Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KEBERKESANAN MODEL 4I-PBL (INSPIRE, INQUIRE, INNOVATE, IMPLEMENT) DALAM MENINGKATKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN STEM BAGI PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Model 4I-PBL (Inspire, Inquire, Innovate, Implement) dalam memperkaya pengalaman pembelajaran STEM dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat. Model ini mengintegrasikan pembelajaran berasaskan projek (PBL), teknologi digital dan kolaborasi dengan pakar industri sebagai alternatif kepada pedagogi konvensional yang kurang menekankan penerokaan aktif dan aplikasi dunia sebenar. Kajian melibatkan 77 orang pelajar aliran Digital Inovator di Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia ini menggunakan pendekatan kaedah campuran merangkumi data kuantitatif dan kualitatif. Analisis statistik deskriptif menunjukkan tahap kepuasan dan motivasi pelajar yang tinggi, dengan nilai min antara 4.10 hingga 4.50 serta sisihan piawai yang rendah. Analisis korelasi Pearson pula mendapati hubungan positif yang signifikan antara kepuasan dan motivasi pelajar, serta antara konstruk afektif ini dengan kemahiran penyelesaian masalah, kreativiti dan inovasi. Dapatan ini menunjukkan bahawa fasa berperingkat dalam Model 4I-PBL berfungsi secara saling berkaitan dalam menyokong pembelajaran bermakna dan berorientasikan aplikasi sebenar. Dapatan kualitatif turut mengukuhkan hasil ini dengan menunjukkan peningkatan kemahiran teknikal, pemikiran kreatif dan aplikasi pengetahuan STEM. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa Model 4I-PBL merupakan strategi pedagogi STEM yang holistik dan berimpak tinggi untuk pembangunan potensi pelajar pintar dan berbakat.
Title: KEBERKESANAN MODEL 4I-PBL (INSPIRE, INQUIRE, INNOVATE, IMPLEMENT) DALAM MENINGKATKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN STEM BAGI PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT
Description:
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Model 4I-PBL (Inspire, Inquire, Innovate, Implement) dalam memperkaya pengalaman pembelajaran STEM dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat.
Model ini mengintegrasikan pembelajaran berasaskan projek (PBL), teknologi digital dan kolaborasi dengan pakar industri sebagai alternatif kepada pedagogi konvensional yang kurang menekankan penerokaan aktif dan aplikasi dunia sebenar.
Kajian melibatkan 77 orang pelajar aliran Digital Inovator di Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia ini menggunakan pendekatan kaedah campuran merangkumi data kuantitatif dan kualitatif.
Analisis statistik deskriptif menunjukkan tahap kepuasan dan motivasi pelajar yang tinggi, dengan nilai min antara 4.
10 hingga 4.
50 serta sisihan piawai yang rendah.
Analisis korelasi Pearson pula mendapati hubungan positif yang signifikan antara kepuasan dan motivasi pelajar, serta antara konstruk afektif ini dengan kemahiran penyelesaian masalah, kreativiti dan inovasi.
Dapatan ini menunjukkan bahawa fasa berperingkat dalam Model 4I-PBL berfungsi secara saling berkaitan dalam menyokong pembelajaran bermakna dan berorientasikan aplikasi sebenar.
Dapatan kualitatif turut mengukuhkan hasil ini dengan menunjukkan peningkatan kemahiran teknikal, pemikiran kreatif dan aplikasi pengetahuan STEM.
Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa Model 4I-PBL merupakan strategi pedagogi STEM yang holistik dan berimpak tinggi untuk pembangunan potensi pelajar pintar dan berbakat.

Related Results

DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Kajian perbandingan pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar pecutan dan bukan pecutan
Pemecutan (acceleration) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar dan berbakat. Kaedah ini memberi penekanan pengajar...
Kebimbangan Sosial dalam Kalangan Pelajar Muslim Pintar dan Berbakat
Kebimbangan Sosial dalam Kalangan Pelajar Muslim Pintar dan Berbakat
Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kebimbangan sosial di kalangan pelajar pintar dan berbakat di salah sebuah kolej pintar dan berbakat ...
Stem cells
Stem cells
What is a stem cell? The term is a combination of ‘cell’ and ‘stem’. A cell is a major category of living thing, while a stem is a site of growth and support for something else. In...
KEBERKESANAN CHATGPT DALAM PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU TERHADAP MURID PINTAR DAN BERBAKAT
KEBERKESANAN CHATGPT DALAM PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU TERHADAP MURID PINTAR DAN BERBAKAT
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan aplikasi ChatGPT dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu terhadap murid pintar dan berbakat. Seramai 18 orang murid pintar...
Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Persepsi Keberkesanan E-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran telah berubah hampir di semua institusi pengajian semasa wabak COVID-19. Bagi meneruskan kelangsungan pengajian pelajar, sistem e-pembelajaran te...

Back to Top