Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Analisis Keputusan Fatwa Tempatan Sewaktu Pandemik Covid-19 Menurut Kerangka Al-Tarakhkus Fi Al-Fatwa

View through CrossRef
Pandemik Coronavirus Disease (COVID-19) telah mendatangkan impak terhadap kehidupan sosial, ekonomi, pendidikan, politik dan juga urusan keagamaan. Kegiatan ibadat yang melibatkan sosialisasi umat Islam di masjid dan surau seperti solat berjemaah, solat Jumaat, solat tarawih, iktikaf, pengurusan jenazah dan solat jenazah tertakluk juga kepada norma baharu yang dibuat bagi menjaga keselamatan orang ramai daripada jangkitan Covid-19 selain mempengaruhi beberapa keputusan hukum dan fatwa. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis beberapa keputusan pandangan hukum dan fatwa yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan jabatan mufti negeri berkaitan ibadat yang berbeza dengan fatwa muktamad mazhab Syafi’i. Berpandukan metod analisis kandungan (content analysis) yang menggunakan kaedah analisis konseptual dan semantik, kajian ini akan membincangkan keabsahan perbezaan fatwa tersebut daripada pendekatan al-tarakhkhus fi al-fatwa. Pendekatan al-tarakhkhus fi al-fatwa berbeza dengan amalan tatabbu’ al-rukhas yang diwaspadai oleh kebanyakan usuliyyin. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa berlakunya pemfatwaan pendapat marjuh dan bukan muktamad mazhab Syafi’i adalah bertepatan dengan pendekatan al-tarakhkhus fi al-fatwa yang dibenarkan oleh para ulama kerana ianya bertepatan dengan maqasid syariah, maslahah dan rukhsah kepada umat Islam. Signifikan kajian ini diharap dapat meredakan keresahan orang ramai terhadap keputusan fatwa yang dikemukakan itu sebagai bertentangan dengan standard fatwa berdasarkan mazhab Syafi’i di Malaysia.
Title: Analisis Keputusan Fatwa Tempatan Sewaktu Pandemik Covid-19 Menurut Kerangka Al-Tarakhkus Fi Al-Fatwa
Description:
Pandemik Coronavirus Disease (COVID-19) telah mendatangkan impak terhadap kehidupan sosial, ekonomi, pendidikan, politik dan juga urusan keagamaan.
Kegiatan ibadat yang melibatkan sosialisasi umat Islam di masjid dan surau seperti solat berjemaah, solat Jumaat, solat tarawih, iktikaf, pengurusan jenazah dan solat jenazah tertakluk juga kepada norma baharu yang dibuat bagi menjaga keselamatan orang ramai daripada jangkitan Covid-19 selain mempengaruhi beberapa keputusan hukum dan fatwa.
Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis beberapa keputusan pandangan hukum dan fatwa yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan jabatan mufti negeri berkaitan ibadat yang berbeza dengan fatwa muktamad mazhab Syafi’i.
Berpandukan metod analisis kandungan (content analysis) yang menggunakan kaedah analisis konseptual dan semantik, kajian ini akan membincangkan keabsahan perbezaan fatwa tersebut daripada pendekatan al-tarakhkhus fi al-fatwa.
Pendekatan al-tarakhkhus fi al-fatwa berbeza dengan amalan tatabbu’ al-rukhas yang diwaspadai oleh kebanyakan usuliyyin.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa berlakunya pemfatwaan pendapat marjuh dan bukan muktamad mazhab Syafi’i adalah bertepatan dengan pendekatan al-tarakhkhus fi al-fatwa yang dibenarkan oleh para ulama kerana ianya bertepatan dengan maqasid syariah, maslahah dan rukhsah kepada umat Islam.
Signifikan kajian ini diharap dapat meredakan keresahan orang ramai terhadap keputusan fatwa yang dikemukakan itu sebagai bertentangan dengan standard fatwa berdasarkan mazhab Syafi’i di Malaysia.

Related Results

KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
In the discipline of Islamic law research, strong proofing and clear Istinbat method are key pillars in the construction of Islamic law based on the application of the science of u...
Amalan dan Kaedah Pengeluaran Fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa negeri Kelantan: Analisis Awal
Amalan dan Kaedah Pengeluaran Fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa negeri Kelantan: Analisis Awal
Processes of issuing fatwa of the states has been cited in the state’s enactment that explained the methodology of the issuing fatwa. The questions arises by the existence of obedi...
Keterikatan Fatwa Kepada Mazhab Syafi’i: Analisis Terhadap Fatwa- Fatwa Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Keterikatan Fatwa Kepada Mazhab Syafi’i: Analisis Terhadap Fatwa- Fatwa Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Generally, religious rulings (fatwa) in Malaysia are based on Shafi’ite madhhab as adherence to provisions of enactments of respective state in Malaysia. However, recently there ar...
Bayaran Tambahan Dalam Kontrak Francais Dobi Layan Diri Dari Perspektif Hukum Syarak
Bayaran Tambahan Dalam Kontrak Francais Dobi Layan Diri Dari Perspektif Hukum Syarak
Setiap masyarakat punyai adat dan tradisi. Adat dan tradisi dibentuk oleh golongan cerdik pandai dalam masyarakat. Adat dan tradisi pada dasarnya ialah sesuatu kebiasaan yang dipra...
Burden of the Beast
Burden of the Beast
Introduction Throughout the COVID-19 pandemic, and its fluctuating waves of infections and the emergence of new variants, Indigenous populations in Australia and worldwide have re...
Prosedur Istinbat dan Pewartaan Fatwa Ajaran Sesat di Negeri Kedah: Satu Tinjauan
Prosedur Istinbat dan Pewartaan Fatwa Ajaran Sesat di Negeri Kedah: Satu Tinjauan
The preservation and strengthening of the faith of Muslims can be solved through the legitimacy of the law and the preaching of the deviant teachings of fatwa in the attempt to cur...

Back to Top