Javascript must be enabled to continue!
Analisis Impak Budaya Ilmu Terhadap Masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia
View through CrossRef
Pembudayaan ilmu dalam masyarakat merupakan satu proses yang komprehensif dan dinamik serta dipengaruhi oleh faktor sejarah, budaya juga persekitaran setempat. Kedatangan agama Islam khususnya di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia iaitu di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan telah memesatkan perkembangan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat. Mereka memiliki tradisi keilmuan yang berkembang melalui sistem pendidikan Islam tradisional seperti halaqah ilmu di rumah guru, masjid serta surau. Keperluan masyarakat untuk mendalami ilmu pengetahuan berkaitan Islam semakin ketara apabila tertubuhnya institusi pendidikan Islam seperti institusi pondok. Rantaian jalinan keilmuan di antara negeri-negeri di wilayah tersebut semakin berkembang apabila pusat-pusat pengajian sedia ada telah menjadi tumpuan daripada masyarakat tempatan dan masyarakat luar. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan pembudayaan ilmu dalam masyarakat pantai timur semenanjung Malaysia dengan meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi proses penyebaran dan pengukuhan ilmu dalam kalangan penduduk setempat. Kajian ini juga akan mengenal pasti impak pembudayaan ilmu dalam memastikan kesinambungan aktiviti keilmuan di wilayah tersebut. Kajian ini menumpukan kepada kajian kualitatif secara deskriptif berbentuk kajian konseptual dengan merujuk kepada dokumen-dokumen bertulis untuk dianalisa secara kandungan. Data-data diperolehi daripada kajian terdahulu merangkumi artikel akademik serta sumber sejarah yang membincangkan aspek pembudayaan ilmu dalam masyarakat pantai timur semenanjung Malaysia. Pendekatan ini membolehkan kajian mengenal pasti tema dan pola utama dalam perkembangan serta pemeliharaan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat di kawasan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa budaya menuntut ilmu telah memberi kesan positif terhadap perkembangan pendidikan Islam di wilayah timur laut semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembudayaan ilmu dalam masyarakat pantai timur semenanjung Malaysia dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu sistem pendidikan Islam tradisional yang berkembang pesat melalui institusi pondok, peranan ulama dan pemimpin dalam membimbing masyarakat serta nilai budaya yang mengangkat ilmu sebagai teras kehidupan. Selain itu, pemikiran dan cara hidup masyarakat yang sangat mementingkan ajaran Islam telah mempergiatkan lagi aktiviti keilmuan di wilayah pantai timur semenanjung Malaysia. Justeru, aktiviti keilmuan dalam kalangan masyarakat wilayah pantai timur semenanjung Malaysia merupakan satu rutin dan budaya yang dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
Title: Analisis Impak Budaya Ilmu Terhadap Masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Description:
Pembudayaan ilmu dalam masyarakat merupakan satu proses yang komprehensif dan dinamik serta dipengaruhi oleh faktor sejarah, budaya juga persekitaran setempat.
Kedatangan agama Islam khususnya di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia iaitu di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan telah memesatkan perkembangan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.
Mereka memiliki tradisi keilmuan yang berkembang melalui sistem pendidikan Islam tradisional seperti halaqah ilmu di rumah guru, masjid serta surau.
Keperluan masyarakat untuk mendalami ilmu pengetahuan berkaitan Islam semakin ketara apabila tertubuhnya institusi pendidikan Islam seperti institusi pondok.
Rantaian jalinan keilmuan di antara negeri-negeri di wilayah tersebut semakin berkembang apabila pusat-pusat pengajian sedia ada telah menjadi tumpuan daripada masyarakat tempatan dan masyarakat luar.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan pembudayaan ilmu dalam masyarakat pantai timur semenanjung Malaysia dengan meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi proses penyebaran dan pengukuhan ilmu dalam kalangan penduduk setempat.
Kajian ini juga akan mengenal pasti impak pembudayaan ilmu dalam memastikan kesinambungan aktiviti keilmuan di wilayah tersebut.
Kajian ini menumpukan kepada kajian kualitatif secara deskriptif berbentuk kajian konseptual dengan merujuk kepada dokumen-dokumen bertulis untuk dianalisa secara kandungan.
Data-data diperolehi daripada kajian terdahulu merangkumi artikel akademik serta sumber sejarah yang membincangkan aspek pembudayaan ilmu dalam masyarakat pantai timur semenanjung Malaysia.
Pendekatan ini membolehkan kajian mengenal pasti tema dan pola utama dalam perkembangan serta pemeliharaan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat di kawasan tersebut.
Kajian ini mendapati bahawa budaya menuntut ilmu telah memberi kesan positif terhadap perkembangan pendidikan Islam di wilayah timur laut semenanjung Malaysia.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembudayaan ilmu dalam masyarakat pantai timur semenanjung Malaysia dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu sistem pendidikan Islam tradisional yang berkembang pesat melalui institusi pondok, peranan ulama dan pemimpin dalam membimbing masyarakat serta nilai budaya yang mengangkat ilmu sebagai teras kehidupan.
Selain itu, pemikiran dan cara hidup masyarakat yang sangat mementingkan ajaran Islam telah mempergiatkan lagi aktiviti keilmuan di wilayah pantai timur semenanjung Malaysia.
Justeru, aktiviti keilmuan dalam kalangan masyarakat wilayah pantai timur semenanjung Malaysia merupakan satu rutin dan budaya yang dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
Related Results
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
KARAKTERISTIK PANTAI PULAU LAUT-SEKATUNG (SALAH SATU PULAU TERLUAR NKRI)
KARAKTERISTIK PANTAI PULAU LAUT-SEKATUNG (SALAH SATU PULAU TERLUAR NKRI)
Pulau Laut-Sekatung adalah salah satu pulau terluar Negara Republik Indonesia yang berbatasan dengan perairan Malaysia Timur. Pulau ini terletak di laut Cina Selatan sebagai bagian...
PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15: POLA SOKONGAN PENGUNDI BERDASARKAN FAKTOR KEWILAYAHAN
PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15: POLA SOKONGAN PENGUNDI BERDASARKAN FAKTOR KEWILAYAHAN
Pilihan Raya Umum Malaysia ke 15 (PRU-15) telah berlangsung pada 19 November 2022 dengan baik dan jayanya. PRU kali ini diadakan lebih awal setahun berbanding tempoh matang 5 tahun...
ANALISIS KEBIJAKAN PENGEMBANGAN EKONOMI DESA PANTAI KABUPATEN SUBANG
ANALISIS KEBIJAKAN PENGEMBANGAN EKONOMI DESA PANTAI KABUPATEN SUBANG
Kabupaten Subang merupakan kabupaten yang memiliki panjang garis pantai sekitar 68km di daerah Pantai Utara dan luas area pertambakan sebesar 10.000 ha, merupakan potensiuntuk peng...
EDU-WISATA: EDUKASI KEBERSIHAN PESISIR PANTAI DI WILAYAH KABUPATEN SUMBAWA SEBAGAI WADAH UNTUK BELAJAR PROMOSI KESEHATAN
EDU-WISATA: EDUKASI KEBERSIHAN PESISIR PANTAI DI WILAYAH KABUPATEN SUMBAWA SEBAGAI WADAH UNTUK BELAJAR PROMOSI KESEHATAN
Sebagai negara kepulauan tentunya Indonensia memiliki berbagai banyak pantai yang terssebagar dibeberapa provinsi yang ada di Indonesia. Salah satunya Provinsi Nusa Tengara Barat, ...
FALAGA SEBUAH BUDAYA POP ANAK MUDA PANTAI SORAKE (KAJIAN ANTROPOLINGUISTIK)
FALAGA SEBUAH BUDAYA POP ANAK MUDA PANTAI SORAKE (KAJIAN ANTROPOLINGUISTIK)
Bahasa muncul ada hubungannya dengan latar belakang konteks budayanya. Tujuan penelitian ini adalah mendesksripsikan latar belakang munculnya kata falaga sebagai budaya pop di kal...
Perilaku Masyarakat dalam Menjaga Kebersihan Lingkungan Pantai Kecamatan Sasak Ranah Pasisie Kabupaten Pasaman Brat
Perilaku Masyarakat dalam Menjaga Kebersihan Lingkungan Pantai Kecamatan Sasak Ranah Pasisie Kabupaten Pasaman Brat
Abstrak
Penelitian ini dilatar belakangi oleh perilaku masyarakat dalam menjaga kebersihan lingkungan Pantai Sasak Kecamatan Sasak Ranah Pasisie yang cenderungan mem...
Program Pengabdian Kepada Masyarakat Bersih Pantai Sekotong Lombok Barat
Program Pengabdian Kepada Masyarakat Bersih Pantai Sekotong Lombok Barat
Program pengabdian kepada masyarakat bersih pantai Sekotong Lombok Barat dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesadaran masyarakat akan pentingnya menjaga kebersihan panta...

