Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Tahap Pengetahuan dan Amalan Kemahiran Fungsi Eksekutif Guru Prasekolah

View through CrossRef
Kemahiran fungsi eksekutif merupakan satu set kemahiran mental yang membolehkan seseorang itu merancang, membimbing dan mengawal proses dan tingkah laku yang berarahkan matlamat. Kemahiran fungsi eksekutif membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran kerja berpasukan, kepimpinan, membuat keputusan, berusaha ke arah matlamat, pemikiran kritis, kebolehsuaian, dan mengawal emosi sendiri dan orang lain. Menyedari akan kepentingan kemahiran fungsi eksekutif terhadap pembelajaran seusia kanak-kanak prasekolah, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap pengetahuan dan amalan guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif. Responden kajian terdiri daripada 180 orang guru prasekolah di negeri Selangor. Instrumen soal selidik diedarkan kepada responden kajian secara atas talian melalui Google Form. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26 dengan menjalankan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai serta korelasi Pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif adalah rendah (M=2.05, SP=0.761) manakala tahap amalan guru prasekolah berada tahap yang tinggi (M=4.4, SP=0.574). Hasil ujian korelasi Pearson mendapati hubungan signifikan yang sederhana antara tahap pengetahuan guru prasekolah dengan amalan kemahiran fungsi eksekutif (r=0.488). Hal ini menunjukkan adanya perkaitan antara tahap pengetahuan dengan amalan dalam guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif. Hasil kajian ini diharap dapat memberikan pendedahan kepada guru bagi menambah pengetahuan dan pemahaman serta mempersiapkan diri dengan kemahiran fungsi eksekutif.
Title: Tahap Pengetahuan dan Amalan Kemahiran Fungsi Eksekutif Guru Prasekolah
Description:
Kemahiran fungsi eksekutif merupakan satu set kemahiran mental yang membolehkan seseorang itu merancang, membimbing dan mengawal proses dan tingkah laku yang berarahkan matlamat.
Kemahiran fungsi eksekutif membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran kerja berpasukan, kepimpinan, membuat keputusan, berusaha ke arah matlamat, pemikiran kritis, kebolehsuaian, dan mengawal emosi sendiri dan orang lain.
Menyedari akan kepentingan kemahiran fungsi eksekutif terhadap pembelajaran seusia kanak-kanak prasekolah, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap pengetahuan dan amalan guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif.
Responden kajian terdiri daripada 180 orang guru prasekolah di negeri Selangor.
Instrumen soal selidik diedarkan kepada responden kajian secara atas talian melalui Google Form.
Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26 dengan menjalankan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai serta korelasi Pearson.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif adalah rendah (M=2.
05, SP=0.
761) manakala tahap amalan guru prasekolah berada tahap yang tinggi (M=4.
4, SP=0.
574).
Hasil ujian korelasi Pearson mendapati hubungan signifikan yang sederhana antara tahap pengetahuan guru prasekolah dengan amalan kemahiran fungsi eksekutif (r=0.
488).
Hal ini menunjukkan adanya perkaitan antara tahap pengetahuan dengan amalan dalam guru prasekolah terhadap kemahiran fungsi eksekutif.
Hasil kajian ini diharap dapat memberikan pendedahan kepada guru bagi menambah pengetahuan dan pemahaman serta mempersiapkan diri dengan kemahiran fungsi eksekutif.

Related Results

Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Tahap Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Autisme
Prasekolah merupakan permulaan bagi pendidikan awal seorang kanak-kanak secara formal dan ianya tiada limitasi walau apapun perkembangan dan pertumbuhan mereka. Kajian ini dijalank...
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen...
Penilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan Prasekolah
Penilaian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kemahiran Bacaan Awal bagi Kanak-Kanak Ketidakupayaan Penglihatan Prasekolah
This study aims to assess the applicability of the Braille Early Reading Skills module based on the a-J+3+6 method for children with visual impairment (CVI) preschool. The main iss...
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek...
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...

Back to Top