Javascript must be enabled to continue!
Pandangan dan Penilaian Ilmuan Agama Terhadap Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran Di Malaysia
View through CrossRef
Kaedah membakar merupakan antara kaedah yang digunakan bagi melupuskan mashaf al-Quran yang lama, rosak atau tersalah cetak. Muktahir ini telah berlaku pengurusan pelupusan mashaf al-Quran yang tidak menepati maqasid pelupusan teks al-Quran seperti yang difatwakan dalam garis panduan. Di samping itu, jumlah mashaf al-Quran yang rosak semakin bertambah menyebabkan tapak pengumpulan semakin terhad. Bagi menjimatkan kos dan ruang, didapati beberapa institusi yang dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan pelupusan telah menyerahkan tugas ini kepada pihak yang tidak berautoriti, contohnya kepada pihak bukan Islam bahkan dilupuskan di kilang kertas. Justeru, artikel ini membincangkan pandangan dan penilaian ilmuan agama terhadap kaedah pelupusan yang telah dilaksanakan oleh institusi pelupusan teks al-Quran di Malaysia. Pengumpulan data diambil secara analisis dokumen dan temubual bersama Mufti iaitu mufti Negeri Selangor, mufti Negeri Kelantan dan mufti Negeri Terengganu. Ia dilakukan secara temubual separa berstruktur dan dianalisis secara diskriptif. Hasil penemuan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Antara kaedah yang diaplikasi adalah dengan cara dibakar sehingga menjadi abu dan dibatakan seterusnya dihanyut ke dalam laut. Tegasnya, masih banyak institusi berautoriti yang melaksanakan pelupusan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Pandangan dan Penilaian Ilmuan Agama Terhadap Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran Di Malaysia
Description:
Kaedah membakar merupakan antara kaedah yang digunakan bagi melupuskan mashaf al-Quran yang lama, rosak atau tersalah cetak.
Muktahir ini telah berlaku pengurusan pelupusan mashaf al-Quran yang tidak menepati maqasid pelupusan teks al-Quran seperti yang difatwakan dalam garis panduan.
Di samping itu, jumlah mashaf al-Quran yang rosak semakin bertambah menyebabkan tapak pengumpulan semakin terhad.
Bagi menjimatkan kos dan ruang, didapati beberapa institusi yang dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan pelupusan telah menyerahkan tugas ini kepada pihak yang tidak berautoriti, contohnya kepada pihak bukan Islam bahkan dilupuskan di kilang kertas.
Justeru, artikel ini membincangkan pandangan dan penilaian ilmuan agama terhadap kaedah pelupusan yang telah dilaksanakan oleh institusi pelupusan teks al-Quran di Malaysia.
Pengumpulan data diambil secara analisis dokumen dan temubual bersama Mufti iaitu mufti Negeri Selangor, mufti Negeri Kelantan dan mufti Negeri Terengganu.
Ia dilakukan secara temubual separa berstruktur dan dianalisis secara diskriptif.
Hasil penemuan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
Antara kaedah yang diaplikasi adalah dengan cara dibakar sehingga menjadi abu dan dibatakan seterusnya dihanyut ke dalam laut.
Tegasnya, masih banyak institusi berautoriti yang melaksanakan pelupusan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Related Results
Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran dan Bahan Terbitan Al-Quran
Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran dan Bahan Terbitan Al-Quran
Mashaf al-Quran al-Karim merupakan kitab suci umat Islam yang wajib dihormati tidak kira ia masih baru atau sudah tidak boleh digunakan lagi. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi mem...
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kebolehgunaan mendakanTapak PelupusanHabu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari. Kaedah ekspirementasi secara studio praktis...
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Rokhmawan,Tristan. 2011. Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno. Skripsi, Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas...
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
This study examines the role of corporate governance in moderating the influence of green accounting disclosure, corporate social responsibility (CSR), and firm size on the financi...
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Kajian inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi percetakan tiga dimensi ia bertujuan untuk mengkaji rekabentuk kraf acuan model gigi seramik yang bersesu...
Kaedah Itqan bagi Kawalan Kualiti Pentashihan Mushaf: Kajian Rintis
Kaedah Itqan bagi Kawalan Kualiti Pentashihan Mushaf: Kajian Rintis
Pentashihan mushaf memerlukan penelitian yang tinggi dan sangat penting di dalam agama Islam kerana ia melibatkan kesucian dan kemukjizatan Al-Quran. Â Susulan itu, kawalan kualiti ...
Pergeseran Peran dan Eksistensi Al-Quran: Studi Living Quran pada Masyarakat Waido, Pidie, Aceh
Pergeseran Peran dan Eksistensi Al-Quran: Studi Living Quran pada Masyarakat Waido, Pidie, Aceh
This study examines the evolving ways in which the community of Waido, Peukan Baro, Pidie, perceives and engages with the Quran. Initially regarded as a sacred text and a source of...
SEJARAH PEMIKIRAN AL-QURAN PERIODE KLASIK
SEJARAH PEMIKIRAN AL-QURAN PERIODE KLASIK
Artikel ini difokuskan pada kajian sejarah pemikiran al-Quran periode klasik yang meliputi sejarah pembukuan al-Quran, sejarah penafsiran al-Quran, sejarah ‘ulumul Quran, dan sejar...

