Javascript must be enabled to continue!
SISTEM KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA DARI ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA HINGGA KURUN KE-21: SATU TINJAUAN
View through CrossRef
Pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia telah melalui sejarah perkembangan yang tersendiri selari dengan perubahan masa dan era pemerintahan negara. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem kewangan yang berdasarkan hukum Islam telah diguna pakai seperti mana yang termaktub di dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. Berpaksi kepada keadilan serta hak yang saksama, sistem kewangan Islam yang dilaksanakan secara tidak langsung telah menyumbang kepada perkembangan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju lagi unggul di Asia Tenggara. Namun, keadaan ini sedikit sebanyak berubah ketika era penjajahan kolonial di Tanah Melayu berikutan sistem pemerintahan yang secara amnya berteraskan prinsip kapitalisme. Menjelang awal kurun ke-20, sistem kewangan Islam ini berubah lagi secara bertahap atau perlahan-lahan daripada satu amalan yang terhad dalam kalangan masyarakat Melayu kepada sistem yang lebih komersial dan kompetitif ekoran kebangkitan aliran pemikiran ekonomi Islam dalam kalangan para pemikir dan pemimpin kontemporari. Penulisan ini yang melibatkan kajian perpustakaan dan kualitatif adalah untuk mengenal pasti perkembangan sistem kewangan Islam bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah abad ke-21. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penggunaan sistem kewangan Islam dalam tempoh tersebut serta bentuk amalan yang diguna pakai dalam kalangan masyarakat. Kesimpulan kajian ini ialah perkembangan amalan sistem kewangan Islam berubah seiring dengan perkembangan sosio politik dan ekonomi di negara ini.
UiTM Press, Universiti Teknologi MARA
Title: SISTEM KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA DARI ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA HINGGA KURUN KE-21: SATU TINJAUAN
Description:
Pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia telah melalui sejarah perkembangan yang tersendiri selari dengan perubahan masa dan era pemerintahan negara.
Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem kewangan yang berdasarkan hukum Islam telah diguna pakai seperti mana yang termaktub di dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.
Berpaksi kepada keadilan serta hak yang saksama, sistem kewangan Islam yang dilaksanakan secara tidak langsung telah menyumbang kepada perkembangan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju lagi unggul di Asia Tenggara.
Namun, keadaan ini sedikit sebanyak berubah ketika era penjajahan kolonial di Tanah Melayu berikutan sistem pemerintahan yang secara amnya berteraskan prinsip kapitalisme.
Menjelang awal kurun ke-20, sistem kewangan Islam ini berubah lagi secara bertahap atau perlahan-lahan daripada satu amalan yang terhad dalam kalangan masyarakat Melayu kepada sistem yang lebih komersial dan kompetitif ekoran kebangkitan aliran pemikiran ekonomi Islam dalam kalangan para pemikir dan pemimpin kontemporari.
Penulisan ini yang melibatkan kajian perpustakaan dan kualitatif adalah untuk mengenal pasti perkembangan sistem kewangan Islam bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah abad ke-21.
Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penggunaan sistem kewangan Islam dalam tempoh tersebut serta bentuk amalan yang diguna pakai dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulan kajian ini ialah perkembangan amalan sistem kewangan Islam berubah seiring dengan perkembangan sosio politik dan ekonomi di negara ini.
Related Results
PENGARUH JARINGAN PERDAGANGAN GLOBAL PADA STRUKTUR WILAYAH DAN KONFIGURASI SPASIAL PUSAT PEMERINTAHAN KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU DI KALIMANTAN BARAT
PENGARUH JARINGAN PERDAGANGAN GLOBAL PADA STRUKTUR WILAYAH DAN KONFIGURASI SPASIAL PUSAT PEMERINTAHAN KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU DI KALIMANTAN BARAT
Lokasi pusat-pusat pemerintahan kesultanan Melayu di Kalimantan Barat berada di sepanjang tepian sungai. Sungai menjadi faktor yang sangat penting dalam kehidupan kesultanan, yaitu...
The Significance of Financial Literacy for Family Wealth Management: A Critical Study from Maqasid Perspective (Kepentingan Ilmu Kewangan dalam Pengurusan Harta Sesebuah Keluarga: Kajian Kritikal Mengikut Perdpektif Maqasid)
The Significance of Financial Literacy for Family Wealth Management: A Critical Study from Maqasid Perspective (Kepentingan Ilmu Kewangan dalam Pengurusan Harta Sesebuah Keluarga: Kajian Kritikal Mengikut Perdpektif Maqasid)
Financial literacy has a tremendous impact on sustaining family financial management. Lack of financial knowledge may lead to arising financial problems within the family which als...
TOURISM COMMUNICATION IN INDONESIA SOCIAL MEDIA
TOURISM COMMUNICATION IN INDONESIA SOCIAL MEDIA
Melaka is known to have historical values, even the beginning of the birth of Malaysia began in this country. Melaka is also known as the main maritime trade center in this region ...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
Collection of Manuscripts From Malacca Kept in London with Special Emphasis on Adat Raja-Raja Melayu
Collection of Manuscripts From Malacca Kept in London with Special Emphasis on Adat Raja-Raja Melayu
The real situation of the manuscripts originating from the state of Malacca is still a big question. There is no arrangement in a proper listing and is still vaguely understood by ...
Cabaran dalam Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah
Cabaran dalam Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi dalam pengurusan kewangan sekolah menengah. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan protokol temu bual separa bers...
Analisis Arah Kiblat Masjid Sigi Lamo Kesultanan Ternate
Analisis Arah Kiblat Masjid Sigi Lamo Kesultanan Ternate
Abstract. Mosques occupy an important position in the life of Muslims, not only in ritual worship, but also in various aspects of Muslim life. The Sultanate of Ternate is one of th...
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: TINJAUAN STRATEGI PENGUKUHANNYA
PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: TINJAUAN STRATEGI PENGUKUHANNYA
Perbankan Islam Malaysia pada masa kini Islam telah menjangkaui tiga dekad perlaksanaan dan telah mengorak langkah menjadi antara penyedia perkhidmatan kewangan terpenting dan berd...

