Javascript must be enabled to continue!
Suatu Ulasan Mengenai Antioksidan, Sifat Fizikokimia, Manfaat Kesihatan, dan Pengendalian Selepas Tuai Tomato Ceri
View through CrossRef
Tomato ceri (Solanum lycopersicum var. cerasiforme) merupakan salah satu jenis buah-buahan yang semakin digemari di kalangan pengguna kerana kualiti dan kepelbagaian manfaat kesihatan yang tinggi. Ulasan ini bertujuan untuk menyediakan maklumat mendalam tentang beberapa aspek penting berkaitan tomato ceri termasuk fisiologi, potensi antioksidan, sifat fizikokimia, kandungan nutrien, manfaat kesihatan dan pengendalian selepas tuai yang berkesan. Tomato ceri mengandungi pelbagai jenis antioksidan seperti likopena, beta-karotena dan vitamin C. Antioksidan ini berperanan penting dalam menangani radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit degeneratif dan penyakit kardiovaskular. Di samping itu, ulasan ini juga meneliti sifat fizikokimia tomato ceri yang mempengaruhi kualiti dan nilai pemakanan buah ini. Pemahaman terhadap sifat fizikokimia adalah penting dalam menentukan kematangan dan kualiti tomato ceri terhadap rasa dan daya tarikan kepada pengguna. Tumpuan utama dalam kajian ini juga menjurus kepada potensi kesihatan tomato ceri dan manfaat dalam pemakanan manusia. Pengendalian selepas tuai yang berkesan turut dibincangkan untuk memastikan kualiti dan kebergunaan tomato ceri termasuk kaedah penyimpanan, pengangkutan dan pemprosesan yang tepat untuk memastikan buah kekal segar dan nutrisinya terpelihara. Maklumat yang dikumpulkan memberikan panduan penting kepada pihak industri dan pengguna dalam memahami potensi dan kegunaan tomato ceri sebagai sumber makanan yang bernilai tinggi dalam pemakanan seimbang. Diharapkan kajian ini akan mendorong peningkatan pengetahuan dan minat dalam penanaman dan penggunaan tomato ceri bagi kebaikan kesihatan dan kehidupan manusia.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Suatu Ulasan Mengenai Antioksidan, Sifat Fizikokimia, Manfaat Kesihatan, dan Pengendalian Selepas Tuai Tomato Ceri
Description:
Tomato ceri (Solanum lycopersicum var.
cerasiforme) merupakan salah satu jenis buah-buahan yang semakin digemari di kalangan pengguna kerana kualiti dan kepelbagaian manfaat kesihatan yang tinggi.
Ulasan ini bertujuan untuk menyediakan maklumat mendalam tentang beberapa aspek penting berkaitan tomato ceri termasuk fisiologi, potensi antioksidan, sifat fizikokimia, kandungan nutrien, manfaat kesihatan dan pengendalian selepas tuai yang berkesan.
Tomato ceri mengandungi pelbagai jenis antioksidan seperti likopena, beta-karotena dan vitamin C.
Antioksidan ini berperanan penting dalam menangani radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit degeneratif dan penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, ulasan ini juga meneliti sifat fizikokimia tomato ceri yang mempengaruhi kualiti dan nilai pemakanan buah ini.
Pemahaman terhadap sifat fizikokimia adalah penting dalam menentukan kematangan dan kualiti tomato ceri terhadap rasa dan daya tarikan kepada pengguna.
Tumpuan utama dalam kajian ini juga menjurus kepada potensi kesihatan tomato ceri dan manfaat dalam pemakanan manusia.
Pengendalian selepas tuai yang berkesan turut dibincangkan untuk memastikan kualiti dan kebergunaan tomato ceri termasuk kaedah penyimpanan, pengangkutan dan pemprosesan yang tepat untuk memastikan buah kekal segar dan nutrisinya terpelihara.
Maklumat yang dikumpulkan memberikan panduan penting kepada pihak industri dan pengguna dalam memahami potensi dan kegunaan tomato ceri sebagai sumber makanan yang bernilai tinggi dalam pemakanan seimbang.
Diharapkan kajian ini akan mendorong peningkatan pengetahuan dan minat dalam penanaman dan penggunaan tomato ceri bagi kebaikan kesihatan dan kehidupan manusia.
Related Results
Evaluation of Selected Tomato Cultivars Effectiveness Against Tomato Yellow Leaf Curl Virus (TYLCV) and Its PCR-Based Molecular Detection
Evaluation of Selected Tomato Cultivars Effectiveness Against Tomato Yellow Leaf Curl Virus (TYLCV) and Its PCR-Based Molecular Detection
Viral diseases are the primary impediment to tomato cultivation. One of the most destructive viral diseases is Tomato yellow leaf curl virus (TYLCV) transmitted by the insect vecto...
Importance of using tomato serum in the development of functional food products
Importance of using tomato serum in the development of functional food products
Background: The significance of incorporating tomatoes in the development of functional food products is due to their content of vitamins, carotenoids, and minerals. In industrial ...
PENGARUH AJARAN TRI GUNA DALAM MENINGKATKAN BUDHI PEKERTI ANAK DI TK SARI MEKAR BANGUNTAPAN BANTUL YOGYAKARTA
PENGARUH AJARAN TRI GUNA DALAM MENINGKATKAN BUDHI PEKERTI ANAK DI TK SARI MEKAR BANGUNTAPAN BANTUL YOGYAKARTA
Pengaruh Ajaran Tri Guna Dalam Pendidikan Budhi Pekerti Anak Di TK Sari Mekar Banguntapan Bantul Yogyakarta, Dalam mencapai pendidikan Budhi pekerti di dalam ajarangama Hindu terd...
Analysis of gender roles in tomato production in Municipal Area Council, Abuja, Nigeria
Analysis of gender roles in tomato production in Municipal Area Council, Abuja, Nigeria
This study analyzed gender roles in tomato production in Municipal Area Council, Abuja, Nigeria. The study described socio-economic characteristics of the tomato farmers, examined ...
MANFAAT MINUM TEH BUNGA TELANG DAN TEH PUTIH SEBAGAI ANTIOKSIDAN KEPADA MASYARAKAT KARAWANG
MANFAAT MINUM TEH BUNGA TELANG DAN TEH PUTIH SEBAGAI ANTIOKSIDAN KEPADA MASYARAKAT KARAWANG
Permasalahan udara di lingkungan kota Karawang yang banyak berdiri industri- industri serta kendaraan, menghasilkan polusi udara yang membuat radikal bebas terpenetrasi kedalam tub...
PELATIHAN PEMBUATAN SAOS TOMAT PADA KELOMPOK PEKARANGAN PANGAN LESTARI NGONGAK TANDURAN
PELATIHAN PEMBUATAN SAOS TOMAT PADA KELOMPOK PEKARANGAN PANGAN LESTARI NGONGAK TANDURAN
Ngongak Tanduran Sustainable Food Farm (P2L) is a business group engaged in cultivating and selling fresh vegetables from their own plants. The problem experienced by P2L Ngongak T...
TINJAUAN LITERATUR TENTANG ULASAN ONLINE DAN DAMPAKNYA TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN DI ERA DIGITAL
TINJAUAN LITERATUR TENTANG ULASAN ONLINE DAN DAMPAKNYA TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN DI ERA DIGITAL
ABSTRACTDigital transformation has reshaped consumer behavior, particularly through the shift from conventional shopping to e-commerce platforms. Online reviews have become a criti...
Alam Sekitar Sebagai Terapi Alternatif Kesihatan Mental
Alam Sekitar Sebagai Terapi Alternatif Kesihatan Mental
Gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang seterusnya mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiv...

