Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PENERAPAN ILMU QIRAAT DALAM KULIAH TAFSIR DI NEGERI KELANTAN: SUATU SOROTAN LITERATUR

View through CrossRef
Ilmu qiraat adalah satu ilmu yang bukan hanya berperanan pada aspek bacaan al-Quran tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam pentafsiran ayat al-Quran sehingga ulama tafsir meletakkan ia sebagai salah satu syarat dalam pentafsiran al-Quran. Ini menjadi satu perkara yang amat signifikan untuk dikatakan bahawa para penyampai kuliah tafsir di masjid-masjid atau tempat awam juga perlu menerapkan ilmu qiraat dalam syarahan mereka. Namun, kajian lepas telah mencatatkan bahawa ramai dalam kalangan ilmuwan Islam di Malaysia masih menganggap bahawa ilmu qiraat tiada kaitannya dengan kefahaman al-Quran. Hal ini menjadi satu petanda bahawa penerapan ilmu tersebut tidak diambil berat oleh para pengkuliah tafsir di Malaysia. Kajian ini bertujuan mewujudkan landasan teori bagi kajian penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Ia dijayakan dengan  mengumpulkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penerapan ilmu qiraat dalam pentafsiran al-Quran di negeri tersebut. Kajian-kajian lepas tersebut dianalisis bagi melihat sejauh mana aspek penerapan ilmu qiraat telah diambil perhatian oleh para pengkaji. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan penganalisaan data berasaskan konsep analisis literatur. Data dan informasi diperoleh daripada sumber-sumber seperti artikel jurnal, buku, dan makalah persidangan yang relevan dengan topik penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Daripada analisis literatur yang dilakukan, didapati masih belum ada kajian yang ditumpukan kepada aspek penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Aspek-aspek yang disentuh oleh kajian lepas hanya melibatkan ilmu qiraat secara sebelah pihak sahaja tanpa menghubungkannya dengan tafsir al-Quran. Kajian ini menyimpulkan bahawa aspek hubungan Ilmu qiraat dengan tafsir perlu diberikan perhatian oleh para pengkaji dan penulis kerana kepentingannya diperakui oleh ulama tafsir sendiri. Di samping itu, kajian ini menegaskan keperluan diadakan satu kajian yang menentukan tahap pengetahuan hubungan dua ilmu tersebut dalam kalangan para pengkuliah tafsir justeru menilai sejauh mana pengaplikasiannya.   Kata Kunci: Ilmu qiraat, Penerapan, Kuliah, Tafsir, Kelantan.
Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Title: PENERAPAN ILMU QIRAAT DALAM KULIAH TAFSIR DI NEGERI KELANTAN: SUATU SOROTAN LITERATUR
Description:
Ilmu qiraat adalah satu ilmu yang bukan hanya berperanan pada aspek bacaan al-Quran tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam pentafsiran ayat al-Quran sehingga ulama tafsir meletakkan ia sebagai salah satu syarat dalam pentafsiran al-Quran.
Ini menjadi satu perkara yang amat signifikan untuk dikatakan bahawa para penyampai kuliah tafsir di masjid-masjid atau tempat awam juga perlu menerapkan ilmu qiraat dalam syarahan mereka.
Namun, kajian lepas telah mencatatkan bahawa ramai dalam kalangan ilmuwan Islam di Malaysia masih menganggap bahawa ilmu qiraat tiada kaitannya dengan kefahaman al-Quran.
Hal ini menjadi satu petanda bahawa penerapan ilmu tersebut tidak diambil berat oleh para pengkuliah tafsir di Malaysia.
Kajian ini bertujuan mewujudkan landasan teori bagi kajian penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan.
Ia dijayakan dengan  mengumpulkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penerapan ilmu qiraat dalam pentafsiran al-Quran di negeri tersebut.
Kajian-kajian lepas tersebut dianalisis bagi melihat sejauh mana aspek penerapan ilmu qiraat telah diambil perhatian oleh para pengkaji.
Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan penganalisaan data berasaskan konsep analisis literatur.
Data dan informasi diperoleh daripada sumber-sumber seperti artikel jurnal, buku, dan makalah persidangan yang relevan dengan topik penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan.
Daripada analisis literatur yang dilakukan, didapati masih belum ada kajian yang ditumpukan kepada aspek penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan.
Aspek-aspek yang disentuh oleh kajian lepas hanya melibatkan ilmu qiraat secara sebelah pihak sahaja tanpa menghubungkannya dengan tafsir al-Quran.
Kajian ini menyimpulkan bahawa aspek hubungan Ilmu qiraat dengan tafsir perlu diberikan perhatian oleh para pengkaji dan penulis kerana kepentingannya diperakui oleh ulama tafsir sendiri.
Di samping itu, kajian ini menegaskan keperluan diadakan satu kajian yang menentukan tahap pengetahuan hubungan dua ilmu tersebut dalam kalangan para pengkuliah tafsir justeru menilai sejauh mana pengaplikasiannya.
  Kata Kunci: Ilmu qiraat, Penerapan, Kuliah, Tafsir, Kelantan.

Related Results

Riwayat Qalun dan Warsy pada Qiraat Nafi’ dalam Surah Al-Shaff
Riwayat Qalun dan Warsy pada Qiraat Nafi’ dalam Surah Al-Shaff
The riwayah of Qalun and Warsy is a way of reading the Qur’an that is widely circulated in Indonesian society with various differences. Unfortunately, people are not very familiar ...
ANALISIS WAJAH-WAJAH QIRAAT DALAM SURAH AL-BAQARAH: KAJIAN TERHADAP MANUSKRIP AL-QURAN MSS 4322
ANALISIS WAJAH-WAJAH QIRAAT DALAM SURAH AL-BAQARAH: KAJIAN TERHADAP MANUSKRIP AL-QURAN MSS 4322
Kod MSS 4322 adalah singkatan nama sebuah manuskrip al-Quran tulisan tangan milik Pangeran Jimat di Madura, Indonesia. Di Indonesia, jenis qiraat yang digunapakai adalah qiraat Āѕi...
DISKURSUS MUNĀSABAH: Problem Tafsīr al-Qur’ān bi ’l-Qur’ān
DISKURSUS MUNĀSABAH: Problem Tafsīr al-Qur’ān bi ’l-Qur’ān
Abstract: Munāsabah al-Qur’ān is a part of ‘Ulūm al-Qur’ān which presents pros and contrast. The pros ulama makes munāsabah as a method to reveal enigma system of Quran verses and ...
Kajian Kritis terhadap Rumusan Konsep Mufassir: Perspektif Ushul Tafsir
Kajian Kritis terhadap Rumusan Konsep Mufassir: Perspektif Ushul Tafsir
In the study of ushûl al-tafsir, among the most important things in discussing the basics of interpretation is establishing the concept of mufassir. This is because without underst...
Aplikasi Qirāāt Sebagai Petunjuk Dalam Tafsir Imam Al-Ṭabari: Kajian Surah Al-Baqarah
Aplikasi Qirāāt Sebagai Petunjuk Dalam Tafsir Imam Al-Ṭabari: Kajian Surah Al-Baqarah
The difference of qirāāt in the recitation of the Qur'an is a semantic and guide to the mufassirin in the process of interpreting the Qur'an. The process of tafsir al-Quran that ha...
Peranan Ibnu Mujāhid dalam Ilmu Qira’at
Peranan Ibnu Mujāhid dalam Ilmu Qira’at
In the history of the development of the Science of Qiraat, it is known that the writing of this science began as early as the first century. Then, in the following centuries, the ...

Back to Top