Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Maqasid Syariah Sebagai Strategi Pengawalan Rohani Dalam Penggunaan Media Sosial

View through CrossRef
Globalisasi hari ini membawa manusia hidup dalam kerangka revolusi komunikasi dan teknologi yang kompleks. Tumpuan dan keterujaan manusia terhadap teknologi komunikasi khususnya media sosial seringkali menyerlahkan aspek kekurangan sehingga hampir mengaburkan sisi positifnya. Berbagai-bagai undang-undang dan pendekatan telah dikuatkuasakan bagi mengekang fenomena berkait penyalahgunaan media sosial sama ada di peringkat nasional atau global. Dalam konteks ini Islam melalui maqasid syariah dan tetapan 5 prinsipnya sudah tersedia untuk menjadi satu sistem kawalan rohani yang efektif dalam menangani permasalahan digitalisasi ini. Maqasid syariah perlu digunakan sebagai panduan menguruskan ruangan media sosial. Kajian ini akan menumpukan kepada keperluan maqasid syariah dalam penggunaan media sosial bagi menjamin pemeliharaan agama, akal, jiwa, keturunan dan harta. Seterusnya kajian ini juga akan meneliti isu-isu dan fenomena penyalahgunaan media sosial dalam masyarakat berfokuskan tiga media sosial utama iaitu Facebook, Instagram dan YouTube serta impaknya dari perspektif maqasid syariah. Maqasid syariah amat wajar dijadikan strategi  pengawalan rohani yang ampuh kepada semua pengguna teknologi media sosial demi memperoleh sebanyak mungkin kemaslahatan dan menangkis sebarang kerosakan, membezakan yang halal daripada yang haram serta melindungi masyarakat daripada kesesatan dan penyelewengan. Maqasid syariah juga berupaya membentuk deria rohani yang strategis dalam jiwa seorang pengguna media sosial. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada pemerkasaan kefahaman dan amalan Islam pada era ledakan siber di samping menjadikan media sosial diurus dan digunakan berlandaskan tuntutan Syariah Islamiyyah.
Title: Maqasid Syariah Sebagai Strategi Pengawalan Rohani Dalam Penggunaan Media Sosial
Description:
Globalisasi hari ini membawa manusia hidup dalam kerangka revolusi komunikasi dan teknologi yang kompleks.
Tumpuan dan keterujaan manusia terhadap teknologi komunikasi khususnya media sosial seringkali menyerlahkan aspek kekurangan sehingga hampir mengaburkan sisi positifnya.
Berbagai-bagai undang-undang dan pendekatan telah dikuatkuasakan bagi mengekang fenomena berkait penyalahgunaan media sosial sama ada di peringkat nasional atau global.
Dalam konteks ini Islam melalui maqasid syariah dan tetapan 5 prinsipnya sudah tersedia untuk menjadi satu sistem kawalan rohani yang efektif dalam menangani permasalahan digitalisasi ini.
Maqasid syariah perlu digunakan sebagai panduan menguruskan ruangan media sosial.
Kajian ini akan menumpukan kepada keperluan maqasid syariah dalam penggunaan media sosial bagi menjamin pemeliharaan agama, akal, jiwa, keturunan dan harta.
Seterusnya kajian ini juga akan meneliti isu-isu dan fenomena penyalahgunaan media sosial dalam masyarakat berfokuskan tiga media sosial utama iaitu Facebook, Instagram dan YouTube serta impaknya dari perspektif maqasid syariah.
Maqasid syariah amat wajar dijadikan strategi  pengawalan rohani yang ampuh kepada semua pengguna teknologi media sosial demi memperoleh sebanyak mungkin kemaslahatan dan menangkis sebarang kerosakan, membezakan yang halal daripada yang haram serta melindungi masyarakat daripada kesesatan dan penyelewengan.
Maqasid syariah juga berupaya membentuk deria rohani yang strategis dalam jiwa seorang pengguna media sosial.
Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada pemerkasaan kefahaman dan amalan Islam pada era ledakan siber di samping menjadikan media sosial diurus dan digunakan berlandaskan tuntutan Syariah Islamiyyah.

Related Results

Integrasi Maqasid Syariah dalam Promosi Hotel Patuh Syariah melalui Media Sosial berdasarkan Sorotan Literatur
Integrasi Maqasid Syariah dalam Promosi Hotel Patuh Syariah melalui Media Sosial berdasarkan Sorotan Literatur
Abstrak: Maqasid Syariah merujuk kepada prinsip yang dirancang untuk menjaga dan melindungi lima aspek penting dalam kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan hart...
REFORMULASI MAQĀṢID AL-SYARĪ’AH KONTEMPORER: SISTEM NILAI SEBAGAI TAWARAN JASSER AUDA MENUJU HUKUM ISLAM HUMANIS
REFORMULASI MAQĀṢID AL-SYARĪ’AH KONTEMPORER: SISTEM NILAI SEBAGAI TAWARAN JASSER AUDA MENUJU HUKUM ISLAM HUMANIS
Abstrak Tulisan ini merupakan studi tokoh pemikiran Jasser Auda yang menawarkan maqāṣid al-syarī’ah dengan pendekatan sistem. Tawaran yang dihasilkan Auda merupakan hasil dialekti...
POTRET MAQASID SYARIAH PERSEPEKTIF ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AL-GHAZALI AT-THUSI AS-SYAFI’I
POTRET MAQASID SYARIAH PERSEPEKTIF ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AL-GHAZALI AT-THUSI AS-SYAFI’I
Maqasid syariah jika ditelusuri dari perkembangannya, sudah ada sejak sejak masa rasullullah Saw. Meskipun pada waktu itu belum menyebut secara jelas tema maqasid syari’ah, tetapi ...
Çağdaş Bir Yaklaşım Olarak Makâsıdu’l-Kur’ân
Çağdaş Bir Yaklaşım Olarak Makâsıdu’l-Kur’ân
Maqasıdu’l Qur’an as a Contemporary Approach rnSince its revelation, the Qur’an has left enduring religious, political, historical, and social marks on humanity and continues to do...
Analisis Literatur Maqasid al-syariah dalam Kaunseling
Analisis Literatur Maqasid al-syariah dalam Kaunseling
Pelaksanaan aplikasi Maqasid al-syariah bagi penentuan hukum syarak dalam kehidupan manusia termasuk dalam bidang kaunseling merupakan isu yang berpanjangan bagi orang Islam di Mal...
Pemanfaatan Media Sosial Terhadap Kompetensi Penyuluh Pertanian Di Kecamatan Ingin Jaya Kabupaten Aceh Besar
Pemanfaatan Media Sosial Terhadap Kompetensi Penyuluh Pertanian Di Kecamatan Ingin Jaya Kabupaten Aceh Besar
Abstrak . Pesannya pengguna media sosial saat ini berpotensi untuk dimanfaatkan oleh semua profesi termasuk penyuluh sebagai sumber belajar dan media informasi pertanian. Melalui p...
KONTRIBUSI IBN ‘ĀSYŪR DALAM KAJIAN MAQĀSID AL-SYARĪ’AH
KONTRIBUSI IBN ‘ĀSYŪR DALAM KAJIAN MAQĀSID AL-SYARĪ’AH
This study aims to understand the contribution of Ibn 'Ashur in the development of maqāsid al-syarī‘ah. This study uses normative method. The results showed that the contribution o...
STRATEGI KOMUNIKASI PENYIARAN DALAM PROGRAM ACARA SIRAMAN ROHANI HINDU DI LPP TVRI BALI
STRATEGI KOMUNIKASI PENYIARAN DALAM PROGRAM ACARA SIRAMAN ROHANI HINDU DI LPP TVRI BALI
Beragama perlu adanya sebuah strategi. Hal ini menjadi sebuah tantangan Masyarakat Bali pada khususnya untuk memahami ajaran Agama Hindu. Sehingga untuk mencapai hal tersebut, Agam...

Back to Top