Javascript must be enabled to continue!
Bahasa Lindung Nilai dalam Bukti Perundangan Niat Jenayah: Satu Analisis Pragmatik
View through CrossRef
Bukti Perundangan Niat Jenayah ialah penyiasatan terperinci tentang bukti niat jahat seseorang yang tertuduh. Dalam perbicaraan mahkamah, hakim, pihak pendakwaan dan peguam bela akan menggunakan bahasa lindung nilai atau bahasa berhati-hati untuk mendapatkan keterangan daripada tertuduh atau saksi yang boleh membantu untuk menganalisis niat tertuduh. Artikel ini membincangkan penggunaan bahasa lindung nilai oleh pihak perundangan mahkamah dalam mendapatkan keterangan daripada tertuduh dan saksi untuk tujuan menganalisis niat tertuduh dalam perbicaraan mahkamah. Kajian kes ini menggunakan Prinsip Kerjasama Grice (1975) untuk menganalisis data soal-balas antara pihak pendakwaan, saksi pihak pendakwa dan peguam bela. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan bahasa lindung nilai atau bahasa berhati-hati dalam perbicaraan mahkamah adalah ketika pihak penghakiman dan saksi pendakwa memberikan keterangan maklum balas kepada pihak perundangan mahkamah. Kedua-dua pihak menggunakan bahasa lindung nilai untuk memberikan tindak balas secara sopan. Kajian juga mendapati bahawa penggunaan bahasa lindung nilai mempunyai sumbangan dalam memberikan makna keterangan, sekali gus dapat diklasifikasikan sebagai proposisi dalam penghujahan pihak perundangan mahkamah dan memperlihatkan pematuhan dari segi maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim hubungan dan maksim cara. Dapatan ini juga turut menonjolkan tindak balas sopan oleh pihak pendakwaan, peguam bela dan saksi pendakwa kepada hakim.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Title: Bahasa Lindung Nilai dalam Bukti Perundangan Niat Jenayah: Satu Analisis Pragmatik
Description:
Bukti Perundangan Niat Jenayah ialah penyiasatan terperinci tentang bukti niat jahat seseorang yang tertuduh.
Dalam perbicaraan mahkamah, hakim, pihak pendakwaan dan peguam bela akan menggunakan bahasa lindung nilai atau bahasa berhati-hati untuk mendapatkan keterangan daripada tertuduh atau saksi yang boleh membantu untuk menganalisis niat tertuduh.
Artikel ini membincangkan penggunaan bahasa lindung nilai oleh pihak perundangan mahkamah dalam mendapatkan keterangan daripada tertuduh dan saksi untuk tujuan menganalisis niat tertuduh dalam perbicaraan mahkamah.
Kajian kes ini menggunakan Prinsip Kerjasama Grice (1975) untuk menganalisis data soal-balas antara pihak pendakwaan, saksi pihak pendakwa dan peguam bela.
Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan bahasa lindung nilai atau bahasa berhati-hati dalam perbicaraan mahkamah adalah ketika pihak penghakiman dan saksi pendakwa memberikan keterangan maklum balas kepada pihak perundangan mahkamah.
Kedua-dua pihak menggunakan bahasa lindung nilai untuk memberikan tindak balas secara sopan.
Kajian juga mendapati bahawa penggunaan bahasa lindung nilai mempunyai sumbangan dalam memberikan makna keterangan, sekali gus dapat diklasifikasikan sebagai proposisi dalam penghujahan pihak perundangan mahkamah dan memperlihatkan pematuhan dari segi maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim hubungan dan maksim cara.
Dapatan ini juga turut menonjolkan tindak balas sopan oleh pihak pendakwaan, peguam bela dan saksi pendakwa kepada hakim.
Related Results
Pengkid dan Tomboi Menurut Perspektif Islam dan Perspektif Undang-Undang Jenayah Syariah
Pengkid dan Tomboi Menurut Perspektif Islam dan Perspektif Undang-Undang Jenayah Syariah
Istilah pengkid dan tomboi adalah merujuk kepada golongan wanita yang berperwatakan dan berkelakuan seperti lelaki. Kajian ini akan membincangkan isu golongan tomboi dan pengkid da...
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik
Sosio-Psikolinguistik adalah salah satu cabang ilmu dalam bidang linguistik terapan yang mempelajari keterkaitan antara aspek sosial dan psikologis dalam proses penggunaan dan pema...
Pemilihan Jenis Hasil Hutan Bukan Kayu Potensial dalam Rangka Rehabilitasi Hutan Lindung (Studi Kasus Kawasan Hutan Lindung KPHL Rinjani Barat, Nusa Tenggara Barat)
Pemilihan Jenis Hasil Hutan Bukan Kayu Potensial dalam Rangka Rehabilitasi Hutan Lindung (Studi Kasus Kawasan Hutan Lindung KPHL Rinjani Barat, Nusa Tenggara Barat)
Salah satu strategi dalam upaya rehabilitasi hutan lindung adalah pemilihan jenis Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) yang tepat. Selain sesuai dengan lokasi yang akan direhabilitasi, je...
CABARAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI NEGERI MELAKA
CABARAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI NEGERI MELAKA
Pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia sering menimbulkan komen negatif dan polemik di kalangan masyarakat Islam. Masyarakat sering mempersoalkan seja...
Isu dan Cabaran dalam Usaha Menghadapi Jenayah Siber di Malaysia
Isu dan Cabaran dalam Usaha Menghadapi Jenayah Siber di Malaysia
Keadaan jenayah siber di Malaysia makin membimbangkan dengan pelbagai kes yang melibatkan penggodaman, penipuan dalam talian, serangan perisian hasad dan kebocoran data. Walaupun t...
Pengaruh Nilai-Nilai Agama dan Nilai-Nilai Budaya Lokal Terhadap Niat Berkunjung Generasi Z ke Destinasi Wisata Ramah Lingkungan
Pengaruh Nilai-Nilai Agama dan Nilai-Nilai Budaya Lokal Terhadap Niat Berkunjung Generasi Z ke Destinasi Wisata Ramah Lingkungan
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh nilai-nilai agama dan nilai-nilai budaya lokal terhadap niat berkunjung Generasi Z ke destinasi wisata ramah lingkungan di Kabu...
PERSPEKTIF AKULTURASI NILAI BILINGUALISME BAHASA DI SITUBONDO
PERSPEKTIF AKULTURASI NILAI BILINGUALISME BAHASA DI SITUBONDO
Abstrak, Indonesia sebagai sebuah bangsa memiliki keragaman budaya dan bahasa yang sangat tinggi. Tingkat kemajemukan yang sangat tinggi ini tercermin dalamjumlahbahasa daerah yang...
RANCANGAN PENATAAN BLOK HUTAN LINDUNG LIANG ANGGANG KOTA BANJARBARU
RANCANGAN PENATAAN BLOK HUTAN LINDUNG LIANG ANGGANG KOTA BANJARBARU
Peningkatan jumlah penduduk di suatu wilayah mengakibatkan peningkatan kebutuhan sandang, pangan dan papan. Menyadari bahwa jumlah lahan yang tersedia relatif tetap dan tidak seban...

