Javascript must be enabled to continue!
Refleksi Kritis Yusuf Al-Qaradawi terhadap Ekstremisme dan Ekstremisme Agama
View through CrossRef
Ekstremisme adalah isu yang berpanjangan. Ideologi ini apabila dikaitkan dengan agama, ia bukan sahaja berkisar tentang implikasi keganasan bahkan menjadi asas kepada pembentukan ajaran-ajaran sesat dan yang menyeleweng daripada aliran ahli Sunah Waljamaah. Untuk membanterasnya, pendekatan harus kolektif dan memerlukan kerjasama semua pihak. Konsep asas mengenainya harus benar, sahih dan meyakinkan. Ia mestilah datang daripada sumber dan struktur akademik yang lengkap, sistematik dan konsisten supaya kritikan dan refleksi terhadap ideologi ini dilihat tersusun, adil dan mudah difahami. Antara tokoh-tokoh besar Islam yang pernah menilai dan menulis secara sistematik tentang ideologi ini adalah Yusuf al-Qaradawi, seorang ulama Islam kelahiran Mesir yang menetap di Doha, Qatar. Beliau adalah salah seorang ulama Islam paling berpengaruh semasa hidupnya. Beliau juga dikenali sebagai seorang pemikir yang sederhana tetapi tegas. Pandangan-pandangan beliau tentang kesederhanaan telah banyak diulas, dipetik dan dicerakin oleh ulama Islam lainnya di seluruh dunia. Namun disebalik kederhanaan ini beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas dan memiliki pandangan yang keras dan konsisten terhadap ideologi ekstremisme dan ekstremisme agama. Justeru, makalah ini akan mengupas dan membahas pandangan, kritikan dan refleksi beliau terhadap ideologi ekstremisme dan ekstremisme agama. Tulisan ini adalah sebahagian daripada dapatan kajian mengenai Islam dan ekstremisme di Malaysia yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif sebagai metode pengumpulan data. Analisa kandungan yang sebahagian besarnya membabitkan bahan-bahan daripada tulisan beliau telah digunakan di samping temubual separa struktur yang digunakan untuk mendapatkan pandangan tokoh-tokoh agama, aktivis dan pihak berkuasa tempatan berkaitan hal ini. Analisa hasil kajian mendapati, Yusuf al-Qaradawi telah mengupas hal ini dalam banyak tulisan-tulisan beliau sama ada memberi refleksi secara khusus terhadap ideologi ini ataupun menyebut implikasi ideologi ini melalui tulisan-tulisan beliau dalam hal ehwal kehidupan secara umum. Pandangan-pandangan beliau juga menjadi teras pada kebanyakan tulisan tokoh-tokoh Islam lain apabila menulis dan bercakap mengenai ekstremisme dan ekstremisme agama.
Title: Refleksi Kritis Yusuf Al-Qaradawi terhadap Ekstremisme dan Ekstremisme Agama
Description:
Ekstremisme adalah isu yang berpanjangan.
Ideologi ini apabila dikaitkan dengan agama, ia bukan sahaja berkisar tentang implikasi keganasan bahkan menjadi asas kepada pembentukan ajaran-ajaran sesat dan yang menyeleweng daripada aliran ahli Sunah Waljamaah.
Untuk membanterasnya, pendekatan harus kolektif dan memerlukan kerjasama semua pihak.
Konsep asas mengenainya harus benar, sahih dan meyakinkan.
Ia mestilah datang daripada sumber dan struktur akademik yang lengkap, sistematik dan konsisten supaya kritikan dan refleksi terhadap ideologi ini dilihat tersusun, adil dan mudah difahami.
Antara tokoh-tokoh besar Islam yang pernah menilai dan menulis secara sistematik tentang ideologi ini adalah Yusuf al-Qaradawi, seorang ulama Islam kelahiran Mesir yang menetap di Doha, Qatar.
Beliau adalah salah seorang ulama Islam paling berpengaruh semasa hidupnya.
Beliau juga dikenali sebagai seorang pemikir yang sederhana tetapi tegas.
Pandangan-pandangan beliau tentang kesederhanaan telah banyak diulas, dipetik dan dicerakin oleh ulama Islam lainnya di seluruh dunia.
Namun disebalik kederhanaan ini beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas dan memiliki pandangan yang keras dan konsisten terhadap ideologi ekstremisme dan ekstremisme agama.
Justeru, makalah ini akan mengupas dan membahas pandangan, kritikan dan refleksi beliau terhadap ideologi ekstremisme dan ekstremisme agama.
Tulisan ini adalah sebahagian daripada dapatan kajian mengenai Islam dan ekstremisme di Malaysia yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif sebagai metode pengumpulan data.
Analisa kandungan yang sebahagian besarnya membabitkan bahan-bahan daripada tulisan beliau telah digunakan di samping temubual separa struktur yang digunakan untuk mendapatkan pandangan tokoh-tokoh agama, aktivis dan pihak berkuasa tempatan berkaitan hal ini.
Analisa hasil kajian mendapati, Yusuf al-Qaradawi telah mengupas hal ini dalam banyak tulisan-tulisan beliau sama ada memberi refleksi secara khusus terhadap ideologi ini ataupun menyebut implikasi ideologi ini melalui tulisan-tulisan beliau dalam hal ehwal kehidupan secara umum.
Pandangan-pandangan beliau juga menjadi teras pada kebanyakan tulisan tokoh-tokoh Islam lain apabila menulis dan bercakap mengenai ekstremisme dan ekstremisme agama.
Related Results
KONSEP SYŪRĀ MENURUT YŪSUF AL-QARAḍĀWĪ DAN RELEVAN SINYA DENGAN SISTEM DEMOKRASI PANCASILA DI INDONESIA
KONSEP SYŪRĀ MENURUT YŪSUF AL-QARAḍĀWĪ DAN RELEVAN SINYA DENGAN SISTEM DEMOKRASI PANCASILA DI INDONESIA
Syūrā merupakan bagian dari prinsip dalam sistem masyarakat dan pemerintahan Islam. Salah satu ulama yang concern membicarakan sistem syūrā adalah Yūsuf Al-Qaraḍāwī. Pemikiran Yūsu...
Penetapan Nasab Anak Mulā’anah melalui Tes DNA (Studi atas Metode Istinbāṭ Yūsuf al-Qaraḍāwī)
Penetapan Nasab Anak Mulā’anah melalui Tes DNA (Studi atas Metode Istinbāṭ Yūsuf al-Qaraḍāwī)
Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi dewasa ini mampu menelusuri jejak nasab yang disebut dengan DNA. DNA merupakan jenis asam nukleat dalam tubuh manusia yang diduga kuat d...
Ariya atthangika magga sebuah metode jalan tengah untuk mengatasi ekstrimisme: kajian dalam bingkai Agama Buddha
Ariya atthangika magga sebuah metode jalan tengah untuk mengatasi ekstrimisme: kajian dalam bingkai Agama Buddha
Abstrak
Tujuan penelitian dirumuskan untuk mendeskripsikan konsep ekstremisme, mendeskripsikan jenis dan bentuk ektremisme dan mendeskripsikan cara untuk mengatasi ekstremism...
Investigating Yūsuf al-Qaraḍāwī’s Approach Towards Inter-Religious Encounters in the Light of His Teachings and Writings
Investigating Yūsuf al-Qaraḍāwī’s Approach Towards Inter-Religious Encounters in the Light of His Teachings and Writings
This research seeks to investigate the approach of Yusuf al-Qaradawi toward inter-religious encounters in the light of his teachings and writings. As a prominent Islamic scholar an...
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
This study examines the role of corporate governance in moderating the influence of green accounting disclosure, corporate social responsibility (CSR), and firm size on the financi...
Ariya atthangika magga sebuah metode jalan tengah untuk mengatasi ekstremisme: kajian dalam bingkai Agama Buddha
Ariya atthangika magga sebuah metode jalan tengah untuk mengatasi ekstremisme: kajian dalam bingkai Agama Buddha
Tujuan penelitian dirumuskan untuk mendeskripsikan konsep ekstremisme, mendeskripsikan jenis dan bentuk ektremisme dan mendeskripsikan cara untuk mengatasi ekstremisme dalam bingka...
Pendekatan Ijtihad Kontemporari Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī
Pendekatan Ijtihad Kontemporari Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī
Perkembangan pesat dunia moden telah mencetuskan pelbagai persoalan hukum Islam kontemporari yang semakin rumit dan mencabar. Shaykh Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī, antara ulama yang telah ...

