Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi

View through CrossRef
Seluruh dunia kini sedang dilanda dengan krisis pandemic COVID-19 yang kian mengganas. Ramai antara individu terjejas dalam kehidupan seharian. Kehadiran virus pembunuh ini telah mengubah cara hidup kebanyakan individu dan menimbulkan pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental dan fizikal. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara aktiviti penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agar tahap kesihatan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kesan tekanan yang timbul rentetan pandemik COVID-19 ini. Metod kualitatif melalui kajian perpustakaan dengan menggunakan rekabentuk analisis kandungan telah memfokuskan kepada pemahaman terhadap konsep penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai komponen dalam aspek penjagaan kendiri semasa pandemik COVID-19 iaitu komponen fizikal, mental, emosi dan spiritual. Manakala dalam meningkatkan kecerdasan emosi pula, terdapat lima faktor penentu termasuklah kesedaran kendiri (self-awareness), pengawalan kendiri (self-regulation), motivasi kendiri (self-motivation), empati dan kemahiran sosial (social skills). Tuntasnya, pengkajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan baru khususnya terhadap institusi kesihatan negara dalam merangka pelan tindakan untuk membantu individu yang terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19 ini.
Title: Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi
Description:
Seluruh dunia kini sedang dilanda dengan krisis pandemic COVID-19 yang kian mengganas.
Ramai antara individu terjejas dalam kehidupan seharian.
Kehadiran virus pembunuh ini telah mengubah cara hidup kebanyakan individu dan menimbulkan pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental dan fizikal.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara aktiviti penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agar tahap kesihatan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kesan tekanan yang timbul rentetan pandemik COVID-19 ini.
Metod kualitatif melalui kajian perpustakaan dengan menggunakan rekabentuk analisis kandungan telah memfokuskan kepada pemahaman terhadap konsep penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai komponen dalam aspek penjagaan kendiri semasa pandemik COVID-19 iaitu komponen fizikal, mental, emosi dan spiritual.
Manakala dalam meningkatkan kecerdasan emosi pula, terdapat lima faktor penentu termasuklah kesedaran kendiri (self-awareness), pengawalan kendiri (self-regulation), motivasi kendiri (self-motivation), empati dan kemahiran sosial (social skills).
Tuntasnya, pengkajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan baru khususnya terhadap institusi kesihatan negara dalam merangka pelan tindakan untuk membantu individu yang terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19 ini.

Related Results

Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Dinamika Emosi Tokoh Kinan dalam Novel Layangan Putus Karya Mommy Asf
Tujuan penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan dinamika emosi Kinan dalam novel Layangan Putus Karya Mommy Asf. Pendekatan yang digunakan adalah Psikologi Sastra. Metode yang d...
Kecerdasan Emosi dan Burnout Guru
Kecerdasan Emosi dan Burnout Guru
Berikutan pertumbuhan pesat teknologi dan pengembangan ilmu pengetahuan, bidang tugas guru semakin mencabar. Justeru, guru semakin tertekan dengan bebanan kerja yang terlampau dan ...
STRATEGI GURU DALAM MENDIDIK KECERDASAN EMOSIONAL SISWA
STRATEGI GURU DALAM MENDIDIK KECERDASAN EMOSIONAL SISWA
Pendidikan kecerdasan emosional adalah pendidikan untuk mampu mengenali. Mengekspresikan dan mengelola emosi, baik emosi dirinya sendiri maupun emosi orang lain. Dengan tindakan ko...
KECERDASAN SPIRITUAL DAN PUJA BAKTI
KECERDASAN SPIRITUAL DAN PUJA BAKTI
Ritual atau puja bakti adalah kegiatan yang rutin dilakukan oleh pemeluk keagamaan sebagai bentuk ungkapan keyakinan. Puja bakti adalah elemen yang selalu ada dalam sistem keagamaa...
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Menerokai Emosi Belia dalam Organisasi di Lembah Klang
Emosi adalah sesuatu yang dirasai individu secara dalaman. Pelbagai bentuk emosi yang akan ditunjukkan seseorang individu dalam organisasi. Konsep emosi mempunyai pelbagai dimensi ...
Klasifikasi Emosi Tokoh Nathan dalam Novel Dear Nathan Karya Erisca Febriani: Kajian Perspektif David Krech
Klasifikasi Emosi Tokoh Nathan dalam Novel Dear Nathan Karya Erisca Febriani: Kajian Perspektif David Krech
Abstrak: Masalah yang diangkat pada penelitian ini adalah bagaimanakah bentuk klasifikasi emosi tokoh Nathan dalam novel Dear Nathan karya Erisca Febriani: kajian perspektif David ...
NUMERICAL ANALYSIS OF TUNNEL LED LIGHTING MAINTENANCE FACTOR
NUMERICAL ANALYSIS OF TUNNEL LED LIGHTING MAINTENANCE FACTOR
ABSTRACT:  It is necessary to periodically maintain lighting equipment in accordance with international standards. Contamination of lamps caused by long-term use of lighting equipm...
Gambaran Perilaku Disregulasi Emosi Anak Prasekolah Usia 3-4 Tahun
Gambaran Perilaku Disregulasi Emosi Anak Prasekolah Usia 3-4 Tahun
Abstrak. Regulasi emosi merupakan kemampuan anak dalam mengekspresikan, mengenali dan mengatur emosi agar dapat ditampilkan sesuai dengan norma sosial yang berlaku. Sebaliknya, dis...

Back to Top