Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penggunaan Tanda Baca Oleh Umar, M. S. Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Penilaian

View through CrossRef
Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran yang ditulis oleh Umar, M. S. Karya ini melengkapi huraian dan tafsiran 30 juzuk al-Quran bermula surah al-Fatihah hingga surah al-Nasa dan ia menjadi rujukan, bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bacaan masyarakat. Sungguhpun begitu, berdasarkan bacaan awal pengkaji didapati bahawa penggunaan tanda-tanda baca yang diaplikasi oleh penulis ketika menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan ini sebahagiannya kurang tepat. Hal ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dengan tafsiran dan ulasan yang pengarang berikan sekaligus menjadikan karya ini kurang menarik untuk dibaca dan difahami. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan mendedahkan hal tersebut serta memberi cadangan tanda-tanda baca yang lebih sesuai digunakan. Dari segi metodologi kajian, penyelidikan ini mengaplikasi kaedah kajian teks dan kajian kepustakaan sepenuhnya dalam mengenalpasti dan mendedahkan tanda-tanda baca tersebut. Kajian ini memperlihatkan bahawa tanda-tanda baca yang diguna oleh Umar, M. S. dalam Tafsir Nur al-Ihsan ialah tanda koma (,), noktah (.), tanda sempang (-), titik bertindih (:), tanda soal (?), tanda seru (!), angka 2, angka 3 dan tanda kurung ( ) yang sebahagiannya digunakan secara tidak tepat. Diharapkan kajian ini dapat memberi cadangan tanda-tanda baca yang lebih sesuai sekaligus menghilangkan kekeliruan masyarakat ketika membaca Tafsir Nur al-Ihsan.
Title: Penggunaan Tanda Baca Oleh Umar, M. S. Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Penilaian
Description:
Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran yang ditulis oleh Umar, M.
S.
Karya ini melengkapi huraian dan tafsiran 30 juzuk al-Quran bermula surah al-Fatihah hingga surah al-Nasa dan ia menjadi rujukan, bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bacaan masyarakat.
Sungguhpun begitu, berdasarkan bacaan awal pengkaji didapati bahawa penggunaan tanda-tanda baca yang diaplikasi oleh penulis ketika menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan ini sebahagiannya kurang tepat.
Hal ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dengan tafsiran dan ulasan yang pengarang berikan sekaligus menjadikan karya ini kurang menarik untuk dibaca dan difahami.
Oleh itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan mendedahkan hal tersebut serta memberi cadangan tanda-tanda baca yang lebih sesuai digunakan.
Dari segi metodologi kajian, penyelidikan ini mengaplikasi kaedah kajian teks dan kajian kepustakaan sepenuhnya dalam mengenalpasti dan mendedahkan tanda-tanda baca tersebut.
Kajian ini memperlihatkan bahawa tanda-tanda baca yang diguna oleh Umar, M.
S.
dalam Tafsir Nur al-Ihsan ialah tanda koma (,), noktah (.
), tanda sempang (-), titik bertindih (:), tanda soal (?), tanda seru (!), angka 2, angka 3 dan tanda kurung ( ) yang sebahagiannya digunakan secara tidak tepat.
Diharapkan kajian ini dapat memberi cadangan tanda-tanda baca yang lebih sesuai sekaligus menghilangkan kekeliruan masyarakat ketika membaca Tafsir Nur al-Ihsan.

Related Results

ANALISIS KESALAHAN PENULISAN HURUF KAPITAL DAN TANDA BACA PADA KARANGAN SEDERHANA KELAS III SD
ANALISIS KESALAHAN PENULISAN HURUF KAPITAL DAN TANDA BACA PADA KARANGAN SEDERHANA KELAS III SD
ABSTRAC This study aims to find out the errors in writing capital letters and punctuation marks in simple essays by third grade elementary scool students. The method used in ...
Information Management from the Interpretation of Al-Quran: Study on Tafsir Nur Al-Ihsan
Information Management from the Interpretation of Al-Quran: Study on Tafsir Nur Al-Ihsan
The development of works in the field of Quranic interpretation has grown rapidly in this age. The work in this field has been written in various major languages of the world such ...
DISKURSUS MUNĀSABAH: Problem Tafsīr al-Qur’ān bi ’l-Qur’ān
DISKURSUS MUNĀSABAH: Problem Tafsīr al-Qur’ān bi ’l-Qur’ān
Abstract: Munāsabah al-Qur’ān is a part of ‘Ulūm al-Qur’ān which presents pros and contrast. The pros ulama makes munāsabah as a method to reveal enigma system of Quran verses and ...
Kajian Kritis terhadap Rumusan Konsep Mufassir: Perspektif Ushul Tafsir
Kajian Kritis terhadap Rumusan Konsep Mufassir: Perspektif Ushul Tafsir
In the study of ushûl al-tafsir, among the most important things in discussing the basics of interpretation is establishing the concept of mufassir. This is because without underst...
KESALAHAN PEMAKAIAN TANDA BACA PADA WAHANA FKIP VOLUME 62 NOMOR 1 TAHUN 2014 UNIVERSITAS PGRI ADI BUANA SURABAYA
KESALAHAN PEMAKAIAN TANDA BACA PADA WAHANA FKIP VOLUME 62 NOMOR 1 TAHUN 2014 UNIVERSITAS PGRI ADI BUANA SURABAYA
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan penggunaan tanda baca yang salah pada buku WAHANA FKIP Universitas Adi Buana PGRI Surabaya. Penelitian ini merupakan penelitian persp...
Kritikan Terhadap Teks Karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi Dalam Tafsir Nur al-Ihsan
Kritikan Terhadap Teks Karya Ma’alim al-Tanzil oleh Muhammad al-Husayn Al-Baghawi Dalam Tafsir Nur al-Ihsan
Para ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti fiqah, akidah, tasawuf, hadith dan t...

Back to Top