Javascript must be enabled to continue!
Kedudukan Akal dalam Pendalilan Akidah
View through CrossRef
Pendalilan akal merupakan salah satu sumber terpenting dalam membahaskan persoalan akidah, selain daripada sumber utama al-Quran dan hadis. Kedudukan dalil akal tersebut diiktiraf oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah kerana ia berkemampuan untuk menghasilkan keyakinan sehingga terbentuk keimanan kepada Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, sebilangan aliran pemikiran seperti Hashawiyyah didapati menolak peranan akal dalam perbahasan akidah, lantas mendakwa Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah khususnya Asha’irah dan Maturidiyyah terpengaruh dengan metodologi aliran sesat Mu’tazilah yang terlebih mengutamakan dalil ‘aqli berbanding dalil naqli. Implikasi daripada tohmahan tersebut menyebabkan segelintir umat Islam memandang serong terhadap kedudukan dalil akal dalam akidah, malah pengikut Asha’irah dan Maturidiyyah turut disamakan dengan Mu’tazilah. Menerusi kaedah analisis kandungan dokumen, artikel ini akan meneliti kedudukan akal dalam pendalilan akidah menurut kerangka Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah untuk membuktikan bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mempunyai metodologi tersendiri dalam berinteraksi dengan akal. Malah artikel turut mengetengahkan pendirian Hashawiyyah dan Mu’tazilah berkaitan isu yang dibincangkan sebagai lontaran pemikiran sehingga tercetusnya polemik tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dalam menerima pendalilan akal adalah didasari oleh sumber dan hujah meyakinkan bagi membezakannya dengan Mu’tazilah dan Hashawiyyah. Hal ini bertepatan dengan al-Quran dan hadis yang turut memperakui kelebihan akal kepada manusia sehingga ia dapat dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. Selain itu, kajian merumuskan bahawa akal juga mempunyai batasan kemampuan dalam memperkatakan sesuatu terutamanya tentang hakikat zat Allah S.W.T. dan perkara hukum-hakam Islam.
Title: Kedudukan Akal dalam Pendalilan Akidah
Description:
Pendalilan akal merupakan salah satu sumber terpenting dalam membahaskan persoalan akidah, selain daripada sumber utama al-Quran dan hadis.
Kedudukan dalil akal tersebut diiktiraf oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah kerana ia berkemampuan untuk menghasilkan keyakinan sehingga terbentuk keimanan kepada Allah S.
W.
T.
Walau bagaimanapun, sebilangan aliran pemikiran seperti Hashawiyyah didapati menolak peranan akal dalam perbahasan akidah, lantas mendakwa Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah khususnya Asha’irah dan Maturidiyyah terpengaruh dengan metodologi aliran sesat Mu’tazilah yang terlebih mengutamakan dalil ‘aqli berbanding dalil naqli.
Implikasi daripada tohmahan tersebut menyebabkan segelintir umat Islam memandang serong terhadap kedudukan dalil akal dalam akidah, malah pengikut Asha’irah dan Maturidiyyah turut disamakan dengan Mu’tazilah.
Menerusi kaedah analisis kandungan dokumen, artikel ini akan meneliti kedudukan akal dalam pendalilan akidah menurut kerangka Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah untuk membuktikan bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mempunyai metodologi tersendiri dalam berinteraksi dengan akal.
Malah artikel turut mengetengahkan pendirian Hashawiyyah dan Mu’tazilah berkaitan isu yang dibincangkan sebagai lontaran pemikiran sehingga tercetusnya polemik tersebut.
Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dalam menerima pendalilan akal adalah didasari oleh sumber dan hujah meyakinkan bagi membezakannya dengan Mu’tazilah dan Hashawiyyah.
Hal ini bertepatan dengan al-Quran dan hadis yang turut memperakui kelebihan akal kepada manusia sehingga ia dapat dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.
Selain itu, kajian merumuskan bahawa akal juga mempunyai batasan kemampuan dalam memperkatakan sesuatu terutamanya tentang hakikat zat Allah S.
W.
T.
dan perkara hukum-hakam Islam.
.
Related Results
Relasi Akal dan Wahyu Era Modern (Analisis Teologis Pemikiran Ibnu Taymiyyah)
Relasi Akal dan Wahyu Era Modern (Analisis Teologis Pemikiran Ibnu Taymiyyah)
Abstract: The results of this study are; 1) Ibn Taymiyyah adheres to tauhid uluhiyah because rububiyyah has included it. Ibn Taimiyah divided the concept of Tauhid into three parts...
Akal dan Wahyu
Akal dan Wahyu
Perbincangan menganai akal dan wahyu merupakan bagian terpenting dalam aliran teologi Islam, yaitu masalah mengetahui Tuhan dan masalah mengetahui baik dan jahat. Perbincangan tent...
Jiwa Menurut Ibnu Sina
Jiwa Menurut Ibnu Sina
Ibnu Sina adalah salah satu filosof muslim abad pertengahan yang mempunyai andil besar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan baik di barat maupun di timur terutama dalam masalah f...
HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI BELAJAR DAN PARTISIPASI SISWA DENGAN HASIL BELAJAR PADA MATA PELAJARAN MATEMATIKA (Survey pada Siswa Kelas VIII di MTs Attaqwa Cicurug Sukabumi)
HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI BELAJAR DAN PARTISIPASI SISWA DENGAN HASIL BELAJAR PADA MATA PELAJARAN MATEMATIKA (Survey pada Siswa Kelas VIII di MTs Attaqwa Cicurug Sukabumi)
<p>Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui: (1) perbedaan hasil belajar antara peserta didik yang mengikuti strategi pembelajaran berbasis masalah dan strategi pembelaj...
Penerapan Metode Pembelajaran Simulasi pada Mata Pelajaran Akidah Akhlak ii Madrasah Aliyah DDI Bonde
Penerapan Metode Pembelajaran Simulasi pada Mata Pelajaran Akidah Akhlak ii Madrasah Aliyah DDI Bonde
Tujuan dari penelitian skripsi ini yaitu: Untuk mengetahui peroses pembelajaran dengan penerapan metode simulasi pada pembelajaran Akidah Akhlak di Madrasah Aliyah DDI Bonde. Untuk...
Pemikiran Akidah Imam Al-Syafi’i
Pemikiran Akidah Imam Al-Syafi’i
Nama Imam al-Syafi’i merupakan satu nama besar sebagai tokoh pemikiran Islam. Penulisan berkaitan pemikiran beliau terhadap bidang akidah diketengahkan dalam artikel ini melihatkan...
PERAN GURU DALAM PENGELOLAAN KELAS UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKIDAH AKHLAK
PERAN GURU DALAM PENGELOLAAN KELAS UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKIDAH AKHLAK
Pembelajaran adalah proses intraksi antara peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar dalam suatu lingkungan belajar. Pembelajaran akan menjadi hidup tergantung bagaimana gur...
Pengembangan Kompetensi Akidah Akhlak Peserta Didik: Pendekatan Kurikulum dan Praktik Pembelajaran di Madrasah
Pengembangan Kompetensi Akidah Akhlak Peserta Didik: Pendekatan Kurikulum dan Praktik Pembelajaran di Madrasah
Kompetensi akidah akhlak di sekolah Adalah pendidikan merupakan sarana utama dalam membentuk karakter dan kepribadian peserta didik, dengan mata pelajaran Akidah Akhlak memiliki pe...

