Javascript must be enabled to continue!
Keberkesanan kaedah PBL via Facebook dalam kalangan pelajar Pra-Universiti
View through CrossRef
Pengaruh media sosial seperti Facebook dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan tidak dapat dinafikan lagi. Objektif utama kajian adalah mengkaji kesan interaksi pendekatan pembelajaran dan faktor jantina pelajar ke atas pencapaian subjek kimia secara kaedah pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning) melalui Facebook. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar Kolej MARA yang telah dipilih secara rawak untuk menjalani rawatan PBL via Facebook selama sembilan minggu. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk faktorial 2x2. Kesan utama yang dikaji adalah pendekatan pembelajaran (permukaan dan mendalam) dan faktor jantina (lelaki dan perempuan) serta interaksi kedua-duanya ke atas pencapaian dalam peperiksaan akhir subjek kimia. Hasil analisis deskriptif menunjukkan berlakunya peralihan pendekatan pembelajaran pelajar daripada pendekatan permukaan kepada pendekatan mendalam selepas menjalani rawatan PBL via Facebook. Hasil ujian Anova Dua-Hala pula menunjukkan bahawa kesan utama pendekatan pembelajaran terhadap pemboleh ubah bersandar pencapaian pelajar adalah signifikan merentasi jantina pelajar. Walau bagaimanapun, kesan utama jantina dan kesan interaksi antara kedua-dua pemboleh ubah bebas terhadap pencapaian pelajar adalah tidak signifikan. Hasil kajian ini penting kerana Kaedah PBL via Facebook didapati berupaya mendorong peralihan amalan pendekatan pembelajaran pelajar daripada pendekatan pembelajaran permukaan kepada pendekatan pembelajaran mendalam. Pendekatan pembelajaran mendalam seterusnya membolehkan pelajar untuk memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Keberkesanan kaedah PBL via Facebook dalam kalangan pelajar Pra-Universiti
Description:
Pengaruh media sosial seperti Facebook dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan tidak dapat dinafikan lagi.
Objektif utama kajian adalah mengkaji kesan interaksi pendekatan pembelajaran dan faktor jantina pelajar ke atas pencapaian subjek kimia secara kaedah pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning) melalui Facebook.
Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar Kolej MARA yang telah dipilih secara rawak untuk menjalani rawatan PBL via Facebook selama sembilan minggu.
Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk faktorial 2x2.
Kesan utama yang dikaji adalah pendekatan pembelajaran (permukaan dan mendalam) dan faktor jantina (lelaki dan perempuan) serta interaksi kedua-duanya ke atas pencapaian dalam peperiksaan akhir subjek kimia.
Hasil analisis deskriptif menunjukkan berlakunya peralihan pendekatan pembelajaran pelajar daripada pendekatan permukaan kepada pendekatan mendalam selepas menjalani rawatan PBL via Facebook.
Hasil ujian Anova Dua-Hala pula menunjukkan bahawa kesan utama pendekatan pembelajaran terhadap pemboleh ubah bersandar pencapaian pelajar adalah signifikan merentasi jantina pelajar.
Walau bagaimanapun, kesan utama jantina dan kesan interaksi antara kedua-dua pemboleh ubah bebas terhadap pencapaian pelajar adalah tidak signifikan.
Hasil kajian ini penting kerana Kaedah PBL via Facebook didapati berupaya mendorong peralihan amalan pendekatan pembelajaran pelajar daripada pendekatan pembelajaran permukaan kepada pendekatan pembelajaran mendalam.
Pendekatan pembelajaran mendalam seterusnya membolehkan pelajar untuk memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik.
Related Results
Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air
Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air
Berdasarkan kajian, ramai pelajar Pendidikan Seni Visual di tingkatan 4 Cerdas masih terlalu lemah dalam menghasilkan karya catan pemandangan cat air walaupun mereka telah mempelaj...
Optimalisasi Bimbingan Pra- Nikah di Kantor Urusan Agama
Optimalisasi Bimbingan Pra- Nikah di Kantor Urusan Agama
Pre Marriage Marriage Guidance comes because of the need, with the increasing number of divorce cases that occur in the community of Ujung Berung Subdistrict, it also indicates tha...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Kajian inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi percetakan tiga dimensi ia bertujuan untuk mengkaji rekabentuk kraf acuan model gigi seramik yang bersesu...
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari kerana mempunyai prosedur serta konsep yang konsisten dan tetap. Matematik merupakan mata pelajaran tera...
Keberkesanan Model Praktis Studio Seramik terhadap Pelajar Seni bagi Kursus MSK 3042 berasaskan Konsep Rupa dan Jiwa
Keberkesanan Model Praktis Studio Seramik terhadap Pelajar Seni bagi Kursus MSK 3042 berasaskan Konsep Rupa dan Jiwa
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan keberkesanan model praktis studio seramik (MPSS) terhadap pelajar seni MSK 3042 di Universiti Pendidikan Sultan Idris berasaskan konsep rupa...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
PERSEPSI, KEFAHAMAN DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP KOSWER MULTIMEDIA BAGI TOPIK JADUAL BERKALA: SUATU TINJAUAN
Penggunaan koswer multimedia dalam pembelajaran diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan dalam usaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam matapelajaran Kimia ke arah pembe...

