Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Nilai Kepimpinan Mahathir Mohamad dari Perspektif Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

View through CrossRef
Mahathir Mohamad merupakan pemimpin negara yang berjaya membawa Malaysia ke arah pembangunan sosioekonomi yang pesat. Walau bagaimanapun, pada pemerintahannya sebagai Perdana Menteri kali kedua, berlaku ketidakstabilan politik, cabaran ekonomi dan kelemahan dalam perlaksanaan dasar-dasar yang dijanjikan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur nilai kepimpinan Mahathir Mohamad dari perspektif mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam dua tempoh pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada seramai 377 orang mahasiswa UPSI. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa gelaran Bapa Pemodenan sesuai dengan nilai kepimpinan Mahathir Mohamad yang banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan masyarakat. Walaupun kebanyakan mahasiswa UPSI meragui pemilihan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang ke-7, namun mereka tidak menafikan bahawa ketokohan beliau menentukan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14. Hasil analisis juga menunjukkan ilmu dan pengalaman luas menjadikan Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang terkenal di seluruh dunia. Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat perubahan pada penerimaan mahasiswa UPSI terhadap nilai kepimpinan Mahathir Mohamad. Penerimaan mahasiswa UPSI adalah tinggi sewaktu pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri ke-4. Namun, penerimaan mahasiswa berada pada tahap sederhana apabila beliau menjadi Perdana Menteri ke-7. Perubahan ini berlaku kesan daripada kematangan masyarakat dalam menilai politik nasional, di samping kelemahan pentadbiran beliau semasa menjadi Perdana Menteri ke-7. Implikasi kajian memberikan gambaran jelas mengenai perubahan dalam persepsi politik masyarakat terhadap kepimpinan Mahathir, dan keperluan menyusun strategi yang lebih baik untuk masa depan negara.
Title: Nilai Kepimpinan Mahathir Mohamad dari Perspektif Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Description:
Mahathir Mohamad merupakan pemimpin negara yang berjaya membawa Malaysia ke arah pembangunan sosioekonomi yang pesat.
Walau bagaimanapun, pada pemerintahannya sebagai Perdana Menteri kali kedua, berlaku ketidakstabilan politik, cabaran ekonomi dan kelemahan dalam perlaksanaan dasar-dasar yang dijanjikan.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur nilai kepimpinan Mahathir Mohamad dari perspektif mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam dua tempoh pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada seramai 377 orang mahasiswa UPSI.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa gelaran Bapa Pemodenan sesuai dengan nilai kepimpinan Mahathir Mohamad yang banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan masyarakat.
Walaupun kebanyakan mahasiswa UPSI meragui pemilihan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang ke-7, namun mereka tidak menafikan bahawa ketokohan beliau menentukan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Hasil analisis juga menunjukkan ilmu dan pengalaman luas menjadikan Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang terkenal di seluruh dunia.
Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat perubahan pada penerimaan mahasiswa UPSI terhadap nilai kepimpinan Mahathir Mohamad.
Penerimaan mahasiswa UPSI adalah tinggi sewaktu pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri ke-4.
Namun, penerimaan mahasiswa berada pada tahap sederhana apabila beliau menjadi Perdana Menteri ke-7.
Perubahan ini berlaku kesan daripada kematangan masyarakat dalam menilai politik nasional, di samping kelemahan pentadbiran beliau semasa menjadi Perdana Menteri ke-7.
Implikasi kajian memberikan gambaran jelas mengenai perubahan dalam persepsi politik masyarakat terhadap kepimpinan Mahathir, dan keperluan menyusun strategi yang lebih baik untuk masa depan negara.

Related Results

Pembangunan Prototaip Laman Web Champ UPSI
Pembangunan Prototaip Laman Web Champ UPSI
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan prototaip Laman Web CHAMP UPSI di kalangan pelajar UPSI. Comprehensive and Holistic Activities Mapp...
HARAPAN MAHATHIR KEPADA PENJAWAT AWAM MALAYSIA BAHARU: ANALISIS UCAPAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
HARAPAN MAHATHIR KEPADA PENJAWAT AWAM MALAYSIA BAHARU: ANALISIS UCAPAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Abstract: The purpose of this article is to identify the aspects that Mahathir stressed on his first year of office as the 7th Prime Minister of Malaysia. The focus of this study i...
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
KEPIMPINAN SUAMI: PENDEKATAN DAN IMPAK TERHADAP KEFUNGSIAN KELUARGA
Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarg...
MALAYSIA AND MAHATHIR IN THE GLOBAL CHALLENGE
MALAYSIA AND MAHATHIR IN THE GLOBAL CHALLENGE
The aim of this study is to analyze Mahathir’s policy through a historical approach to the political developments and challenges in Malaysia. In addition, the author uses secondary...
The Implications of Tun Dr. Mahathir Mohamad's Leadership on Islamic Economic Development in Malaysia
The Implications of Tun Dr. Mahathir Mohamad's Leadership on Islamic Economic Development in Malaysia
During Tun Dr. Mahathir Mohamad served as a Prime Minister of Malaysia, some efforts are shown when he trying to evaluate the current economic system which is based on the conventi...
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Kepimpinan Moral: Falsafah dan Model Kepimpinan dari Perspektif Moral
Perbincangan tentang kebajikan (virtue) dan moraliti dalam kepimpinan sudah lama wujud dalam kalangan ahli falsafah dunia. Kepimpinan pula sudah diiktiraf sebagai satu “keperluan” ...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor. Dalam kajian ini, ...

Back to Top