Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kesan Rawatan Krim Ekstrak Air Kacip Fatimah (Labisia pumila) terhadap Analisis Gen yang Terlibat dengan Proses Penyembuhan Luka melalui Kajian in vitro Model Kulit Manusia 3D dan in vivo Model Tikus

View through CrossRef
Kajian ini melaporkan kesan rawatan bagi dua sediaan krim yang masing-masing mengandungi 1% ekstrak air bagi dua varieti L. pumila iaitu var. alata dan var. pumila terhadap penyembuhan luka melalui uji kaji menggunakan model tikus dan model kulit manusia 3D EpidermFull Thickness (Mat Tek, USA) melalui penentuan penutupan luka dan analisis pengekspresan gen terpilih bagi mekanisme penyembuhan luka tisu kulit (gen TGF-1, IL-6, EGF, CBL dan COL3A1 untuk tikus; gen IL-10, TGFb-1 dan COL3A1 untuk manusia) menggunakan pendekatan tindak balas berantai polimerase kuantitatif (qPCR). Selepas rawatan, kawasan luka pada kulit bahagian atas badan tikus diukur pada hari ke-2, ke-5 dan ke-8, serta disampel untuk analisis pengekspresan gen. Bagi uji kaji in vitro tisu binaan kulit manusia, perubahan terhadap setiap lapisan luka yang dibuat pada binaan tisu kulit tersebut dicerap melalui pemerhatian histologi dan dianalisis bagi profil pengekspresan gen berdasarkan sela hari ke-2, ke-5 dan ke-6. Rawatan krim ekstrak air L. pumilakedua-dua varieti didapati hanya berkesan membantu penutupan luka bagi tikus betina iaitu 79.58% bagi var. alata pada hari ke-5 rawatan dan 75.97 dan 95.04% bagi var. pumila masing-masing pada hari ke-5 dan ke-8 rawatan tetapi tidak berkesan kepada tikus jantan. Namun begitu, dari segi tempoh penutupan luka lengkap, didapati kesemua rawatan menunjukkan luka ditutup lebih cepat berbanding kawalan (17 hari) iaitu di antara 12 sehingga 13 hari. Analisis gen bagi sampel luka tikus menunjukkan peningkatan aras gen hanya melibatkan gen IL-6 untuk tikus jantan yang dirawat dengan L. pumilavar. alata iaitu sebanyak 1722784 salinan mRNA pada hari ke-2 rawatan, gen CBL untuk tikus betina yang dirawat dengan L. pumilavar. alata berjumlah 46137 salinan mRNA pada hari ke-5, dan gen COL3A1 bagi rawatan L. pumilavar. alata untuk kedua-dua kumpulan jantina, iaitu masing-masing 2.44×108 salinan mRNA (betina) dan 3.91×108 salinan mRNA (jantan). Berdasarkan pemerhatian histologi sampel luka model kulit manusia 3D, rawatan kedua-dua varieti L. pumila menunjukkan kesan pengunjuran sel daripada kawasan luka pertumbuhan tetapi analisis gen tidak menunjukkan perubahan yang tidak signifikan terhadap gen kajian. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat menunjukkan potensi L. pumiladalam penyembuhan luka tetapi perlu dimantapkan lagi pada masa hadapan melalui strategi uji kaji in vivo dan in vitro yang lebih optimum.
Title: Kesan Rawatan Krim Ekstrak Air Kacip Fatimah (Labisia pumila) terhadap Analisis Gen yang Terlibat dengan Proses Penyembuhan Luka melalui Kajian in vitro Model Kulit Manusia 3D dan in vivo Model Tikus
Description:
Kajian ini melaporkan kesan rawatan bagi dua sediaan krim yang masing-masing mengandungi 1% ekstrak air bagi dua varieti L.
pumila iaitu var.
alata dan var.
pumila terhadap penyembuhan luka melalui uji kaji menggunakan model tikus dan model kulit manusia 3D EpidermFull Thickness (Mat Tek, USA) melalui penentuan penutupan luka dan analisis pengekspresan gen terpilih bagi mekanisme penyembuhan luka tisu kulit (gen TGF-1, IL-6, EGF, CBL dan COL3A1 untuk tikus; gen IL-10, TGFb-1 dan COL3A1 untuk manusia) menggunakan pendekatan tindak balas berantai polimerase kuantitatif (qPCR).
Selepas rawatan, kawasan luka pada kulit bahagian atas badan tikus diukur pada hari ke-2, ke-5 dan ke-8, serta disampel untuk analisis pengekspresan gen.
Bagi uji kaji in vitro tisu binaan kulit manusia, perubahan terhadap setiap lapisan luka yang dibuat pada binaan tisu kulit tersebut dicerap melalui pemerhatian histologi dan dianalisis bagi profil pengekspresan gen berdasarkan sela hari ke-2, ke-5 dan ke-6.
Rawatan krim ekstrak air L.
pumilakedua-dua varieti didapati hanya berkesan membantu penutupan luka bagi tikus betina iaitu 79.
58% bagi var.
alata pada hari ke-5 rawatan dan 75.
97 dan 95.
04% bagi var.
pumila masing-masing pada hari ke-5 dan ke-8 rawatan tetapi tidak berkesan kepada tikus jantan.
Namun begitu, dari segi tempoh penutupan luka lengkap, didapati kesemua rawatan menunjukkan luka ditutup lebih cepat berbanding kawalan (17 hari) iaitu di antara 12 sehingga 13 hari.
Analisis gen bagi sampel luka tikus menunjukkan peningkatan aras gen hanya melibatkan gen IL-6 untuk tikus jantan yang dirawat dengan L.
pumilavar.
alata iaitu sebanyak 1722784 salinan mRNA pada hari ke-2 rawatan, gen CBL untuk tikus betina yang dirawat dengan L.
pumilavar.
alata berjumlah 46137 salinan mRNA pada hari ke-5, dan gen COL3A1 bagi rawatan L.
pumilavar.
alata untuk kedua-dua kumpulan jantina, iaitu masing-masing 2.
44×108 salinan mRNA (betina) dan 3.
91×108 salinan mRNA (jantan).
Berdasarkan pemerhatian histologi sampel luka model kulit manusia 3D, rawatan kedua-dua varieti L.
pumila menunjukkan kesan pengunjuran sel daripada kawasan luka pertumbuhan tetapi analisis gen tidak menunjukkan perubahan yang tidak signifikan terhadap gen kajian.
Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat menunjukkan potensi L.
pumiladalam penyembuhan luka tetapi perlu dimantapkan lagi pada masa hadapan melalui strategi uji kaji in vivo dan in vitro yang lebih optimum.

Related Results

Development of Nanoliposome of Labisia pumila Standardized Extract
Development of Nanoliposome of Labisia pumila Standardized Extract
Background: Labisia pumila Labisia pumila Labisia pumila Labisia pumila Labisia pumila Labisia pumila Labisia pumila Labisia pumila Labisia pumila has been used traditionally for t...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Pengaruh Pemberian Krim Ekstrak Daun Sirih Merah (Piper ornatum N.E.Br.) Terhadap Penyembuhan Luka Bakar Pada Tikus
Pengaruh Pemberian Krim Ekstrak Daun Sirih Merah (Piper ornatum N.E.Br.) Terhadap Penyembuhan Luka Bakar Pada Tikus
Luka bakar (combustio) adalah kehilangan jaringan yang disebabkan kontak dengan sumber panas sepeti air, api, bahan kimia, listrik, dan radiasi. Luka bakar akan mengakibatkan tidak...
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESRTIKA MODIFIKASI VESPA ROSOK BONDOWOSO
NILAI ESTETIKA VESPA MODIFIKASI KOMUNITAS VESPA BONDOWOSO  Syarief Abdurahman Arrahim1, I Wayan Sudiarta2, I Gst Ngr. Sura Ardana31,2,3Program Studi Pendidikan Seni RupaFakultas Ba...
Hubungan Status Gizi dan Perawatan Luka Mandiri terhadap Penyembuhan Pasca Sirkumsisi
Hubungan Status Gizi dan Perawatan Luka Mandiri terhadap Penyembuhan Pasca Sirkumsisi
Abstract. Circumcision is a common surgical procedure performed on male children and results in wounds that require an optimal healing process. Post-circumcision wound healing is i...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
PEMANFAATAN HERBAL DALAM PENYEMBUHAN LUKA PERINEUM DAN LUKA SEKSIO SESAREA
PEMANFAATAN HERBAL DALAM PENYEMBUHAN LUKA PERINEUM DAN LUKA SEKSIO SESAREA
Pendahuluan : Masa nifas (puerperium) merupkan masa kembalinya organ reproduksi seperti keadaan sebelum hamil dalam waktu enam minggu setelah melahirkan (Nirwana, 2011). Pada masa ...

Back to Top