Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Motif Watak-Watak Sejarah Islam – Arab dalam Karya Kemala sebagai Satu Introspeksi Bahasa pada Masa Kini

View through CrossRef
Kajian ini meneliti puisi-puisi Ahmad Kamal bin Abdullah atau Kemala, seorang tokoh terkemuka dalam kesusasteraan Melayu moden, dengan memberi tumpuan kepada watak-watak sejarah Islam–Arab yang diangkat dalam karyanya. Permasalahan kajian timbul daripada kekurangan penelitian akademik terhadap peranan watak sejarah Islam–Arab dalam puisi sebagai wahana introspeksi bahasa dan pemikiran keislaman, khususnya dalam konteks pascamodenisme yang sering meminggirkan warisan tradisi. Kekosongan kajian ini menyebabkan nilai sejarah, pemikiran, dan keunggulan watak Islam–Arab kurang dimanfaatkan sebagai sumber ilham untuk membimbing masyarakat masa kini. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti watak sejarah Islam–Arab yang digunakan oleh Kemala, menganalisis pengucapan puitisnya, dan meneliti bagaimana watak-watak tersebut berperanan sebagai medium muhasabah, pengukuhan jati diri, serta pemartabatan nilai keislaman. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berasaskan kajian kepustakaan, dengan analisis teks terhadap puisi-puisi terpilih daripada dua kumpulan puisinya, Kaktus-kaktus (1976) dan ‘Ayn (1983), yang menampilkan watak lelaki dan wanita daripada sejarah Islam–Arab. Analisis dilakukan secara tematik dan intertekstual untuk menghubungkan puisi dengan sumber sejarah serta teks klasik Islam–Arab. Dapatan kajian menunjukkan Kemala secara konsisten memanfaatkan watak sejarah sebagai strategi mendokumentasikan semula peristiwa dan nilai Islam, menyampaikan dakwah secara halus dan berseni, serta menjulang budaya dan budi leluhur Islam melalui bahasa kebangsaan peribumi yang puitis dan simbolis. Penemuan ini membuktikan bahawa karya Kemala bukan sahaja bernilai estetika, tetapi juga berperanan penting dalam menghubungkan sejarah dengan realiti semasa, seterusnya memupuk kesedaran rohani dan intelektual dalam kalangan pembaca.
Title: Motif Watak-Watak Sejarah Islam – Arab dalam Karya Kemala sebagai Satu Introspeksi Bahasa pada Masa Kini
Description:
Kajian ini meneliti puisi-puisi Ahmad Kamal bin Abdullah atau Kemala, seorang tokoh terkemuka dalam kesusasteraan Melayu moden, dengan memberi tumpuan kepada watak-watak sejarah Islam–Arab yang diangkat dalam karyanya.
Permasalahan kajian timbul daripada kekurangan penelitian akademik terhadap peranan watak sejarah Islam–Arab dalam puisi sebagai wahana introspeksi bahasa dan pemikiran keislaman, khususnya dalam konteks pascamodenisme yang sering meminggirkan warisan tradisi.
Kekosongan kajian ini menyebabkan nilai sejarah, pemikiran, dan keunggulan watak Islam–Arab kurang dimanfaatkan sebagai sumber ilham untuk membimbing masyarakat masa kini.
Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti watak sejarah Islam–Arab yang digunakan oleh Kemala, menganalisis pengucapan puitisnya, dan meneliti bagaimana watak-watak tersebut berperanan sebagai medium muhasabah, pengukuhan jati diri, serta pemartabatan nilai keislaman.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berasaskan kajian kepustakaan, dengan analisis teks terhadap puisi-puisi terpilih daripada dua kumpulan puisinya, Kaktus-kaktus (1976) dan ‘Ayn (1983), yang menampilkan watak lelaki dan wanita daripada sejarah Islam–Arab.
Analisis dilakukan secara tematik dan intertekstual untuk menghubungkan puisi dengan sumber sejarah serta teks klasik Islam–Arab.
Dapatan kajian menunjukkan Kemala secara konsisten memanfaatkan watak sejarah sebagai strategi mendokumentasikan semula peristiwa dan nilai Islam, menyampaikan dakwah secara halus dan berseni, serta menjulang budaya dan budi leluhur Islam melalui bahasa kebangsaan peribumi yang puitis dan simbolis.
Penemuan ini membuktikan bahawa karya Kemala bukan sahaja bernilai estetika, tetapi juga berperanan penting dalam menghubungkan sejarah dengan realiti semasa, seterusnya memupuk kesedaran rohani dan intelektual dalam kalangan pembaca.

Related Results

PENTINGNYA AL-QU-RAN BAGI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
PENTINGNYA AL-QU-RAN BAGI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Keberadaan Al-qur-an yang turun dengan menggunakan bahasa Arab mengubah bahasa Arab menjadi perhatian seluruh umat Islam di dunia ini, baik dari orang Arab maupun non Arab, sebagia...
STUDI KASUS BATIK KAJANG PADATI PADA EMI ARLIN FASHION DESIGNER DI KOTA PADANG
STUDI KASUS BATIK KAJANG PADATI PADA EMI ARLIN FASHION DESIGNER DI KOTA PADANG
Each batik product in various regions has its own characteristics with different sources of inspiration. Such as kajang padati batik from West Sumatra which has its own characteris...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Sistem Pengajaran Bahasa di Indonesia dan Problem Bahasa Arab Secara Aktif
Sistem Pengajaran Bahasa di Indonesia dan Problem Bahasa Arab Secara Aktif
Bahasa Arab telah ditetapkan sebagai salah satu bahasa resmi di Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) sejak tahun 1973. Kemudian mulai tahun 1979 kedudukan bahasa Arab disejajarkan deng...
Dakwah dalam perspektif sirah nabi
Dakwah dalam perspektif sirah nabi
Sejarah adalah produk intelektual manusia. Ia adalah hasil kreasi yang tidak sepi dari kepentingan, motif ideologis dan pilihan-pilihan penulisnya yang merefleksikan afiliasi nasio...
Dakwah dalam perspektif sirah nabi saw
Dakwah dalam perspektif sirah nabi saw
Sejarah adalah produk intelektual manusia. Ia adalah hasil kreasi yang tidak sepi dari kepentingan, motif ideologis dan pilihan-pilihan penulisnya yang merefleksikan afiliasi nasio...
Islam, State and Modernity: Mohammed Abed al-Jabri and the Future of the Arab World
Islam, State and Modernity: Mohammed Abed al-Jabri and the Future of the Arab World
Mohammed Abed al-Jabri (1935-2010) is one of the most original Arab philosophers, thinkers, and social theorist of recent times. Al-Jabri, who held the post of Professor of Philoso...
Perkembangan Ilmu Semantik dalam konteks Kosakata Bahasa Arab
Perkembangan Ilmu Semantik dalam konteks Kosakata Bahasa Arab
Bahasa adalah tata cara yang tepat untuk merumuskan komunikasi dalam menukarkan pikiran dan perasaan antara anggota sesama komunitas. Adapun bahasa Arab merupakan bahasa internasio...

Back to Top