Javascript must be enabled to continue!
Mitologi Tentang Makhluk Supernatural Dalam Kalangan Etnik- Etnik di Daerah Pitas Sabah: Tinjauan Menurut Perspektif Islam
View through CrossRef
Mitologi adalah suatu domain yang wujud dan menjadi kelaziman dalam mana-mana budaya, bangsa, etnik dan komuniti di seluruh dunia. Skalanya menjangkau alam nyata, sehingga ke alam ghaib. Entiti signifikan dalam mitologi antaranya adalah makhluk supernatural. Etnik dan bangsa di negara ini turut memiliki mitologi tentang makhluk supernatural, termasuklah etnik-etnik peribumi yang beragama Islam di daerah Pitas, Sabah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti mitologi tentang makhluk supernatural yang terdapat dalam kalangan mereka. Kaedah pengumpulan data adalah menggunakan metode temu bual. Seramai tujuh orang informan telah dipilih, yang terdiri daripada kalangan tokoh- tokoh masyarakat tempatan. Hasil penelitian menunjukkan bahawa mitologi tentang makhluk supernatural banyak dipengaruhi oleh kepercayaan animisme. Hal ini mendorong segelintir anggota masyarakat terlibat dengan perkara syirik, khurafat dan tahayul, seperti ritual pemujaan dan black magic. Justeru, perkara ini perlu diberi perhatian oleh setiap pihak, khususnya jabatan agama, dan pendakwah, demi menjaga kelestarian akidah yang sahih dalam kalangan masyarakat.
Title: Mitologi Tentang Makhluk Supernatural Dalam Kalangan Etnik- Etnik di Daerah Pitas Sabah: Tinjauan Menurut Perspektif Islam
Description:
Mitologi adalah suatu domain yang wujud dan menjadi kelaziman dalam mana-mana budaya, bangsa, etnik dan komuniti di seluruh dunia.
Skalanya menjangkau alam nyata, sehingga ke alam ghaib.
Entiti signifikan dalam mitologi antaranya adalah makhluk supernatural.
Etnik dan bangsa di negara ini turut memiliki mitologi tentang makhluk supernatural, termasuklah etnik-etnik peribumi yang beragama Islam di daerah Pitas, Sabah.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti mitologi tentang makhluk supernatural yang terdapat dalam kalangan mereka.
Kaedah pengumpulan data adalah menggunakan metode temu bual.
Seramai tujuh orang informan telah dipilih, yang terdiri daripada kalangan tokoh- tokoh masyarakat tempatan.
Hasil penelitian menunjukkan bahawa mitologi tentang makhluk supernatural banyak dipengaruhi oleh kepercayaan animisme.
Hal ini mendorong segelintir anggota masyarakat terlibat dengan perkara syirik, khurafat dan tahayul, seperti ritual pemujaan dan black magic.
Justeru, perkara ini perlu diberi perhatian oleh setiap pihak, khususnya jabatan agama, dan pendakwah, demi menjaga kelestarian akidah yang sahih dalam kalangan masyarakat.
Related Results
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
Pengembangan Digital Motion Comic Berfokus pada Autentikasi Mitologi, Studi Kasus: “Ragnarok”
Pengembangan Digital Motion Comic Berfokus pada Autentikasi Mitologi, Studi Kasus: “Ragnarok”
Abstract—Norse Mythology is a mythology that originated in the Scandinavian region, which is the basis of all mythologies in the area. At this time, people's knowledge of Norse myt...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Jenis-Jenis Pajak Daerah, Retribusi Daerah Berpengaruh Terhadap Potensi Pendapatan Asli Daerah Era Covid-19
Irlan Fery
Fakultas Ekonomi Akuntansi Seko...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Konstruk Persempadanan Etnik dalam Pilihan raya: Kajian Kes Etnik Kadazandusun di Sabah
Persempadanan memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia, tanpa mengira jenis sempadan yang ada, sama ada pilihan raya negeri atau negara. Artikel ini akan membincangkan te...
AMALAN SOGIT DALAM KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI RANAU, SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN HUKUM ISLAM
AMALAN SOGIT DALAM KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI RANAU, SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN HUKUM ISLAM
Etnik Dusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di negeri Sabah. Majoriti daripada etnik ini telah memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun, kesinambungan kepercayaan tradisional...
Rong Ratri: Patung Komposisi Makhluk Mitologi Sebagai Inspirasi Penciptaan Karya Busana Berkolaborasi Dengan Tudisign
Rong Ratri: Patung Komposisi Makhluk Mitologi Sebagai Inspirasi Penciptaan Karya Busana Berkolaborasi Dengan Tudisign
Karya patung I Nyoman Tjokot yang berjudul “Komposisi Makhluk Mitologi” merupakan patung konfigurasi imajinatif tentang makhluk – makhluk dari dunia mistis. Bentuk – bentuknya cend...

