Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Profil Protein Sekretom Sel Stem Pulpa Gigi Manusia semasa Aruhan Asid Askorbik

View through CrossRef
Pembezaan sel stem secara in vitro kepada osteoblas secara umumnya melibatkan gabungan aruhan asid askorbik dan β-gliserofosfat. Namun, β-gliserofosfat didapati menyebabkan penurunan keviabelan sel. Maka, kajian ini adalah untuk menentukan potensi asid askorbik tanpa kehadiran β-gliserofosfat dalam mengaruh pembezaan osteoblas serta mengenal pasti perubahan keamatan pengekspresan sekretom bagi protein osteoblas. Sel stem pulpa gigi kekal (DPSC) yang dipencilkan; diaruh dengan 10 µg/mL asid askorbik selama 21 hari. Pengekspresan gen osteoblas pada hari ke-7 dan 21 ditentukan melalui transkripsi berbalik-tindak balas rantaian polimerase (RT-PCR). Selepas 21 hari aruhan, sel dieram dengan medium basal tanpa serum selama 12 jam dan dianalisis melalui pendekatan kromatografi cecair-spektrometri jisim/spektrometri jisim (LC-MS/MS). Kehadiran protein sekretom pada kedua-dua aruhan asid askorbik dan kawalan positif (gabungan asid askorbik + β-gliserofosfat) digunakan untuk menentukan proses biologi yang terlibat. Seterusnya, protein yang terlibat dalam pembezaan osteoblas serta mengalami perubahan terhadap keamatan pengekspresannya ditentukan melalui analisis UniProt dan PANTHER. Hubung kait antara protein sekretom ini ditentukan menggunakan STRING bagi penentuan tapak jalan pembezaan DPSC kepada osteoblas. Hasilnya, gen BSP didapati diekspreskan semasa perlakuan asid askorbik serta sebanyak 57 protein sekretom dikenal pasti terlibat semasa aruhan asid askorbik dan kawalan, dengan hanya tiga protein didapati berkaitan dengan pembezaan osteoblas serta mengalami perubahan keamatan pengekspresan melalui penggunaan UniProt dan PANTHER. Seterusnya, analisis menggunakan STRING mendapati hanya dua sekretom bagi DPSC dikenal pasti melibatkan tiga tapak jalan. Kesimpulannya, asid askorbik sahaja walaupun tanpa β-gliserofosfat berupaya mengaruh pengekspresan protein sekretom yang berkaitan dengan osteoblas. Inhibin beta rantai A dan fibrilin-2 dicadangkan sebagai penanda sekretom semasa pembezaan DPSC kepada osteoblas.
Title: Profil Protein Sekretom Sel Stem Pulpa Gigi Manusia semasa Aruhan Asid Askorbik
Description:
Pembezaan sel stem secara in vitro kepada osteoblas secara umumnya melibatkan gabungan aruhan asid askorbik dan β-gliserofosfat.
Namun, β-gliserofosfat didapati menyebabkan penurunan keviabelan sel.
Maka, kajian ini adalah untuk menentukan potensi asid askorbik tanpa kehadiran β-gliserofosfat dalam mengaruh pembezaan osteoblas serta mengenal pasti perubahan keamatan pengekspresan sekretom bagi protein osteoblas.
Sel stem pulpa gigi kekal (DPSC) yang dipencilkan; diaruh dengan 10 µg/mL asid askorbik selama 21 hari.
Pengekspresan gen osteoblas pada hari ke-7 dan 21 ditentukan melalui transkripsi berbalik-tindak balas rantaian polimerase (RT-PCR).
Selepas 21 hari aruhan, sel dieram dengan medium basal tanpa serum selama 12 jam dan dianalisis melalui pendekatan kromatografi cecair-spektrometri jisim/spektrometri jisim (LC-MS/MS).
Kehadiran protein sekretom pada kedua-dua aruhan asid askorbik dan kawalan positif (gabungan asid askorbik + β-gliserofosfat) digunakan untuk menentukan proses biologi yang terlibat.
Seterusnya, protein yang terlibat dalam pembezaan osteoblas serta mengalami perubahan terhadap keamatan pengekspresannya ditentukan melalui analisis UniProt dan PANTHER.
Hubung kait antara protein sekretom ini ditentukan menggunakan STRING bagi penentuan tapak jalan pembezaan DPSC kepada osteoblas.
Hasilnya, gen BSP didapati diekspreskan semasa perlakuan asid askorbik serta sebanyak 57 protein sekretom dikenal pasti terlibat semasa aruhan asid askorbik dan kawalan, dengan hanya tiga protein didapati berkaitan dengan pembezaan osteoblas serta mengalami perubahan keamatan pengekspresan melalui penggunaan UniProt dan PANTHER.
Seterusnya, analisis menggunakan STRING mendapati hanya dua sekretom bagi DPSC dikenal pasti melibatkan tiga tapak jalan.
Kesimpulannya, asid askorbik sahaja walaupun tanpa β-gliserofosfat berupaya mengaruh pengekspresan protein sekretom yang berkaitan dengan osteoblas.
Inhibin beta rantai A dan fibrilin-2 dicadangkan sebagai penanda sekretom semasa pembezaan DPSC kepada osteoblas.

Related Results

Kajian Awal Kesan Asid Askorbik Terhadap Eritrosit
Kajian Awal Kesan Asid Askorbik Terhadap Eritrosit
Asid askorbik atau lebih dikenali sebagai vitamin C adalah satu keperluan mikronutrien yang menjalankan fungsi metabolisma yang penting kepada manusia. Ia merupakan satu vitamin ya...
Gambaran Kehilangan Gigi pada Mahasiswa Tahap Profesi Dokter Gigi
Gambaran Kehilangan Gigi pada Mahasiswa Tahap Profesi Dokter Gigi
Abstract: Tooth loss can occur due to various causes including caries and periodontal disease. Dental clerkship students are expected to have a good level of understanding of denta...
PERBEDAAN RERATA KEASAMAN MULUT BERBAGAI KELOMPOK KARIES GIGI PADA PASIEN DI RSGM BAITURRAHMAH PADANG
PERBEDAAN RERATA KEASAMAN MULUT BERBAGAI KELOMPOK KARIES GIGI PADA PASIEN DI RSGM BAITURRAHMAH PADANG
Riset kesehatan dasar tahun 2007 menyebutkan 72,1% penduduk Indonesia terkena karies gigi. Karies gigi adalah suatu proses patologis jaringan keras gigi (email dan dentin) yang ter...
PERBANDINGAN EFEKTIVITAS PASTA GIGI HERBAL DENGAN PASTA GIGI NON HERBAL TERHADAP PENURUNAN INDEKS PLAK GIGI
PERBANDINGAN EFEKTIVITAS PASTA GIGI HERBAL DENGAN PASTA GIGI NON HERBAL TERHADAP PENURUNAN INDEKS PLAK GIGI
Abstract: Plaque control is an attempt to remove and prevent the plaque accumulation on the tooth surface. Brushing teeth is an effective method in controlling plaque. Plaque contr...
HUBUNGAN POLA MENYIKAT GIGI DENGAN KEBERSIHAN GIGI DAN MULUT PADA ANAK SEKOLAH DASAR
HUBUNGAN POLA MENYIKAT GIGI DENGAN KEBERSIHAN GIGI DAN MULUT PADA ANAK SEKOLAH DASAR
 ABSTRAK:  Menyikat gigi secara baik dan benar merupakan faktor yang penting untuk pemeliharaan kesehatan gigi dan mulut. Keberhasilan pemeliharaan kesehatan gigi dan mulut juga di...
Pengambilan Gigi Kaninus dan Gigi Supernumerary yang Terpendam pada Maksila
Pengambilan Gigi Kaninus dan Gigi Supernumerary yang Terpendam pada Maksila
Latar belakang: suatu kasus impaksi gigi dapat menyebabkan maloklusi, dan kelainan oklusi akan semakin bertambah dengan bertambahnya usia. Impaksi gigi kaninus merupakan gigi kedua...
Feverish: Self-Induced Fever and the Creative Mind
Feverish: Self-Induced Fever and the Creative Mind
<p>This thesis is a hybrid work that combines the critical and creative components of the Creative Writing PhD in a novel, Feverish. It includes notes, an afterword, and a fu...
Stem cells
Stem cells
What is a stem cell? The term is a combination of ‘cell’ and ‘stem’. A cell is a major category of living thing, while a stem is a site of growth and support for something else. In...

Back to Top