Javascript must be enabled to continue!
Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah
View through CrossRef
Pembiayaan perumahan secara Islam melalui perbankan Islam di Malaysia mengadaptasi pelbagai bentuk instrumen kewangan Islam. Ini bergantung kepada kehendak dan keperluan sesebuah bank/institusi kewangan Islam tersebut. Antaranya adalah penggunaan Bay’ BithamanAjil (BBA), Ijarah dan sebagainya. Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat kritikan yang mempersoal kerelavanan instrumen tersebut bagi membiayai pembiayaan perumahan mahupun pembiayaan semula perumahan. Justeru, satu lagi instrumen baru telah diperkenalkan, iaitu kontrak Musharakah Mutanaqisah. Kontrak ini telah diamalkan oleh beberapa bank Islam terpilih di Malaysia. Oleh kerana kontrak ini masih di peringkat awal pelaksanaan, objektif utama kertas kerja ini akan menganalisis dan menjelaskan secara kritikal konsep pelaksanaan penggunaan kontrak tersebut yang di aplikasi bagi pembiayaan semula perumahan (Home Refinancing). Kajian ini memfokuskan kepada dua bank utama yang mengaplikasi kontrak tersebut, iaitu RHB Islamic Bank Berhad (RHBIBB) dan juga Maybank Islamic Berhad (MIB).Antara objektif lain dalam kajian ini juga akan menjelaskan persoalan mengenai kebolehan pihak pelanggan melaksanakan pembiayaan semula perumahan sekiranya ianya berlaku di dua bank yang berbeza. Sebagai contoh dari RHBIB ke MIB. Selain itu, kajian ini juga akan menjawab persoalan utama dalam muʻamalat, iaitu sama ada pembiayaan semula perumahan ini mempunyai unsur ʻInah ataupun tidak. Dalam menjalankan kajian ini, kajian perpustakaan dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan. Temu bual telah dijalankan di kedua-dua bank yang disebutkan di atas. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah yang merangkumi metode induktif, deduktif dan juga komparatif. Antara lain, dapatan kajian daripada analisis ini mendapati bahawa terdapat beberapa isu-isu berbangkit akibat daripada penggunaan kontrak ini dalam pembiayaan semula perumahan, antara seperti isu pemilikan apabila seseorang pelanggan hendak mendapatkan pembiayaan semula perumahan, sedangkan rumah tersebut masih dikongsi dengan pihak bank. Begitu juga dengan permasalahan penetapan harga rumah yang hendak dibiayai semula. Hasil daripada analisis ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi memperhalusi lagi pelaksanaan kontrak ini.
Title: Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah
Description:
Pembiayaan perumahan secara Islam melalui perbankan Islam di Malaysia mengadaptasi pelbagai bentuk instrumen kewangan Islam.
Ini bergantung kepada kehendak dan keperluan sesebuah bank/institusi kewangan Islam tersebut.
Antaranya adalah penggunaan Bay’ BithamanAjil (BBA), Ijarah dan sebagainya.
Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat kritikan yang mempersoal kerelavanan instrumen tersebut bagi membiayai pembiayaan perumahan mahupun pembiayaan semula perumahan.
Justeru, satu lagi instrumen baru telah diperkenalkan, iaitu kontrak Musharakah Mutanaqisah.
Kontrak ini telah diamalkan oleh beberapa bank Islam terpilih di Malaysia.
Oleh kerana kontrak ini masih di peringkat awal pelaksanaan, objektif utama kertas kerja ini akan menganalisis dan menjelaskan secara kritikal konsep pelaksanaan penggunaan kontrak tersebut yang di aplikasi bagi pembiayaan semula perumahan (Home Refinancing).
Kajian ini memfokuskan kepada dua bank utama yang mengaplikasi kontrak tersebut, iaitu RHB Islamic Bank Berhad (RHBIBB) dan juga Maybank Islamic Berhad (MIB).
Antara objektif lain dalam kajian ini juga akan menjelaskan persoalan mengenai kebolehan pihak pelanggan melaksanakan pembiayaan semula perumahan sekiranya ianya berlaku di dua bank yang berbeza.
Sebagai contoh dari RHBIB ke MIB.
Selain itu, kajian ini juga akan menjawab persoalan utama dalam muʻamalat, iaitu sama ada pembiayaan semula perumahan ini mempunyai unsur ʻInah ataupun tidak.
Dalam menjalankan kajian ini, kajian perpustakaan dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan.
Temu bual telah dijalankan di kedua-dua bank yang disebutkan di atas.
Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah yang merangkumi metode induktif, deduktif dan juga komparatif.
Antara lain, dapatan kajian daripada analisis ini mendapati bahawa terdapat beberapa isu-isu berbangkit akibat daripada penggunaan kontrak ini dalam pembiayaan semula perumahan, antara seperti isu pemilikan apabila seseorang pelanggan hendak mendapatkan pembiayaan semula perumahan, sedangkan rumah tersebut masih dikongsi dengan pihak bank.
Begitu juga dengan permasalahan penetapan harga rumah yang hendak dibiayai semula.
Hasil daripada analisis ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi memperhalusi lagi pelaksanaan kontrak ini.
Related Results
TEORI DAN AMALAN PEMBIAYAAN SEMULA PERUMAHAN DI RHB ISLAMIC BANK BERHAD (RHBIBB)
TEORI DAN AMALAN PEMBIAYAAN SEMULA PERUMAHAN DI RHB ISLAMIC BANK BERHAD (RHBIBB)
Kajian ini bertujuan untuk memahami dengan lebih jelas pelaksanaan pembiayaan semula perumahan berdasarkan kontrak Musharakah Mutanaqisah yang diamalkan di RHB Islamic Bank Berhad ...
The Business Cycle as a Moderator of Financing for Financing Risk of Islamic Commercial Banks in Indonesia
The Business Cycle as a Moderator of Financing for Financing Risk of Islamic Commercial Banks in Indonesia
ABSTRACT
Islamic banking is undoubtedly faced with several potential financing risks, with the three largest financing contracts (Mudharaba, Musharaka, and Murabaha) that reduce th...
PERANCANGAN SISTEM MANAJEMAN ADMINISTRASI DAN PENGINGAT KONTRAK KARYAWAN PADA PT. PUTRA DUMAS LESTARI
PERANCANGAN SISTEM MANAJEMAN ADMINISTRASI DAN PENGINGAT KONTRAK KARYAWAN PADA PT. PUTRA DUMAS LESTARI
Karyawan kontrak atau sering juga disebut karyawan tidak tetap, umumnya terikat hubungan kerja dengan perusahaan untuk pekerjaan dengan keahlian tertentu, atau jangka waktu tertent...
TRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBANTRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN
TRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBANTRADISI SENI TATU SEBAGAI INTREPRETASI FALSAFAH ALAM TAKAMBANG JADI GURU DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN
Penyelidikan ini menjelaskan tentang sesuatu kearifan tradisi yang berkaitan dengan warisan kesenian masyarakat Iban, iaitu seni tatu. Simbolisme ke arah unsur-unsur alam semula ja...
PERSPEKTIF FORCE MAJEURE DAN REBUS SIC STANTIBUS DALAM SISTEM HUKUM INDONESIA
PERSPEKTIF FORCE MAJEURE DAN REBUS SIC STANTIBUS DALAM SISTEM HUKUM INDONESIA
Peranan kontrak sangat penting dalam kehidupan sehari-hari. Kontrak adalah: Kesepakatan para pihak tentang sesuatu hal yang melahirkan perikatan/hubungan hukum, menimbulkan hak dan...
Strategi Penanganan Pembiayaan Bermasalah Pada Produk Bank Syariah
Strategi Penanganan Pembiayaan Bermasalah Pada Produk Bank Syariah
This study discusses the strategy for handling problematic financing at Islamic banks, based on field reviews, many problems occur to consumers in terms of financing, especially ce...
EVALUASI PASCA HUNI KEBERLANJUTAN PERUMAHAN MURAH TERHADAP PEGAWAI NEGERI SIPIL (PNS)
EVALUASI PASCA HUNI KEBERLANJUTAN PERUMAHAN MURAH TERHADAP PEGAWAI NEGERI SIPIL (PNS)
Pada tahun 2019, Indonesia memiliki housing backlog sebesar 7,6 juta rumah yang perlu diakomodir dengan pemenuhan perumahan baru. Oleh karena itu ada kebijakan melalui program “sat...
Issues and Challenges of the Application of Mudarabah and Musharakah in Islamic Bank Financing Products
Issues and Challenges of the Application of Mudarabah and Musharakah in Islamic Bank Financing Products
There has been a record of limited Islamic financial institutions applying risk sharing principles in financing product, especially Mudarabah and Musharakah. The issues of high ris...

