Javascript must be enabled to continue!
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
View through CrossRef
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Di negara China, kini terdapat 17 buah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa Melayu. Artikel ini bertujuan untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh pelajar China dalam menguasai fonologi bahasa Melayu semasa mengikuti kuliah Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu pengumpulan data yang diperoleh dalam kuliah Bahasa Melayu pelajar tahun 1 dengan mendiskripsikan ujaran yang dilafazkan oleh pelajar. Keputusan memperlihatkan faktor yang menyumbang kepada cabaran yang dihadapi oleh pelajar China dalam menguasai fonologi bahasa Melayu, iaitu perbezaan sistem fonologi bahasa China dan bahasa Melayu. Masalah fonologi yang kerap timbul dalam kalangan pelajar China ialah sebutan bagi huruf r, sengauan ny dan ng, dan perbezaan sebutan bagi huruf konsonan b,p, k, g, t, dan d. Pendedahan awal kepada sistem fonetik bahasa Melayu, penggunaan pasangan minimal dan menjalankan kaedah banding-beza boleh meningkatkan tahap pemerolehan fonologi dalam bahasa Melayu. Hasil kajian ini dapat memberi gambaran tentang masalah fonologi yang kerap kali timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dari aspek pertuturan. Dapatan kajian dan cadangan yang dibincangkan ini diharapkan dapat membantu tenaga pengajar memahami masalah yang dihadapi dan merancang aktiviti pengajaran yang lebih efektif dan berkesan terutamanya dalam bidang fonetik bahasa Melayu.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Description:
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing.
Di negara China, kini terdapat 17 buah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa Melayu.
Artikel ini bertujuan untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh pelajar China dalam menguasai fonologi bahasa Melayu semasa mengikuti kuliah Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu pengumpulan data yang diperoleh dalam kuliah Bahasa Melayu pelajar tahun 1 dengan mendiskripsikan ujaran yang dilafazkan oleh pelajar.
Keputusan memperlihatkan faktor yang menyumbang kepada cabaran yang dihadapi oleh pelajar China dalam menguasai fonologi bahasa Melayu, iaitu perbezaan sistem fonologi bahasa China dan bahasa Melayu.
Masalah fonologi yang kerap timbul dalam kalangan pelajar China ialah sebutan bagi huruf r, sengauan ny dan ng, dan perbezaan sebutan bagi huruf konsonan b,p, k, g, t, dan d.
Pendedahan awal kepada sistem fonetik bahasa Melayu, penggunaan pasangan minimal dan menjalankan kaedah banding-beza boleh meningkatkan tahap pemerolehan fonologi dalam bahasa Melayu.
Hasil kajian ini dapat memberi gambaran tentang masalah fonologi yang kerap kali timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dari aspek pertuturan.
Dapatan kajian dan cadangan yang dibincangkan ini diharapkan dapat membantu tenaga pengajar memahami masalah yang dihadapi dan merancang aktiviti pengajaran yang lebih efektif dan berkesan terutamanya dalam bidang fonetik bahasa Melayu.
Related Results
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian:kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di universiti kebangsaan malaysia
Abstrak Kewujudan variasi media sosial serta pendedahan keterlaluan kepada bentuk bahasa dan budaya luar menyebabkan ramai dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia yang tidak la...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
KAIDAH-KAIDAH FONOLOGI BAHASA INDONESIA
KAIDAH-KAIDAH FONOLOGI BAHASA INDONESIA
Bahasa adalah suatu fenomena yang sangat kompleks. Pendekatan kita terhadapbahasa bisa saja menganggapnya sebagai fenomena perorangan. Bila seseorangmengatakan, “Bahasanya kasar se...
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL
Abstract Slow learners often face issues when learning their first language. Since Malay is the functional language in Malaysia, students need to master it to facilitate the proces...
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU
Abstract This study aims to identify Sanskrit loanwords in the Malay language and discuss the changes from an etymological standpoint. The changes discussed include two salient ele...
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
FONOLOGI BAHASA PRANCIS
Understanding phonology is the pivotal thing in learning foreign language. By understanding the target language phonology, learners will be easier to learn foreign language pronunc...


