Javascript must be enabled to continue!
Analisis perubahan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat di Sabah, Malaysia sebelum dan selepas PKP
View through CrossRef
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19 memainkan kesan yang signifikan terhadap norma harian masyarakat seluruh dunia. Kesan seumpamanya dapat dikesan dalam konteks penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) masyarakat di negeri Sabah, Malaysia, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dan ekonomi. Namun demikian, tidak dapat dipastikan sejauh manakah perbezaan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam konteks pengurusan kewangan dan ekonomi dalam kalangan masyarakat tersebut sebelum dan semasa PKP tersebut. Bagi menjelaskan hal ini maka kajian yang mengaplikasi pendekatan kuantitatif dengan penggunaan borang soal selidik yang dijawab oleh sejumlah 1228 responden telah dijalankan. Objektif utama kajian ini ialah bagi menjelaskan perbezaan atau perubahan norma baharu penggunaan ICT dalam aktiviti harian masyarakat di Sabah, Malaysia yang meliputi aspek pengurusan kewangan dan ekonomi sebelum dan semasa PKP. Secara umum kajian ini mendapati bahawa perubahan signifikan telah berlaku ke-atas norma kehidupan masyarakat di Sabah berdasarkan aspek yang dikaji sebelum dan semasa PKP berlangsung. Ini menunjukkan pelaksanaan PKP telah mendatangkan kesan yang ketara dalam kehidupan masyarakat di Sabah, Malaysia.
Title: Analisis perubahan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat di Sabah, Malaysia sebelum dan selepas PKP
Description:
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19 memainkan kesan yang signifikan terhadap norma harian masyarakat seluruh dunia.
Kesan seumpamanya dapat dikesan dalam konteks penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology, ICT) masyarakat di negeri Sabah, Malaysia, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dan ekonomi.
Namun demikian, tidak dapat dipastikan sejauh manakah perbezaan norma baharu aktiviti harian berasaskan penggunaan ICT dalam konteks pengurusan kewangan dan ekonomi dalam kalangan masyarakat tersebut sebelum dan semasa PKP tersebut.
Bagi menjelaskan hal ini maka kajian yang mengaplikasi pendekatan kuantitatif dengan penggunaan borang soal selidik yang dijawab oleh sejumlah 1228 responden telah dijalankan.
Objektif utama kajian ini ialah bagi menjelaskan perbezaan atau perubahan norma baharu penggunaan ICT dalam aktiviti harian masyarakat di Sabah, Malaysia yang meliputi aspek pengurusan kewangan dan ekonomi sebelum dan semasa PKP.
Secara umum kajian ini mendapati bahawa perubahan signifikan telah berlaku ke-atas norma kehidupan masyarakat di Sabah berdasarkan aspek yang dikaji sebelum dan semasa PKP berlangsung.
Ini menunjukkan pelaksanaan PKP telah mendatangkan kesan yang ketara dalam kehidupan masyarakat di Sabah, Malaysia.
Related Results
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus k...
IMPAK PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DARI ASPEK KESIHATAN DAN HUBUNGAN SOSIAL TERHADAP GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH BERSTATUS B40 DI BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH
IMPAK PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DARI ASPEK KESIHATAN DAN HUBUNGAN SOSIAL TERHADAP GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH BERSTATUS B40 DI BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH
Golongan berpendapatan rendah lebih mudah terancam dengan gelombang pandemik COVID-19 berbanding golongan berpendapatan tinggi. Salah satu situasi yang menggambarkan hal ini adalah...
Kesan Norma Baharu Terhadap Pengguna dari Aspek Aktiviti Sosial
Kesan Norma Baharu Terhadap Pengguna dari Aspek Aktiviti Sosial
Kajian berkaitan COVID-19 merupakan kajian yang baharu dan mula dikaji oleh para penyelidik pelbagai bidang di seluruh dunia bermula pada tahun 2020. Sehubungan itu, bidang sosiolo...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
Influence of ICT integration on content preparation by ICT and Non-ICT trained teachers in secondary schools in Machakos County, Kenya
Influence of ICT integration on content preparation by ICT and Non-ICT trained teachers in secondary schools in Machakos County, Kenya
The use of Information Communication Technology (ICT) in teaching and learning has become a necessity and an opportunity for improving and enhancing acquisition of knowledge by lea...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...

