Javascript must be enabled to continue!
Pandemik Covid-19, Norma Baharu dan Cabaran Wartawan Berita Kesihatan di Malaysia
View through CrossRef
Pandemik Covid-19 telah mengubah rutin kehidupan manusia kepada suatu norma yang baharu. Perubahan tersebut mencetuskan pelbagai implikasi dan perselisihan pandangan dari sudut agama, sosial, peradaban, profesionalisme, dan hak asasi sejagat. Industri media dan kerjaya kewartawanan tidak terkecuali malahan turut menerima tempias kekangan ekonomi, pengurangan kakitangan sehingga membawa kepada penutupan agensi berita. Pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu yang diperkenalkan telah disesuaikan dengan norma semasa yang akhirnya membawa kepada perubahan bilik berita dan rutin kerja wartawan. Kajian ini berbentuk penerokaan yang meneliti kerjaya wartawan berita kesihatan di Malaysia menyesuaikan aspek profesionalisme, norma kerja dan teknologi mereka ketika bertugas dalam situasi pandemik. Berdasarkan temu bual mendalam dengan wartawan, sub-editor dan editor berita kesihatan dari pelbagai agensi berita, kajian ini mendapati bahawa mereka mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan keadaan semasa serta menanam norma fleksibiliti tanpa membelakangkan etika profesional. Dalam masa yang singkat, wartawan berita kesihatan dilihat mampu untuk bertindak dengan mengatur kerja secara jarak jauh atau dari rumah, perjumpaan dengan sumber berita secara dalam talian dan memperkukuhkan struktur bilik berita digital menerusi komunikasi maya dan aplikasi media sosial. Wartawan berita kesihatan di Malaysia juga dilihat mempunyai aspirasi dan jati diri yang tinggi dalam kerjaya mereka dengan meletakkan keutamaan kepada tanggungjawab sosial berbanding kebimbangan peribadi terhadap virus Covid-19. Kata kunci: Norma baharu, cabaran, Covid-19, wartawan berita kesihatan, budaya bilik berita.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Pandemik Covid-19, Norma Baharu dan Cabaran Wartawan Berita Kesihatan di Malaysia
Description:
Pandemik Covid-19 telah mengubah rutin kehidupan manusia kepada suatu norma yang baharu.
Perubahan tersebut mencetuskan pelbagai implikasi dan perselisihan pandangan dari sudut agama, sosial, peradaban, profesionalisme, dan hak asasi sejagat.
Industri media dan kerjaya kewartawanan tidak terkecuali malahan turut menerima tempias kekangan ekonomi, pengurangan kakitangan sehingga membawa kepada penutupan agensi berita.
Pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu yang diperkenalkan telah disesuaikan dengan norma semasa yang akhirnya membawa kepada perubahan bilik berita dan rutin kerja wartawan.
Kajian ini berbentuk penerokaan yang meneliti kerjaya wartawan berita kesihatan di Malaysia menyesuaikan aspek profesionalisme, norma kerja dan teknologi mereka ketika bertugas dalam situasi pandemik.
Berdasarkan temu bual mendalam dengan wartawan, sub-editor dan editor berita kesihatan dari pelbagai agensi berita, kajian ini mendapati bahawa mereka mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan keadaan semasa serta menanam norma fleksibiliti tanpa membelakangkan etika profesional.
Dalam masa yang singkat, wartawan berita kesihatan dilihat mampu untuk bertindak dengan mengatur kerja secara jarak jauh atau dari rumah, perjumpaan dengan sumber berita secara dalam talian dan memperkukuhkan struktur bilik berita digital menerusi komunikasi maya dan aplikasi media sosial.
Wartawan berita kesihatan di Malaysia juga dilihat mempunyai aspirasi dan jati diri yang tinggi dalam kerjaya mereka dengan meletakkan keutamaan kepada tanggungjawab sosial berbanding kebimbangan peribadi terhadap virus Covid-19.
Kata kunci: Norma baharu, cabaran, Covid-19, wartawan berita kesihatan, budaya bilik berita.
Related Results
Keselamatan dan Kesehatan Kerja Wartawan di Provinsi Riau
Keselamatan dan Kesehatan Kerja Wartawan di Provinsi Riau
Salah satu hak wartawan sebagai pekerja yakni untuk mendapatkan pelindungan atas keselamatan dan kesehatan kerja. Terutama karena wartawan dalam menjalankan tugas sering kali berad...
Gelagat Pengguna Dan Penjanaan Kekayaan Sewaktu Pandemik Covid-19: Satu Analisis Konseptual
Gelagat Pengguna Dan Penjanaan Kekayaan Sewaktu Pandemik Covid-19: Satu Analisis Konseptual
The theory of human behavior change is developed from psychological studies and then applied to consumer behavior. Psychologists believe that human behavior can change through stim...
Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Cabaran Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid 19
Covid 19 merupakan virus baharu yang mula menjadi wabak di awal tahun 2020 telah memberi kesan besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran norma baharu. Justeru, kajian ini dij...
CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH
CABARAN DAN PERMASALAHAN MENGURUSKAN PERNIAGAAN KETIKA COVID 19: KES PENGUSAHA MADU KELULUT DI SIK KEDAH
Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka, usahawan harus merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan denga...
Sustainability of Strengthening Family Communication Post Covid-19 Pandemic
Sustainability of Strengthening Family Communication Post Covid-19 Pandemic
The Covid-19 pandemic led to a strengthening of family communication aimed at preventing children from contracting the virus. But will this strengthened communication continue in...
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, di sebuah universiti penyelid...
NORMA BAHARU: KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA SEBAGAI PENERAJU PENYELIDIKAN DAN PUSAT RUJUKAN SERANTAU
NORMA BAHARU: KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA SEBAGAI PENERAJU PENYELIDIKAN DAN PUSAT RUJUKAN SERANTAU
Pandemik COVID-19 telah menunjukkan penggabungan dimensi siber dan fizikal adalah tidak mustahil dan telah menjadi norma baharu dalam kehidupan hari ini. Kajian ini bertujuan untuk...

