Javascript must be enabled to continue!
Landskap Wakaf di Malaysia: Antara Legasi Agung dan Literasi yang Terhad dalam Memperkasa Institusi Pengurusan Islam
View through CrossRef
Wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi, namun tahap literasi mengenai wakaf dalam kalangan masyarakat sering kali dipersoalkan. Walaupun banyak kajian terdahulu menumpukan kepada aspek tadbir urus, pelaksanaan, inovasi, dan sumbangan wakaf kepada masyarakat, kurangnya penekanan diberikan terhadap tahap kefahaman masyarakat mengenai konsep dan peraturan wakaf. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap literasi wakaf dalam empat tema literasi iaitu Hukum dan Syarat Wakaf, Jenis dan Bentuk Harta Wakaf, Kebolehan Mengubah Harta Wakaf dan Pembangunan Ekonomi dan Impak Sosial. Kaedah kuantitatif melalui kaedah pengumpulan data menggunakan borang kaji selidik telah diedarkan kepada responden dari seluruh Malaysia. Seramai 280 responden telah memberi maklum balas terhadap kajian ini. Data ini dianalisis secara deskriptif melalui nilai min (mean). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap literasi wakaf secara umum berada pada tahap yang sederhana, dengan kekurangan kefahaman yang signifikan dalam aspek perundangan dan tatacara pelaksanaan. Kajian ini turut mendapati bahawa literasi yang rendah boleh menyekat pembangunan inovasi dalam sektor wakaf dan mengurangkan sumbangan masyarakat. Sumbangan kajian ini terletak pada cadangan strategik yang dicadangkan, seperti program pendidikan dan kesedaran yang lebih komprehensif, yang boleh membantu meningkatkan tahap literasi dan seterusnya memaksimumkan manfaat wakaf dalam kalangan masyarakat. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu institusi pengurusan wakaf merancang inisiatif yang lebih berfokus untuk menggalakkan penglibatan masyarakat secara lebih aktif.
Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)
Title: Landskap Wakaf di Malaysia: Antara Legasi Agung dan Literasi yang Terhad dalam Memperkasa Institusi Pengurusan Islam
Description:
Wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi, namun tahap literasi mengenai wakaf dalam kalangan masyarakat sering kali dipersoalkan.
Walaupun banyak kajian terdahulu menumpukan kepada aspek tadbir urus, pelaksanaan, inovasi, dan sumbangan wakaf kepada masyarakat, kurangnya penekanan diberikan terhadap tahap kefahaman masyarakat mengenai konsep dan peraturan wakaf.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap literasi wakaf dalam empat tema literasi iaitu Hukum dan Syarat Wakaf, Jenis dan Bentuk Harta Wakaf, Kebolehan Mengubah Harta Wakaf dan Pembangunan Ekonomi dan Impak Sosial.
Kaedah kuantitatif melalui kaedah pengumpulan data menggunakan borang kaji selidik telah diedarkan kepada responden dari seluruh Malaysia.
Seramai 280 responden telah memberi maklum balas terhadap kajian ini.
Data ini dianalisis secara deskriptif melalui nilai min (mean).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap literasi wakaf secara umum berada pada tahap yang sederhana, dengan kekurangan kefahaman yang signifikan dalam aspek perundangan dan tatacara pelaksanaan.
Kajian ini turut mendapati bahawa literasi yang rendah boleh menyekat pembangunan inovasi dalam sektor wakaf dan mengurangkan sumbangan masyarakat.
Sumbangan kajian ini terletak pada cadangan strategik yang dicadangkan, seperti program pendidikan dan kesedaran yang lebih komprehensif, yang boleh membantu meningkatkan tahap literasi dan seterusnya memaksimumkan manfaat wakaf dalam kalangan masyarakat.
Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu institusi pengurusan wakaf merancang inisiatif yang lebih berfokus untuk menggalakkan penglibatan masyarakat secara lebih aktif.
Related Results
Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Urgensi Pembaharuan Pengelolaan Wakaf Di Indonesia
Permasalahan yang diteliti dalam penulisan ini adalah Apa hakikat wakaf terhadap Undang-Undang Nomor 41 Tahun 2004 Tentang Wakaf, dan apa yang menjadi urgensi pembaharuan pengelola...
HUBUNGAN TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP SUMBANGAN WAKAF DENGAN KEPERCAYAAN TERHADAP INSTITUSI PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA
HUBUNGAN TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP SUMBANGAN WAKAF DENGAN KEPERCAYAAN TERHADAP INSTITUSI PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA
Majoriti masyarakat Islam pada hari ini melihat dimensi wakaf dalam sudut yang sangat terhad kepada amalan keagamaan semata-mata. Keadaan ini tidak menghalang berlakunya peningkat...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Waqf is a part of the field in Islamic jurisprudence related to economic affairs of Muslims. It is derived from hadith of Ibn Umar that Prophet Muhammad (pbuh) ordered to invest t...
IJMA’ DALAM WAKAF DAN POTENSI PENGEMBANGANNYA
IJMA’ DALAM WAKAF DAN POTENSI PENGEMBANGANNYA
Wakaf adalah salah satu instrumen penting dalam ekonomi Islam yang memiliki potensi besar untuk mendukung kesejahteraan masyarakat. Sebagai amal jariyah, wakaf tidak hanya mencakup...
Ramalan Berstokastik terhadap Potensi Takaful Wakaf dalam Meningkatkan Dana Wakaf Tunai
Ramalan Berstokastik terhadap Potensi Takaful Wakaf dalam Meningkatkan Dana Wakaf Tunai
Takaful wakaf merupakan salah satu kaedah kutipan yang boleh membantu meningkatkan jumlah wakaf tunai di Malaysia. Manakala, pelan takaful pula merupakan mekanisme ekonomi yang tel...
Model Institusi Pendidikan Melalui Sinergi Dana Wakaf dan Zakat di Malaysia
Model Institusi Pendidikan Melalui Sinergi Dana Wakaf dan Zakat di Malaysia
Education is a main asset in the growing and development of a country. Various financial resources from the government and private agencies are provided to ensure that all Malaysia...

