Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penggunaan Pasir Silika dan Karbon Teraktif sebagai Medium bagi Merawat Air Bawah Tanah di Hulu Langat, Selangor

View through CrossRef
Masalah utama yang dihadapi oleh pengguna air bawah tanah di Malaysia adalah kandungan mineral oksida besi yang tinggi. Komposisi air bawah tanah adalah dipengaruhi oleh geologi dan hidrogeologi setempat. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji potensi pasir silika dan karbon teraktif sebagai medium yang berkesan bagi merawat air bawah tanah di beberapa lokaliti terpilih di Hulu Langat, Selangor. Kajian dimulakan dengan aktiviti pemetaan geologi di kawasan kajian dan mentafsir data lubang gerudi bagi menghasilkan model konsep geologi kawasan kajian. Data paras air bawah tanah dan data kimia air bagi telaga abstraksi di Hulu Langat dianalisis bagi menghasilkan cirian hidrogeologi kawasan kajian. Sampel air bawah tanah di kawasan kajian dianalisis secara in situ menggunakan YSI Pro 1030 MPS (suhu, pH, kemasinan dan jumlah pepejal terlarut) dan kit ujian (nilai kekerasan dan kandungan besi). Sampel air dirawat menggunakan turus penjerapan dengan pasir silika pelbagai saiz dan karbon teraktif sebagai medium. Parameter fiziko kimia bagi sampel air bawah tanah terawat dianalisis menggunakan YSI Pro 1030 MPS dan Kit Ujian. Litologi utama kawasan kajian adalah granit biotit. Lapisan tanah baki menindih lapisan batuan granit yang teretak membentuk lapisan akuifer terkekang. Air bawah tanah di kawasan kajian adalah dominan dengan unsur Na+, K+ dan HCO3-, hasil interaksi antara air bawah tanah dengan medium akuifer dan aktiviti guna tanah di sekitar telaga abstraksi. Kajian turus penjerapan menggunakan pasir pelbagai saiz dan karbon teraktif sebagai medium didapati lebih berkesan berbanding menggunakan medium pasir sahaja. Sistem rawatan yang dihasilkan ternyata berkesan dalam meneutralkan air bawah tanah yang berasid, mengurangkan kekerasan air dan menyingkirkan kandungan besi.
Title: Penggunaan Pasir Silika dan Karbon Teraktif sebagai Medium bagi Merawat Air Bawah Tanah di Hulu Langat, Selangor
Description:
Masalah utama yang dihadapi oleh pengguna air bawah tanah di Malaysia adalah kandungan mineral oksida besi yang tinggi.
Komposisi air bawah tanah adalah dipengaruhi oleh geologi dan hidrogeologi setempat.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji potensi pasir silika dan karbon teraktif sebagai medium yang berkesan bagi merawat air bawah tanah di beberapa lokaliti terpilih di Hulu Langat, Selangor.
Kajian dimulakan dengan aktiviti pemetaan geologi di kawasan kajian dan mentafsir data lubang gerudi bagi menghasilkan model konsep geologi kawasan kajian.
Data paras air bawah tanah dan data kimia air bagi telaga abstraksi di Hulu Langat dianalisis bagi menghasilkan cirian hidrogeologi kawasan kajian.
Sampel air bawah tanah di kawasan kajian dianalisis secara in situ menggunakan YSI Pro 1030 MPS (suhu, pH, kemasinan dan jumlah pepejal terlarut) dan kit ujian (nilai kekerasan dan kandungan besi).
Sampel air dirawat menggunakan turus penjerapan dengan pasir silika pelbagai saiz dan karbon teraktif sebagai medium.
Parameter fiziko kimia bagi sampel air bawah tanah terawat dianalisis menggunakan YSI Pro 1030 MPS dan Kit Ujian.
Litologi utama kawasan kajian adalah granit biotit.
Lapisan tanah baki menindih lapisan batuan granit yang teretak membentuk lapisan akuifer terkekang.
Air bawah tanah di kawasan kajian adalah dominan dengan unsur Na+, K+ dan HCO3-, hasil interaksi antara air bawah tanah dengan medium akuifer dan aktiviti guna tanah di sekitar telaga abstraksi.
Kajian turus penjerapan menggunakan pasir pelbagai saiz dan karbon teraktif sebagai medium didapati lebih berkesan berbanding menggunakan medium pasir sahaja.
Sistem rawatan yang dihasilkan ternyata berkesan dalam meneutralkan air bawah tanah yang berasid, mengurangkan kekerasan air dan menyingkirkan kandungan besi.

Related Results

POTENSI INDIKATIF CADANGAN AIR TANAH DI KABUPATEN BANGLI
POTENSI INDIKATIF CADANGAN AIR TANAH DI KABUPATEN BANGLI
Wilayah pada Kabupaten Bangli merupakan kawasan kabupaten yang tanpa memiliki kawasan pantai serta sebagian besar wilayahnya berada pada daratan tinggi dan hanya sebagian kecil wil...
Studi Review: Perbandingan Cadangan Karbon pada Tanah Gambut dan Tanah Mangrove
Studi Review: Perbandingan Cadangan Karbon pada Tanah Gambut dan Tanah Mangrove
Pemanasan global (global warming) merupakan salah satu bahasan penting yang menjadi perhatian banyak pihak di seluruh dunia. Salah satu upaya penurunan emisi karbon dapat dilakukan...
Pendugaan Simpanan Karbon pada Kawasan Rehabilitasi Pesisir Selatan Pulau Jawa
Pendugaan Simpanan Karbon pada Kawasan Rehabilitasi Pesisir Selatan Pulau Jawa
Konservasi karbon merupakan salah satu tindakan penting dalam rehabilitasi pesisir, khususnya pesisir selatan Pulau Jawa dengan keunikan ombak yang besar, salinitas tinggi dan sedi...
PERSEPEKTIF OLAHRAGA TINJU DALAM MENDUKUNG PRESTASI OLAHRAGA KABUPATEN ROKAN HULU
PERSEPEKTIF OLAHRAGA TINJU DALAM MENDUKUNG PRESTASI OLAHRAGA KABUPATEN ROKAN HULU
Boxing is a sport and a martial art that features two participants of similar weight competing with each other by using their fists in a series of one or three minute intervals cal...
KAJIAN INTERAKSI TANAH-BAMBU DITINJAU DARI PARAMETER KUAT GESER
KAJIAN INTERAKSI TANAH-BAMBU DITINJAU DARI PARAMETER KUAT GESER
Stabilitas lereng memerlukan perkuatan untuk meningkatkan kuat geser. Perkuatan dari material bambu dapat digunakan sebagai alternatif untuk mengganti peran geotekstil yang biasa d...
Nur Puspita Sari
Nur Puspita Sari
Limbah masker yang sulit didaur ulang secara alami menjadikan masalah bagi lingkungan. Masker memiliki sifat terluar menolak air, bagian tengah bersifat menahan virus, dan paling d...
RANCANG BANGUN ALAT PENJERNIH AIR LIMBAH CAIR LAUNDRY DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA PENYARING KOMBINASI PASIR – ARANG AKTIF
RANCANG BANGUN ALAT PENJERNIH AIR LIMBAH CAIR LAUNDRY DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA PENYARING KOMBINASI PASIR – ARANG AKTIF
<p>Perkembangan jasa pencucian pakaian <em>(laundry)</em> berkontribusi pada peningkatan penggunaan air tanah dan pemakaian deterjen sehingga menghasilkan limbah ...

Back to Top