Javascript must be enabled to continue!
Strategi Translaguaging dalam Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Standard di Universiti Brunei Darussalam
View through CrossRef
Dalam konteks pendidikan dwibahasa di Universiti Brunei Darussalam (UBD), pelajar perlu menguasai kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu standard (BMS) dan bahasa Inggeris (BI), bagi tujuan akademik dan komunikasi. Namun, realiti menunjukkan bahawa sebahagian pelajar lebih cenderung menggunakan BI berbanding BMS dalam situasi pembelajaran formal. Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana pendekatan pedagogi dapat membantu memperkukuh penguasaan BMS tanpa menafikan peranan BI dalam proses pembelajaran. Kajian ini meneliti peranan konsep translanguaging dalam meningkatkan penguasaan BMS dalam kalangan pelajar UBD. Reka bentuk kajian campuran digunakan dengan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif daripada 26 orang responden melalui soal selidik dan analisis tugasan akademik. Analisis tematik dan statistik deskriptif dijalankan bagi meneliti pola penggunaan translanguaging dalam proses pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar menggabungkan penggunaan dialek Melayu Brunei (DMB), BI, dan BMS secara fleksibel untuk meningkatkan kefahaman konsep, memudahkan komunikasi akademik, dan menyokong penghasilan penulisan ilmiah. Hasil kajian turut menunjukkan peningkatan motivasi belajar apabila pelajar dibenarkan menggunakan kedua-dua bahasa secara seimbang. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan kepentingan strategi pengajaran berasaskan translanguaging dalam memperkukuh penguasaan BMS dan mencadangkan penambahbaikan dasar bahasa di institusi pendidikan tinggi di Brunei. Penemuan ini menyumbang kepada pengayaan literatur serantau dan antarabangsa mengenai keberkesanan translanguaging dalam konteks pendidikan dwibahasa serta berpotensi menjadi asas kepada pembangunan pedagogi yang lebih inklusif dan berkesan di UBD.
Abstract
In the context of bilingual education at Universiti Brunei Darussalam (UBD), students need to master both Malay Standard (BMS) and English (BI) for academic and communicative purposes. However, many students tend to use BI more frequently than BMS in formal learning contexts, raising questions about pedagogical approaches that can strengthen BMS proficiency without diminishing the role of BI. This study examines the role of translanguaging in enhancing BMS proficiency among UBD students. A mixed-methods design was employed, collecting quantitative and qualitative data from 26 respondents through questionnaires and analysis of academic assignments. Thematic and descriptive statistical analyses were conducted to explore patterns of translanguaging use and its relationship with academic performance. Findings indicate that students flexibly combine Brunei Malay dialect (DMB), BI, and BMS to improve concept comprehension, facilitate academic communication, and support scholarly writing. Allowing students to use both languages also increased their learning motivation. Overall, the study emphasizes the importance of teaching strategies based on translanguaging to reinforce BMS proficiency and recommends policy improvements in higher education institutions in Brunei. The findings contribute to regional and international literature on the effectiveness of translanguaging in bilingual education and provide a foundation for developing more inclusive and effective pedagogical practices at UBD.
Lembaga Penelitian dan Pemberdayaan Masyarakat - LITPAM
Title: Strategi Translaguaging dalam Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Standard di Universiti Brunei Darussalam
Description:
Dalam konteks pendidikan dwibahasa di Universiti Brunei Darussalam (UBD), pelajar perlu menguasai kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu standard (BMS) dan bahasa Inggeris (BI), bagi tujuan akademik dan komunikasi.
Namun, realiti menunjukkan bahawa sebahagian pelajar lebih cenderung menggunakan BI berbanding BMS dalam situasi pembelajaran formal.
Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana pendekatan pedagogi dapat membantu memperkukuh penguasaan BMS tanpa menafikan peranan BI dalam proses pembelajaran.
Kajian ini meneliti peranan konsep translanguaging dalam meningkatkan penguasaan BMS dalam kalangan pelajar UBD.
Reka bentuk kajian campuran digunakan dengan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif daripada 26 orang responden melalui soal selidik dan analisis tugasan akademik.
Analisis tematik dan statistik deskriptif dijalankan bagi meneliti pola penggunaan translanguaging dalam proses pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar.
Dapatan menunjukkan bahawa pelajar menggabungkan penggunaan dialek Melayu Brunei (DMB), BI, dan BMS secara fleksibel untuk meningkatkan kefahaman konsep, memudahkan komunikasi akademik, dan menyokong penghasilan penulisan ilmiah.
Hasil kajian turut menunjukkan peningkatan motivasi belajar apabila pelajar dibenarkan menggunakan kedua-dua bahasa secara seimbang.
Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan kepentingan strategi pengajaran berasaskan translanguaging dalam memperkukuh penguasaan BMS dan mencadangkan penambahbaikan dasar bahasa di institusi pendidikan tinggi di Brunei.
Penemuan ini menyumbang kepada pengayaan literatur serantau dan antarabangsa mengenai keberkesanan translanguaging dalam konteks pendidikan dwibahasa serta berpotensi menjadi asas kepada pembangunan pedagogi yang lebih inklusif dan berkesan di UBD.
Abstract
In the context of bilingual education at Universiti Brunei Darussalam (UBD), students need to master both Malay Standard (BMS) and English (BI) for academic and communicative purposes.
However, many students tend to use BI more frequently than BMS in formal learning contexts, raising questions about pedagogical approaches that can strengthen BMS proficiency without diminishing the role of BI.
This study examines the role of translanguaging in enhancing BMS proficiency among UBD students.
A mixed-methods design was employed, collecting quantitative and qualitative data from 26 respondents through questionnaires and analysis of academic assignments.
Thematic and descriptive statistical analyses were conducted to explore patterns of translanguaging use and its relationship with academic performance.
Findings indicate that students flexibly combine Brunei Malay dialect (DMB), BI, and BMS to improve concept comprehension, facilitate academic communication, and support scholarly writing.
Allowing students to use both languages also increased their learning motivation.
Overall, the study emphasizes the importance of teaching strategies based on translanguaging to reinforce BMS proficiency and recommends policy improvements in higher education institutions in Brunei.
The findings contribute to regional and international literature on the effectiveness of translanguaging in bilingual education and provide a foundation for developing more inclusive and effective pedagogical practices at UBD.
Related Results
BANDWAGONING BRUNEI DARUSSALAM TERHADAP REPUBLIK RAKYAT CINA PADA TAHUN 2018 DALAM KONFLIK LAUT CINA SELATAN
BANDWAGONING BRUNEI DARUSSALAM TERHADAP REPUBLIK RAKYAT CINA PADA TAHUN 2018 DALAM KONFLIK LAUT CINA SELATAN
Abstract
The South China Sea dispute involves People’s Republic of China (PRC) against Vietnam, Malaysia, Philippines, Indonesia, and Brunei Darussalam. The South China Sea D...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris”
sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
HUKUM PERKAWINAN MUSLIM DI BRUNEI DARUSSALAM (STUDI ANALISIS MASLAHAT AT-THUFI)
HUKUM PERKAWINAN MUSLIM DI BRUNEI DARUSSALAM (STUDI ANALISIS MASLAHAT AT-THUFI)
AbstractBrunei is claimed to be the oldest Malay kingdom in Southeast Asia. In addition, Brunei Darussalam is the only country in the Southeast Asian region that enforces Islamic c...
Trend Kajian Bahasa Melayu Brunei: Analisis Bibliometrik
Trend Kajian Bahasa Melayu Brunei: Analisis Bibliometrik
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis arah aliran ataupun trend berkenaan kajian terhadap Bahasa Melayu Brunei dalam tempoh satu dekad yang lalu (2013 - 2022). Dengan memanfaatka...
Implementation of Shafi’i Fiqh in Brunei’s Halal Law for Meat and Poultry Products
Implementation of Shafi’i Fiqh in Brunei’s Halal Law for Meat and Poultry Products
Abstract: Islamic Halal Law in the Shafi'i school in Brunei Darussalam is firmly rooted in the country's constitution, which stipulates the Shafi'i school as the basis of Islamic l...
Pengaruh Penguasaan Bahasa Daerah dan Bahasa Asing terhadap Penguasaan Kosakata Bahasa Indonesia
Pengaruh Penguasaan Bahasa Daerah dan Bahasa Asing terhadap Penguasaan Kosakata Bahasa Indonesia
<h4>Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui 1) Pengaruh penguasaan bahasa daerah dan bahasa asing secara bersama-sama terhadap penguasaan kosakata bahasa Indonesia sisw...

