Javascript must be enabled to continue!
Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān al-Ṣolāt
View through CrossRef
Kedatangan agama Islam ke tanah Melayu telah berjaya mencorak dan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya terhadap pandangan alam, amalan keagamaan, budaya dan juga bahasa. Kesan daripada proses Islamisasi ini, pemikiran dan daya intelek orang Melayu telah diangkat pada satu tahap yang tinggi dan hal ini terbukti apabila golongan intelektual dan ulama mereka berjaya menghasilkan ratusan penulisan yang merentasi pelbagai disiplin ilmu khasnya bidang agama. Karya keagamaan tersebut telah menjadi sukatan pembelajaran dan rujukan utama bagi masyarakat Melayu untuk mempelajari agama Islam terutamanya hal-hal berkenaan akidah, fiqh dan tasawuf. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mendedahkan pengaruh kitab jawi khasnya yang ditulis dalam bidang fiqh serta memperkenalkan manuskrip fiqh jawi yang berjudul Arkān al-Ṣolāt dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Naskhah asal manuskrip ini diperolehi daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PNM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai hubungan keilmuan yang intim dengan kitab fiqh jawi. Kajian juga mendapati bahawa manuskrip ini berjaya menonjolkan keunikan dan kearifan ilmuan Melayu dalam menghasilkan karya dalam bidang fiqh yang berkeupayaan untuk meningkatkan ilmu serta kualiti amal ibadah bagi masyarakat Melayu.
Universiti Sains Islam Malaysia
Title: Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān al-Ṣolāt
Description:
Kedatangan agama Islam ke tanah Melayu telah berjaya mencorak dan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya terhadap pandangan alam, amalan keagamaan, budaya dan juga bahasa.
Kesan daripada proses Islamisasi ini, pemikiran dan daya intelek orang Melayu telah diangkat pada satu tahap yang tinggi dan hal ini terbukti apabila golongan intelektual dan ulama mereka berjaya menghasilkan ratusan penulisan yang merentasi pelbagai disiplin ilmu khasnya bidang agama.
Karya keagamaan tersebut telah menjadi sukatan pembelajaran dan rujukan utama bagi masyarakat Melayu untuk mempelajari agama Islam terutamanya hal-hal berkenaan akidah, fiqh dan tasawuf.
Justeru, makalah ini bertujuan untuk mendedahkan pengaruh kitab jawi khasnya yang ditulis dalam bidang fiqh serta memperkenalkan manuskrip fiqh jawi yang berjudul Arkān al-Ṣolāt dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan.
Naskhah asal manuskrip ini diperolehi daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PNM).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai hubungan keilmuan yang intim dengan kitab fiqh jawi.
Kajian juga mendapati bahawa manuskrip ini berjaya menonjolkan keunikan dan kearifan ilmuan Melayu dalam menghasilkan karya dalam bidang fiqh yang berkeupayaan untuk meningkatkan ilmu serta kualiti amal ibadah bagi masyarakat Melayu.
Related Results
Persepsi Awal Terhadap Pengenalan Pembelajaran Kod Jawi
Persepsi Awal Terhadap Pengenalan Pembelajaran Kod Jawi
Abstrak: Perbincangan berkaitan isu tulisan Jawi dalam pendidikan di Malaysia serta pengenalan Kod Jawi sebagai nilai tambah dalam pembelajaran Jawi di Malaysia akan dijelaskan mel...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
KITAB JAWI SEBAGAI KARYA KEARIFAN TEMPATAN MELAYU : ANALISIS SEJARAH INTELEKTUAL
KITAB JAWI SEBAGAI KARYA KEARIFAN TEMPATAN MELAYU : ANALISIS SEJARAH INTELEKTUAL
This article examines the treasures of the Arabic Malay books (Kitab Jawi) which have a wealth of Malay local wisdom. There are three important aspects of the contents of the Malay...
Aplikasi Mudah Alih Panduan Solat dan Penggunaannya
Aplikasi Mudah Alih Panduan Solat dan Penggunaannya
Android applications are Linux-based operations which are used to program the touch screen and tablet computers. Android system is open source under the operation of Google. Androi...
Performing Solat in Spinal Cord Injury Patients: Challenges and Solutions
Performing Solat in Spinal Cord Injury Patients: Challenges and Solutions
Background and aims: Solat (Islamic prayer) is the second pillar of Islam. Solat is performed at five appointed times in a day as commanded in the Quran, “Verily, Solat is an oblig...
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
Sejarah Malaysia membuktikan perjuangan orang Melayu menentang penjajah di Tanah Melayu dilakukan oleh pelbagai pihak dan gerakan. Namun begitu, perjuangan golongan ulama dalam mem...

Tradisi Intelektual Melayu Dalam Lensa Islam Kajian Tentang Peran Kitab Jawi dan Manuskrip Melayu
Tradisi Intelektual Melayu Dalam Lensa Islam Kajian Tentang Peran Kitab Jawi dan Manuskrip Melayu
Abstrak
Penelitian ini menganalisis peran Kitab Jawi dan manuskrip Melayu dalam tradisi intelektual Melayu-Islam melalui kajian literatur. Kitab Jawi, yang menggunakan aksara Jaw...