Javascript must be enabled to continue!
Kajian Rintis Faktor Peramal Kepuasan Pelanggan Tentang Kualiti Perkhidmatan Dan Imej Perbankan Komersial Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
View through CrossRef
Dalam dunia yang dipacu dengan kemajuan teknologi pada masa ini, imej ialah satu unsur yang memberi impak yang besar terhadap organisasi. Imej dan identiti sesebuah syarikat atau firma didakwa mempengaruhi persepsi dan pemilihan terhadap jenama produk atau perkhidmatan. Perkara yang membezakan antara syarikat perbankan di Malaysia adalah bagaimana sesebuah syarikat itu mempersembahkan imej korporat mereka dalam usaha untuk menarik perhatian pelanggan. Imej korporat yang kukuh dipaparkan dikatakan mampu mempengaruhi kepercayaan pelanggan terhadap sesuatu produk atau servis perkhidmatan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank-bank komersial tempatan. Kajian ini dipandukan kepada Teori Isyarat dan SERQUAL. Seramai 150 orang responden daripada Bacelor Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menyertai kajian ini. Persampelan secara rawak telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan responden dan data telah dikumpulkan melalui borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat tiga daripada enam faktor utama pendorong kepuasan tentang perkhidmatan perbankan komersial dalam kalangan pelajar UPM iaitu dimensi empati, dimensi responsif dan dimensi kebolehpercayaan. Kesimpulannya, kajian ini dapat menentukan bahawa dimensi responsif ialah peramal utama terhadap kepuasan pelajar UPM tentang perkhidmatan perbankan komersial di Malaysia.
Kata Kunci: Identiti korporat, imej korporat, kualiti perkhidmatan, perbankan komersial, Universiti Putra Malaysia.
Title: Kajian Rintis Faktor Peramal Kepuasan Pelanggan Tentang Kualiti Perkhidmatan Dan Imej Perbankan Komersial Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
Description:
Dalam dunia yang dipacu dengan kemajuan teknologi pada masa ini, imej ialah satu unsur yang memberi impak yang besar terhadap organisasi.
Imej dan identiti sesebuah syarikat atau firma didakwa mempengaruhi persepsi dan pemilihan terhadap jenama produk atau perkhidmatan.
Perkara yang membezakan antara syarikat perbankan di Malaysia adalah bagaimana sesebuah syarikat itu mempersembahkan imej korporat mereka dalam usaha untuk menarik perhatian pelanggan.
Imej korporat yang kukuh dipaparkan dikatakan mampu mempengaruhi kepercayaan pelanggan terhadap sesuatu produk atau servis perkhidmatan.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank-bank komersial tempatan.
Kajian ini dipandukan kepada Teori Isyarat dan SERQUAL.
Seramai 150 orang responden daripada Bacelor Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menyertai kajian ini.
Persampelan secara rawak telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan responden dan data telah dikumpulkan melalui borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden.
Keputusan menunjukkan bahawa terdapat tiga daripada enam faktor utama pendorong kepuasan tentang perkhidmatan perbankan komersial dalam kalangan pelajar UPM iaitu dimensi empati, dimensi responsif dan dimensi kebolehpercayaan.
Kesimpulannya, kajian ini dapat menentukan bahawa dimensi responsif ialah peramal utama terhadap kepuasan pelajar UPM tentang perkhidmatan perbankan komersial di Malaysia.
Kata Kunci: Identiti korporat, imej korporat, kualiti perkhidmatan, perbankan komersial, Universiti Putra Malaysia.
Related Results
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN E-HAILING DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN E-HAILING DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Semenjak pasca pandemik, tiada lagi perkhidmatan bas disediakan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memudahkan pelajar untuk bergerak dari kampus ke kompleks kulia...
Factors Affecting Customer Satisfaction of the Wi–Fi Services
Factors Affecting Customer Satisfaction of the Wi–Fi Services
Measuring the quality of service and customer satisfaction is ultimately important for ISPs to remain in business. In order to achieve a good quality of service, understanding the ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesa...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Dari Profit ke Konsumen: Paradoks Kepuasan Pelanggan Kapal Laut
Dari Profit ke Konsumen: Paradoks Kepuasan Pelanggan Kapal Laut
Kepuasan pelanggan sangatlah penting dalam mengevaluasi kinerja bisnis. Semakin tinggi tingkat kepuasan pelanggan, semakin besar kemungkinan pelanggan untuk tetap setia dan membeli...

