Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

IKONOGRAFI MOTIF PADA SENJATA TRADISIONAL GAYANG ETNIK BAJAU SAMA DI KOTA BELUD

View through CrossRef
AbstrakEtnik Bajau merupakan etnik kedua terbesar di Kota Belud. DI daerah ini, sebahagian petaninya menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagi kaum lelaki, senjata amat penting dalam kehidupan seharian kerana kegunaannya sebagai alat untuk memburu, bercucuk tanam dan utiliti harian. Jenis senjata yang dihasilkan ialah pida’ (parang pendek), guk (parang), lading (pisau), keris, kagayan (parang panjang), beladau (parang jenis sabit) dan gayang (pedang). Fungsi pida’, guk beladau dan lading lazimnya digunakan untuk aktiviti harian seperti bercucuk tanam dan memburu. Karis, kagayan, dan gayang pula digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Setiap senjata memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Walaupun begitu, setiap senjata yang ditempa boleh dimanipulasi sebagai senjata untuk melindungi diri daripada ancaman bahaya terutamanya daripada haiwan buas dan berbisa. Pelbagai jenis motif dan hiasan pada senjata melalui olahan idea yang diambil daripada persekitaran mereka. Tujuan kajian ini dihasilkan adalah untuk meneliti bentuk dan motif pada senjata tradisional dari segi visual dan istilahnya. Kajian lapangan (fieldwork) dijalankan di daerah Kota Belud khususnya di Kampung Siasai Jaya, Kampung Siasai Dundau, Kampung Siasai Kumpang, dan Kampung Tengkurus. Data yang diperolehi adalah berbentuk kualitatif dengan mengaplikasi indikator teori ikonografi daripada Panofsky (1939). Penelitian tentang data kajian melalui tiga peringkat iaitu identifikasi, analisis formalistik dan interpretasi makna. Motif yang dikenal pasti terbahagi kepada dua kategori iaitu bersifat organik dan geometri yang merangkumi motif flora, fauna, dan alam sekitar. Pengkaji juga melakukan pengesahan data bersama beberapa informan. Langkah ini bertujuan agar bentuk dan motif serta makna dalam nilai budaya etnik ini betul dan selaras dengan maklumat yang telah diberikan.
Title: IKONOGRAFI MOTIF PADA SENJATA TRADISIONAL GAYANG ETNIK BAJAU SAMA DI KOTA BELUD
Description:
AbstrakEtnik Bajau merupakan etnik kedua terbesar di Kota Belud.
DI daerah ini, sebahagian petaninya menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bagi kaum lelaki, senjata amat penting dalam kehidupan seharian kerana kegunaannya sebagai alat untuk memburu, bercucuk tanam dan utiliti harian.
Jenis senjata yang dihasilkan ialah pida’ (parang pendek), guk (parang), lading (pisau), keris, kagayan (parang panjang), beladau (parang jenis sabit) dan gayang (pedang).
Fungsi pida’, guk beladau dan lading lazimnya digunakan untuk aktiviti harian seperti bercucuk tanam dan memburu.
Karis, kagayan, dan gayang pula digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri.
Setiap senjata memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.
Walaupun begitu, setiap senjata yang ditempa boleh dimanipulasi sebagai senjata untuk melindungi diri daripada ancaman bahaya terutamanya daripada haiwan buas dan berbisa.
Pelbagai jenis motif dan hiasan pada senjata melalui olahan idea yang diambil daripada persekitaran mereka.
Tujuan kajian ini dihasilkan adalah untuk meneliti bentuk dan motif pada senjata tradisional dari segi visual dan istilahnya.
Kajian lapangan (fieldwork) dijalankan di daerah Kota Belud khususnya di Kampung Siasai Jaya, Kampung Siasai Dundau, Kampung Siasai Kumpang, dan Kampung Tengkurus.
Data yang diperolehi adalah berbentuk kualitatif dengan mengaplikasi indikator teori ikonografi daripada Panofsky (1939).
Penelitian tentang data kajian melalui tiga peringkat iaitu identifikasi, analisis formalistik dan interpretasi makna.
Motif yang dikenal pasti terbahagi kepada dua kategori iaitu bersifat organik dan geometri yang merangkumi motif flora, fauna, dan alam sekitar.
Pengkaji juga melakukan pengesahan data bersama beberapa informan.
Langkah ini bertujuan agar bentuk dan motif serta makna dalam nilai budaya etnik ini betul dan selaras dengan maklumat yang telah diberikan.

Related Results

RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Majoritinya adalah beragama Islam. Mereka boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu etnik Bajau dari pan...
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbaga...
STUDI KASUS BATIK KAJANG PADATI PADA EMI ARLIN FASHION DESIGNER DI KOTA PADANG
STUDI KASUS BATIK KAJANG PADATI PADA EMI ARLIN FASHION DESIGNER DI KOTA PADANG
Each batik product in various regions has its own characteristics with different sources of inspiration. Such as kajang padati batik from West Sumatra which has its own characteris...
THE VULNERABILITY OF BAJAU LAUT AS STATELESS PEOPLE IN SABAH
THE VULNERABILITY OF BAJAU LAUT AS STATELESS PEOPLE IN SABAH
ABSTRACT The Bajau Laut, or Sea Bajau or also often referred to with the derogatory label Palauh by other communities, are known to be living within their ancestral domain of the S...
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
Tindak Pidana dan Pertanggungjawaban Pidana Pelaku Penyalahgunaan Senjata Tajam
Tindak Pidana dan Pertanggungjawaban Pidana Pelaku Penyalahgunaan Senjata Tajam
Kepemilikan dan peredaran senjata tajam di Indonesia masih sangat minim pengaturan. penelitan ini bertujuan mengetahui terkait pengaturan kepemilikan dan peredaran senjata tajam it...
Pengawasan penggunaan senjata api legal di wilayah hukum Kepolisian Daerah Metro Jaya
Pengawasan penggunaan senjata api legal di wilayah hukum Kepolisian Daerah Metro Jaya
Pada dasarnya setiap orang memiliki hak untuk melindungi diri mereka sendiri dan properti mereka (bela diri) dari ancaman orang lain. Penelitian ini berfokus pada proses perizinan ...
AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU UBIAN DI KUDAT, SABAH: PENELITIAN TERHADAP KAEDAH PERUBATAN TAWAL
AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU UBIAN DI KUDAT, SABAH: PENELITIAN TERHADAP KAEDAH PERUBATAN TAWAL
Artikel ini mengupas tentang amalan perubatan tradisional upacara Tawal oleh masyarakat Bajau Ubian di Kudat, Sabah. Amalan perubatan tradisional merupakan salah satu alternatif pe...

Back to Top