mengenal pasti, sama ada semua jenis makna terdapat dalam setiap lagu atau mengandungi beberapa jenis makna sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu analisis teks. Pengkaji menganalisis makna dalam lirik lagu berlandaskan jenis makna yang dikemukakan oleh Leech (1974). Dalam penelitian ini, ketujuh-tujuh jenis makna ditemukan dalam lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah. Jenis makna yang banyak ditemukan dalam lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah ialah makna konseptual, makna afektif dan makna tematik. Semua jenis makna ini digunakan dalam lirik lagu dengan tujuan tertentu. Contohnya, makna tematik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap sesuatu kata. Oleh sebab kata yang digunakan oleh penulis lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah ini sangat mudah difahami, pembaca dapat menghayati dan memahami pesanan yang disampaikan oleh penulis dengan jelasnya.
Title: Analisis Makna dalam Lirik Lagu Dato' Jamal Abdillah
Description:
Bahasa mempunyai hubungan yang sangat erat dengan masyarakat kerana setiap masyarakat perlu saling berhubung antara satu dengan lain.
Bahasa juga merupakan alat komunikasi yang paling berkesan untuk menyampaikan makna, terutamanya dalam lagu.
Hal ini dikatakan demikian kerana penulis lirik lagu memerlukan bahasa untuk menyampaikan makna yang difahami oleh pendengar.
Setiap lirik lagu menggambarkan bentuk pemikiran penulisnya.
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis makna dalam lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah.
Menerusi kajian ini, penulis mengenal pasti, sama ada semua jenis makna terdapat dalam setiap lagu atau mengandungi beberapa jenis makna sahaja.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu analisis teks.
Pengkaji menganalisis makna dalam lirik lagu berlandaskan jenis makna yang dikemukakan oleh Leech (1974).
Dalam penelitian ini, ketujuh-tujuh jenis makna ditemukan dalam lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah.
Jenis makna yang banyak ditemukan dalam lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah ialah makna konseptual, makna afektif dan makna tematik.
Semua jenis makna ini digunakan dalam lirik lagu dengan tujuan tertentu.
Contohnya, makna tematik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap sesuatu kata.
Oleh sebab kata yang digunakan oleh penulis lirik lagu Dato’ Jamal Abdillah ini sangat mudah difahami, pembaca dapat menghayati dan memahami pesanan yang disampaikan oleh penulis dengan jelasnya.

Related Results

Analisis Pendekatan Ekspresif pada Lagu "Takut" Karya Idigtaf
Analisis Pendekatan Ekspresif pada Lagu "Takut" Karya Idigtaf
Musik adalah karya seni yang berupa bunyi atau suara yang disusun dalam urutan, kombinasi, dan hubungan temporal untuk menghasilkan komposisi yang memiliki kesatuan dan kesinambung...
Analisis Metafora Yang Mengandung Makna Kemanusiaan Dalam Kumpulan Lagu Iwan Fals
Analisis Metafora Yang Mengandung Makna Kemanusiaan Dalam Kumpulan Lagu Iwan Fals
irik-lirik lagu ciptaan Iwan Fals banyak mengungkapkan kritik tentang kemanusiaan yang dirasakan rakyat setempat dari berbagai golongan, baik dalam negeri maupun luar negeri.  Kema...
Kajian Struktur dan Makna Lagu Gemu Fa Mi Re Karya Nyong Franco
Kajian Struktur dan Makna Lagu Gemu Fa Mi Re Karya Nyong Franco
Lagu Gemu Fa Mi Re merupakan lagu yang berasal dari kota Maumere Nusa Tenggara Timur, yang diciptakan oleh Nyong Franco.           Penelitian ini dilatarbelakangi oleh ketertarikan...
Analisis Wacana Van Dijk pada Lirik Lagu Pingal Ciptaan Andry Priyanta
Analisis Wacana Van Dijk pada Lirik Lagu Pingal Ciptaan Andry Priyanta
Tujuan penelitian ini untuk menggambarkan struktur yang terdapat dalam lirik lagu Pingal sehingga orang-orang, terutama penikmat lagu Jawa, dapat memahami dan menikmati makna yang ...
ANALISIS SEMIOTIKA MAKNA CINTA PADA LIRIK LAGU “TAK SEKEDAR CINTA” KARYA DNANDA
ANALISIS SEMIOTIKA MAKNA CINTA PADA LIRIK LAGU “TAK SEKEDAR CINTA” KARYA DNANDA
This study examines the meaning of love in the lyrics of Dnanda's song "Tak Sekedar Cinta" by using Roland Barthes' semiotic theory. In this semiotic analysis, Roland Barthes exami...
Analisis Dimensi Teks pada Lirik Lagu "Tanpa Pamrih" Karya Feby Putri (Teori Analisis Wacana Kritis Teun A. Van Dijk)
Analisis Dimensi Teks pada Lirik Lagu "Tanpa Pamrih" Karya Feby Putri (Teori Analisis Wacana Kritis Teun A. Van Dijk)
Rumusan masalah dalam penelitian ini yaitu bagaimanakah analisis dimensi teks wacana kritis model Teun A. Van Dijk yang terdapat pada lirik lagu “Tanpa Pamrih” karya Feby Putri?, b...
MAKNA LEKSIKAL DAN GRAMATIKAL LIRIK LAGU DALAM ALBUM MONOKROM KARYA TULUS
MAKNA LEKSIKAL DAN GRAMATIKAL LIRIK LAGU DALAM ALBUM MONOKROM KARYA TULUS
Lirik lagu memiliki beberapa konsep yang sering digunakan, yaitu menceritakan sesuatu atau membawa kesan pengalaman pengarang. Salah satu kumpulan lagu yang menarik baik dalam hal ...

Back to Top