Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Integrasi Maqasid Syariah dalam Promosi Hotel Patuh Syariah melalui Media Sosial berdasarkan Sorotan Literatur

View through CrossRef
Abstrak: Maqasid Syariah merujuk kepada prinsip yang dirancang untuk menjaga dan melindungi lima aspek penting dalam kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Prinsip-prinsip ini menjadi asas dalam memastikan kesejahteraan individu dan masyarakat yang mana ianya selaras dengan matlamat utama syariah untuk membawa kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Dalam konteks moden hari ini, Maqasid Syariah memainkan peranan penting sebagai panduan dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan ekonomi, perniagaan, dan pembangunan sosial. Justeru, kajian ini bertujuan mengintegrasikan Maqasid Syariah dalam promosi hotel patuh syariah melalui media sosial. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian dokumentasi, ia meneliti sumber-sumber yang relevan dan menganalisis bagaimana prinsip Maqasid Syariah boleh diterapkan dalam strategi pemasaran digital hotel patuh syariah. Hasil analisis menunjukkan bahawa penerapan Maqasid Syariah dalam media sosial mampu meningkatkan kesedaran pelancong Muslim terhadap hotel yang mematuhi syariah dengan penekanan kepada prinsip seperti pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Selain itu, perbincangan turut melibatkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan promosi melalui platform digital, termasuk kekeliruan mengenai pengertian syariah serta persaingan yang semakin meningkat dalam industri perhotelan halal. Sebagai saranan, hotel patuh syariah disarankan memanfaatkan media sosial secara efektif untuk menarik perhatian pelancong Muslim serta memperkukuh imej sebagai destinasi yang mengutamakan prinsip syariah.
Title: Integrasi Maqasid Syariah dalam Promosi Hotel Patuh Syariah melalui Media Sosial berdasarkan Sorotan Literatur
Description:
Abstrak: Maqasid Syariah merujuk kepada prinsip yang dirancang untuk menjaga dan melindungi lima aspek penting dalam kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta.
Prinsip-prinsip ini menjadi asas dalam memastikan kesejahteraan individu dan masyarakat yang mana ianya selaras dengan matlamat utama syariah untuk membawa kemaslahatan dan menolak kemudaratan.
Dalam konteks moden hari ini, Maqasid Syariah memainkan peranan penting sebagai panduan dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan ekonomi, perniagaan, dan pembangunan sosial.
Justeru, kajian ini bertujuan mengintegrasikan Maqasid Syariah dalam promosi hotel patuh syariah melalui media sosial.
Dengan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian dokumentasi, ia meneliti sumber-sumber yang relevan dan menganalisis bagaimana prinsip Maqasid Syariah boleh diterapkan dalam strategi pemasaran digital hotel patuh syariah.
Hasil analisis menunjukkan bahawa penerapan Maqasid Syariah dalam media sosial mampu meningkatkan kesedaran pelancong Muslim terhadap hotel yang mematuhi syariah dengan penekanan kepada prinsip seperti pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta.
Selain itu, perbincangan turut melibatkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan promosi melalui platform digital, termasuk kekeliruan mengenai pengertian syariah serta persaingan yang semakin meningkat dalam industri perhotelan halal.
Sebagai saranan, hotel patuh syariah disarankan memanfaatkan media sosial secara efektif untuk menarik perhatian pelancong Muslim serta memperkukuh imej sebagai destinasi yang mengutamakan prinsip syariah.

Related Results

PENGARUH BAURAN PROMOSI TERHADAP KEPUTUSAN TAMU MENGINAP DI HARRIS HOTEL KOTA BANDUNG
PENGARUH BAURAN PROMOSI TERHADAP KEPUTUSAN TAMU MENGINAP DI HARRIS HOTEL KOTA BANDUNG
Persaingan Industri hotel sangat tinggi, tiap-tiap hotel berupaya memberikan promosi terbaik. Harris Hotel adalah salah satu hotel yang berada pada naungan TAUZIA Management yang t...
Pelaksanaan Wakaf dalam Industri Perhotelan Patuh Syariah
Pelaksanaan Wakaf dalam Industri Perhotelan Patuh Syariah
Application of waqf is synonymous with the construction of surau, mosque and, school. However, with the passage of time, waqf also plays an important role in the Shariah-compliant ...
PENERAPAN CHSE MENGHADAPI NEW ERA UNTUK MENINGKATKAN INCOME HOTEL JAMBULUWUK JOGYAKARTA
PENERAPAN CHSE MENGHADAPI NEW ERA UNTUK MENINGKATKAN INCOME HOTEL JAMBULUWUK JOGYAKARTA
Abstrak  Artikel ini bertujuan untuk mengetahui Penerapan CHSE dalam menghadapi Adaptasi baru/New Era, Strategi Hotel dalam Meningkatkan income dan penerapan CHSE dalam menghadapi ...
PARIWISATA HALAL YANG DITERAPKAN SYARIAH HOTEL SOLO DI SURAKARTA DALAM PENANGANAN COVID-19
PARIWISATA HALAL YANG DITERAPKAN SYARIAH HOTEL SOLO DI SURAKARTA DALAM PENANGANAN COVID-19
Wisata halal adalah bagian dari wisata yang ditujukan kepada keluarga muslim yang menganut atau menaati syariat Islam. Tujuan penelitian mengetahui pariwisata halal yang diterapkan...
PELATIHAN PEMBUATAN KONTEN INSTAGRAM REELS UNTUK PROMOSI HOTEL BAGI ANGGOTA PHRI KOTA SURAKARTA
PELATIHAN PEMBUATAN KONTEN INSTAGRAM REELS UNTUK PROMOSI HOTEL BAGI ANGGOTA PHRI KOTA SURAKARTA
Industri perhotelan mengalami transformasi yang signifikan dengan munculnya era digital. Sebelum memulai perjalanan calon pelanggan biasanya meneliti terlebih dahulu hotel yang ing...
MARKETING PUBLIC RELATIONSHOTEL SYARIAH DALAM MEMBANGUN LIFESTYLEISLAMI KOTA BANDUNG
MARKETING PUBLIC RELATIONSHOTEL SYARIAH DALAM MEMBANGUN LIFESTYLEISLAMI KOTA BANDUNG
ABSTRACTThis research proposes about marketing public relations on sharia (Islamic) hotel in building an Islamic lifestyle of Bandung city. The activities of public relations marke...
Maqasid Syariah Sebagai Strategi Pengawalan Rohani Dalam Penggunaan Media Sosial
Maqasid Syariah Sebagai Strategi Pengawalan Rohani Dalam Penggunaan Media Sosial
Globalisasi hari ini membawa manusia hidup dalam kerangka revolusi komunikasi dan teknologi yang kompleks. Tumpuan dan keterujaan manusia terhadap teknologi komunikasi khususnya me...

Back to Top