Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Nilai-Nilai Murni Keindahan Bahasa Dalam Rinait (Mantera) Masyarakat Kadazandusun Untuk Pendidikan Bahasa

View through CrossRef
Penulisan ini bertujuan untuk mengetengahkan nilai-nilai murni keindahan bahasa dalam rinait (mantera) masyarakat Kadazandusun di Sabah yang kini semakin terpinggir dan dilupakan oleh generasi muda dalam masyarakat pendukungnya. Norjietta Taisin (2014) menyatakan mereka lebih terpengaruh kepada lagu-lagu moden tambahan pula yang melafaz dan melagukan rinait terdiri daripada golongan yang sudah berusia lanjut. Ia memerlukan kemahiran untuk melagukannya serta menyebut setiap kata-kata unik yang terdapat dalam rangkap rinait (mantera) sementara itu usaha-usaha untuk mendokumentasikan hasil sastera tersebut amat sedikit. Dalam kajian ini keadah yang digunakan adalah kualitatif menerusi temubual responden yang arif tentang amalan rinait seperti bobolian (dukun). Kajian lapangan juga telah dilaksanakan dengan menyertai upacara-upacara yang dijalankan berkaitan dengan rinait. Beberapa rinait yang diperoleh daripada responden mendapati bahawa terselitnya nilai-nilai murni dalam beberapa leksikal yang dikatakan mempunyai keindahan bahasa dalam rinait (mantera). Nilai-nilai murni yang dikenal pasti dalam rinait tersebut dapat diterapkan oleh guru dalam pendidikan bahasa untuk membentukkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Impaknya nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni dalam mewujudkan intergrasi nasional di Malaysia. Sementera itu. Beberapa leksikal yang telah dikenal pasti juga memberi satu ruang alternatif dalam pembentukan istilah baharu pendidikan bahasa Kadazandusun yang berkemungkinan besar istilah tersebut sesuai diterapkan ke dalam bahasa Melayu dan seterusnya berpotensi menyumbang kepada sumber istilah bahasa Melayu.
Title: Nilai-Nilai Murni Keindahan Bahasa Dalam Rinait (Mantera) Masyarakat Kadazandusun Untuk Pendidikan Bahasa
Description:
Penulisan ini bertujuan untuk mengetengahkan nilai-nilai murni keindahan bahasa dalam rinait (mantera) masyarakat Kadazandusun di Sabah yang kini semakin terpinggir dan dilupakan oleh generasi muda dalam masyarakat pendukungnya.
Norjietta Taisin (2014) menyatakan mereka lebih terpengaruh kepada lagu-lagu moden tambahan pula yang melafaz dan melagukan rinait terdiri daripada golongan yang sudah berusia lanjut.
Ia memerlukan kemahiran untuk melagukannya serta menyebut setiap kata-kata unik yang terdapat dalam rangkap rinait (mantera) sementara itu usaha-usaha untuk mendokumentasikan hasil sastera tersebut amat sedikit.
Dalam kajian ini keadah yang digunakan adalah kualitatif menerusi temubual responden yang arif tentang amalan rinait seperti bobolian (dukun).
Kajian lapangan juga telah dilaksanakan dengan menyertai upacara-upacara yang dijalankan berkaitan dengan rinait.
Beberapa rinait yang diperoleh daripada responden mendapati bahawa terselitnya nilai-nilai murni dalam beberapa leksikal yang dikatakan mempunyai keindahan bahasa dalam rinait (mantera).
Nilai-nilai murni yang dikenal pasti dalam rinait tersebut dapat diterapkan oleh guru dalam pendidikan bahasa untuk membentukkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Impaknya nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni dalam mewujudkan intergrasi nasional di Malaysia.
Sementera itu.
Beberapa leksikal yang telah dikenal pasti juga memberi satu ruang alternatif dalam pembentukan istilah baharu pendidikan bahasa Kadazandusun yang berkemungkinan besar istilah tersebut sesuai diterapkan ke dalam bahasa Melayu dan seterusnya berpotensi menyumbang kepada sumber istilah bahasa Melayu.

Related Results

DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESTETIKA VESPA MODIFIKASI KOMUNITAS VESPA BONDOWOSO  Syarief Abdurahman Arrahim1, I Wayan Sudiarta2, I Gst Ngr. Sura Ardana31,2,3Program Studi Pendidikan Seni RupaFakultas Ba...
Tradisi dan Penggunaan Mantera dalam Etnik Kenyah
Tradisi dan Penggunaan Mantera dalam Etnik Kenyah
Mantera merupakan elemen sosio-budaya masyarakat. Dalam konteks masyarakat Kenyah tradisional, mantera dipelajari dan dipindahkan kepada ahli-ahli masyarakat melalui penggunaan bah...
KEINDAHAN HUKUM ISLAM
KEINDAHAN HUKUM ISLAM
Islam adalah suatu agama yang memiliki banyak unsur seni di dalam nya, dalam agama Islam suatu keindahan merupakan suatu hal yang hakiki dan terdapat dalam beberapa aspek. Dalam ag...
Nilai Murni dalam Pendidikan 5.0
Nilai Murni dalam Pendidikan 5.0
The introduction of Education 5.0 aims to strengthen the use of technology to inculcate values into students’ lives. This is seen as an opportunity to explore how moral values are ...
INTERPRETASI BAHASA MANTERA UPACARA BARASIK MASYARAKAT BISAYA DI BEAUFORT, SABAH
INTERPRETASI BAHASA MANTERA UPACARA BARASIK MASYARAKAT BISAYA DI BEAUFORT, SABAH
Bahasa mantera adalah satu kaedah perubatan alternatif yang digunakan oleh babalian menerusi pengucapan pantun berirama dalam upacara barasik. Ia diucapkan untuk berhubung dengan a...
TUGU NUNUK RAGANG, RANAU: SIMBOL BUDAYA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT DUSUN
TUGU NUNUK RAGANG, RANAU: SIMBOL BUDAYA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT DUSUN
Nunuk Ragang merupakan salah satu tugu penting bagi masyarakat Kadazandusun. Tugu ini menjadi simbolik dan warisan kebudayaan yang penting dalam menjelaskan asal usul masyarakat Ka...

Back to Top