Javascript must be enabled to continue!
Lakuan Bahasa Membuat Aduan dalam Masyarakat Cocos di Sabah
View through CrossRef
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat lakuan bahasa yang dibawa oleh masyarakat Cocos di Sabah dalam membuat aduan atau rungutan. Masyarakat Cocos ini mempunyai gaya pengucapan yang agak kasar oleh sesetengah pihak tapi mempunyai makna yang ingin disampaikan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik Tugas Penyempurnaan Wacana (TPW) bagi mendapatkan data. Namun kaedah TPW diubahsuai untuk mendapatkan data secara lisan, iaitu dengan cara bertanyakan soalan dan merakam jawapan responden. Seramai 12 orang masyarakat Cocos di Sabah telah ditemu bual yang berumur 20 tahun Data dianalisis dengan menggunakan kerangka konsep yang diperkenalkan oleh Murphy dan Neu (1996). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Cocos menggunakan kesemua set lakuan bahasa membuat aduan yang diperkenalkan oleh Murphy dan Neu (1996) dalam ujaran aduan yang mereka ujarkan. Hasil kajian ini juga turut menunjukkan bahawa masyarakat Cocos banyak menggunakan strategi aduan dan kurang menggunakan strategi amaran dan meminta penjelasan dalam membuat aduan. Tambahan, hasil dapatan turut menunjukkan bahawa masyarakat Cocos ini cenderung membuat aduan secara langsung disebabkan oleh hubungan yang erat antara satu sama lain tetapi masih mengekalkan kesejahteraan hubungan sesama mereka (Stephan et al., 2010). Kajian seperti ini amatlah penting untuk memperkenalkan kepada masyarakat lain mengenai perbezaan atau keistimewaan sesebuah kaum atau etnik yang terdapat di Malaysia dalam membuat aduan.
Title: Lakuan Bahasa Membuat Aduan dalam Masyarakat Cocos di Sabah
Description:
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat lakuan bahasa yang dibawa oleh masyarakat Cocos di Sabah dalam membuat aduan atau rungutan.
Masyarakat Cocos ini mempunyai gaya pengucapan yang agak kasar oleh sesetengah pihak tapi mempunyai makna yang ingin disampaikan.
Kajian ini menggunakan borang soal selidik Tugas Penyempurnaan Wacana (TPW) bagi mendapatkan data.
Namun kaedah TPW diubahsuai untuk mendapatkan data secara lisan, iaitu dengan cara bertanyakan soalan dan merakam jawapan responden.
Seramai 12 orang masyarakat Cocos di Sabah telah ditemu bual yang berumur 20 tahun Data dianalisis dengan menggunakan kerangka konsep yang diperkenalkan oleh Murphy dan Neu (1996).
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Cocos menggunakan kesemua set lakuan bahasa membuat aduan yang diperkenalkan oleh Murphy dan Neu (1996) dalam ujaran aduan yang mereka ujarkan.
Hasil kajian ini juga turut menunjukkan bahawa masyarakat Cocos banyak menggunakan strategi aduan dan kurang menggunakan strategi amaran dan meminta penjelasan dalam membuat aduan.
Tambahan, hasil dapatan turut menunjukkan bahawa masyarakat Cocos ini cenderung membuat aduan secara langsung disebabkan oleh hubungan yang erat antara satu sama lain tetapi masih mengekalkan kesejahteraan hubungan sesama mereka (Stephan et al.
, 2010).
Kajian seperti ini amatlah penting untuk memperkenalkan kepada masyarakat lain mengenai perbezaan atau keistimewaan sesebuah kaum atau etnik yang terdapat di Malaysia dalam membuat aduan.
Related Results
Bahasa Melayu Lingua Franca UKM? Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia
Bahasa Melayu Lingua Franca UKM? Penggunaan Bahasa Melayu Merentasi Etnik Malaysia
Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan. Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media mass...
Aduan Di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Dan Faktor Yang Mempengaruhi Tuntutan Pampasan
Aduan Di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Dan Faktor Yang Mempengaruhi Tuntutan Pampasan
ABSTRACT Introduction: Complaints in the health care system are complaints made by patients or patient’s relatives due to various reasons such as poor quality of service or unmeet ...
Penginterpretasian Ujaran Ilokusi dalam Mengungkapkan Hubungan Saling Memahami: Pemanfaatan Iklan Perniagaan D'Herbs dan Siti Khadijah di Rancangan Wanita Hari Ini (WHI)
Penginterpretasian Ujaran Ilokusi dalam Mengungkapkan Hubungan Saling Memahami: Pemanfaatan Iklan Perniagaan D'Herbs dan Siti Khadijah di Rancangan Wanita Hari Ini (WHI)
Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan. Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media mass...
Tema Pantun Cocos di Sabah
Tema Pantun Cocos di Sabah
Masyarakat Cocos di negeri Sabah merupakan etnik minoriti yang sangat unik dari segi kebudayaan dan bahasanya. Mereka digolongkan dalam kategori etnik bumiputera beragama Islam. Wa...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...
Antimicrobial Properties of Cocos nucifera: A Review
Antimicrobial Properties of Cocos nucifera: A Review
Akinyele, T.A., 2011. Assessment of the antibacterial properties of n-Hexane extract of Cocos Nucifera and its interactions with some Conventional antibiotics. Masters Dissertatio...
PERSPEKTIF AKULTURASI NILAI BILINGUALISME BAHASA DI SITUBONDO
PERSPEKTIF AKULTURASI NILAI BILINGUALISME BAHASA DI SITUBONDO
Abstrak, Indonesia sebagai sebuah bangsa memiliki keragaman budaya dan bahasa yang sangat tinggi. Tingkat kemajemukan yang sangat tinggi ini tercermin dalamjumlahbahasa daerah yang...
Analisis Sistem Pengelolaan Pengaduan Pelayanan Publik Nasional Mencegah Maladministrasi pada Sekretariat Daerah Kabupaten Jeneponto
Analisis Sistem Pengelolaan Pengaduan Pelayanan Publik Nasional Mencegah Maladministrasi pada Sekretariat Daerah Kabupaten Jeneponto
Layanan SP4N_LAPOR merupakan layanan integrasi aduan digital diciptakan untuk menghasilkan pengelolaan aduan masyarakat yang komunal. Penerapan SP4N_LAPOR di Kabupaten Jeneponto me...

