Javascript must be enabled to continue!
Pengeluaran Optimum dan Mampan: Aplikasi Pelan Caruman Tertakrif di Malaysia
View through CrossRef
Perancangan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Malaysia meliputi dua fasa utama iaitu fasa yang melibatkan pengumpulan caruman dalam tahun-tahun bekerja dan fasa yang melibatkan pengeluaran caruman terkumpul. Dalam fasa pertama, KWSP menyediakan beberapa pilihan bagi pengeluaran pra-persaraan selain mengumpul caruman untuk persaraan. Dalam fasa kedua, KWSP hanya menyediakan opsyen pengeluaran secara sekali gus di awal tahun persaraan. Sekiranya pencarum tidak melakukan perancangan pengeluaran pra-persaraan yang strategik, caruman terkumpul mungkin tidak dapat menyediakan pendapatan persaraan yang mencukupi. Di samping itu, sekiranya pesara tidak melakukan perancangan pengeluaran yang bertaktikal, pesara akan berhadapan dengan risiko kemusnahan kewangan. Kajian ini bertujuan untuk membina dua model beraktuari, iaitu model pengeluaran optimum dan model pengeluaran mampan, bagi pengeluaran persaraan dengan aplikasi pelan caruman tertakrif di Malaysia (KWSP). Hasil kajian mendapati bagi model pengeluaran optimum, pesara yang mempunyai kadar penghindaran risiko yang lebih tinggi dijangka melakukan pengeluaran yang lebih kecil di awal tahun persaraan untuk menikmati pengeluaran yang lebih besar di akhir tempoh persaraan. Bagi model pengeluaran mampan, pesara yang mempunyai kebarangkalian kemusnahan kewangan yang lebih rendah adalah pesara yang menyimpan wang persaraannya ke dalam Unit Amanah. Model pengeluaran optimum sesuai untuk pesara yang ingin memaksimumkan penggunaan kekayaan persaraan, terutamanya jika mereka mempunyai kesihatan yang kurang baik dan menjangka jangka hayat yang lebih pendek. Model pengeluaran mampan pula lebih sesuai bagi pesara yang mempunyai kesihatan yang baik serta ingin mengambil peluang daripada pulangan pelaburan yang tinggi hasil daripada pelaburan kekayaan persaraan.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Pengeluaran Optimum dan Mampan: Aplikasi Pelan Caruman Tertakrif di Malaysia
Description:
Perancangan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Malaysia meliputi dua fasa utama iaitu fasa yang melibatkan pengumpulan caruman dalam tahun-tahun bekerja dan fasa yang melibatkan pengeluaran caruman terkumpul.
Dalam fasa pertama, KWSP menyediakan beberapa pilihan bagi pengeluaran pra-persaraan selain mengumpul caruman untuk persaraan.
Dalam fasa kedua, KWSP hanya menyediakan opsyen pengeluaran secara sekali gus di awal tahun persaraan.
Sekiranya pencarum tidak melakukan perancangan pengeluaran pra-persaraan yang strategik, caruman terkumpul mungkin tidak dapat menyediakan pendapatan persaraan yang mencukupi.
Di samping itu, sekiranya pesara tidak melakukan perancangan pengeluaran yang bertaktikal, pesara akan berhadapan dengan risiko kemusnahan kewangan.
Kajian ini bertujuan untuk membina dua model beraktuari, iaitu model pengeluaran optimum dan model pengeluaran mampan, bagi pengeluaran persaraan dengan aplikasi pelan caruman tertakrif di Malaysia (KWSP).
Hasil kajian mendapati bagi model pengeluaran optimum, pesara yang mempunyai kadar penghindaran risiko yang lebih tinggi dijangka melakukan pengeluaran yang lebih kecil di awal tahun persaraan untuk menikmati pengeluaran yang lebih besar di akhir tempoh persaraan.
Bagi model pengeluaran mampan, pesara yang mempunyai kebarangkalian kemusnahan kewangan yang lebih rendah adalah pesara yang menyimpan wang persaraannya ke dalam Unit Amanah.
Model pengeluaran optimum sesuai untuk pesara yang ingin memaksimumkan penggunaan kekayaan persaraan, terutamanya jika mereka mempunyai kesihatan yang kurang baik dan menjangka jangka hayat yang lebih pendek.
Model pengeluaran mampan pula lebih sesuai bagi pesara yang mempunyai kesihatan yang baik serta ingin mengambil peluang daripada pulangan pelaburan yang tinggi hasil daripada pelaburan kekayaan persaraan.
Related Results
RE-INVENTING GINI RASIO DATA PENGELUARAN (KONSUMSI): KETIMPANGAN HARGA (GINI BIAS) ATAU KETIMPANGAN KESEJAHTERAAN (GINI RIIL)
RE-INVENTING GINI RASIO DATA PENGELUARAN (KONSUMSI): KETIMPANGAN HARGA (GINI BIAS) ATAU KETIMPANGAN KESEJAHTERAAN (GINI RIIL)
Indeks gini menjadi salah satu sasaran pokok kinerja kabinet Presiden Jokowi, tertuang dalam RPJMN 2015-2019 dan RPJMN 2020-2024. Untuk memenuhi indikator indeks gini tersebut, dig...
Analisis Pengeluaran Rumah Tangga Selama Pandemi Covid –19 di Bandung
Analisis Pengeluaran Rumah Tangga Selama Pandemi Covid –19 di Bandung
Kota Bandung merupakan salah satu wilayah yang memiliki tingkat kesejahteraan yang baik jika dilihat dari pengeluaran rumah tangganya. Menurut data Badan Pusat Statistik tahun 2018...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Tinjauan Atas Sistem Dan Prosedur Pengeluaran Kas Pada Institut Pertanian Bogor
Tinjauan Atas Sistem Dan Prosedur Pengeluaran Kas Pada Institut Pertanian Bogor
Sistem akuntansi merupakan suatu struktur atau kerangka yang terdiri dari organisasi, formulir, catatan dan laporan yang dirancang dan diimplementasikan untuk menyediakan informasi...
Determinasi Faktor Yang Mempengaruhi Indeks Pembangunan Manusia Provinsi Jawa Barat Tahun 2015 – 2019
Determinasi Faktor Yang Mempengaruhi Indeks Pembangunan Manusia Provinsi Jawa Barat Tahun 2015 – 2019
Indeks Pembangunan Manusia suatu daerah sangat membantu menunjangnya pembangunan secara nasional, seperti pengukuran perbandingan dari harapan hidup, pendidikan, kesehatan dan stan...
Determinasi Faktor Yang Mempengaruhi Indeks Pembangunan Manusia Provinsi Jawa Barat Tahun 2015 – 2019
Determinasi Faktor Yang Mempengaruhi Indeks Pembangunan Manusia Provinsi Jawa Barat Tahun 2015 – 2019
Indeks Pembangunan Manusia suatu daerah sangat membantu menunjangnya pembangunan secara nasional, seperti pengukuran perbandingan dari harapan hidup, pendidikan, kesehatan dan stan...
SISTEM AKUNTANSI PENGELUARAN KAS PADA CV. CITRA KENCANA BANJARMASIN
SISTEM AKUNTANSI PENGELUARAN KAS PADA CV. CITRA KENCANA BANJARMASIN
Sistem Akuntansi merupakan suatu organisasi, formulir, catatan dan laporan yang dikoordinasi sedemikian rupa untuk menyediakan informasi keuangan yang dibutuhkan oleh manajemen gun...

