Javascript must be enabled to continue!
PEMIKIRAN TENGKU MARIAM DARI ASPEK BUDAYA DAN SEJARAH DALAM PENULISAN MANUSKRIP MELAYU KOLEKSI MUZIUM NEGERI TERENGGANU
View through CrossRef
Abstrak: Nama Tengku Mariam sebagai pujangga wanita istana tidak begitu menyerlah dan terasing dari perhatian sarjana walaupun baginda banyak menghasilkan penulisan manuskrip dalam pelbagai genre. Kebanyakan kajian yang dilakukan terhadap Tengku Mariam adalah bertemakan seni tarian yang rata-ratanya cenderung membincangkan jasa Tengku Mariam dalam joget gamelan Pahang di Terengganu. Oleh itu, permasalahan utama dalam penulisan ini ialah kekurangan penelitian terhadap pemikiran Tengku Mariam dalam penulisan manuskrip sebagai seorang pujangga wanita istana, selain daripada fokus kajian terdahulu yang cenderung kepada seni tarian. Situasi ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan menyelidik dan menganalisis penulisan manuskrip Tengku Mariam terutama dari aspek budaya dan sejarah yang terdapat dalam koleksi Muzium Negeri Terengganu. Hal ini penting dilakukan agar masyarakat dapat mengetahui kandungan penulisan manuskrip Melayu yang telah dihasilkan oleh baginda sebagai pujangga wanita istana. Justeru, objektif kajian dalam penulisan ini ialah mengenal pasti dan menganalisis pemikiran Tengku Mariam dari aspek budaya dan sejarah dalam penulisan manuskrip Melayu koleksi Muzium Negeri Terengganu. Kaedah kepustakaan dan analisis kandungan digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa penulisan manuskrip yang dihasilkan oleh Tengku Mariam mempunyai pemikiran dari aspek budaya yang dapat ditelusuri daripada permainan rakyat, manakala pemikiran sejarah menerusi catatan lawatan diraja. Penulisan ini diharapkan akan dapat membantu memberi pemahaman komprehensif selain menjadi sumber rujukan kepada masyarakat untuk mengetahui kandungan penulisan manuskrip yang dihasilkan oleh Tengku Mariam.
Abstract: Tengku Mariam's name as a court lady poet is not very prominent and isolated from the attention of scholars even though she has produced many manuscripts from various genres. Most of the studies conducted on Tengku Mariam are on the theme of dance, which tends to discuss Tengku Mariam's services in the Pahang gamelan dance in Terengganu. Therefore, the main problem in this writing is the lack of scrutiny of Tengku Mariam's thoughts in writing manuscripts as a palace lady poet apart from the focus of previous studies which tend to dance art. This situation shows that there is a need to research and analyze Tengku Mariam's manuscript writing, especially from the cultural and historical aspects found in the collection of the Terengganu State Museum. This is important to do so that the public can know the content of Malay manuscript writing that has been produced by the Sultan as a palace lady poet. Therefore, the objective of this study is to identify and analyze Tengku Mariam's thoughts from cultural and historical aspects in the writing of Malay manuscripts in the collection of the Terengganu State Museum. Literature and content analysis methods were used to achieve the objectives of the study. The results of the study show that the manuscript writing produced by Tengku Mariam has a cultural perspective that can be traced from folk games while historical thinking through the records of royal visits. With this writing, it is hoped that it will be able to help provide a comprehensive understanding and can also be used as a reference source for the public to find out the content of manuscript writing produced by Tengku Mariam.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Title: PEMIKIRAN TENGKU MARIAM DARI ASPEK BUDAYA DAN SEJARAH DALAM PENULISAN MANUSKRIP MELAYU KOLEKSI MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Description:
Abstrak: Nama Tengku Mariam sebagai pujangga wanita istana tidak begitu menyerlah dan terasing dari perhatian sarjana walaupun baginda banyak menghasilkan penulisan manuskrip dalam pelbagai genre.
Kebanyakan kajian yang dilakukan terhadap Tengku Mariam adalah bertemakan seni tarian yang rata-ratanya cenderung membincangkan jasa Tengku Mariam dalam joget gamelan Pahang di Terengganu.
Oleh itu, permasalahan utama dalam penulisan ini ialah kekurangan penelitian terhadap pemikiran Tengku Mariam dalam penulisan manuskrip sebagai seorang pujangga wanita istana, selain daripada fokus kajian terdahulu yang cenderung kepada seni tarian.
Situasi ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan menyelidik dan menganalisis penulisan manuskrip Tengku Mariam terutama dari aspek budaya dan sejarah yang terdapat dalam koleksi Muzium Negeri Terengganu.
Hal ini penting dilakukan agar masyarakat dapat mengetahui kandungan penulisan manuskrip Melayu yang telah dihasilkan oleh baginda sebagai pujangga wanita istana.
Justeru, objektif kajian dalam penulisan ini ialah mengenal pasti dan menganalisis pemikiran Tengku Mariam dari aspek budaya dan sejarah dalam penulisan manuskrip Melayu koleksi Muzium Negeri Terengganu.
Kaedah kepustakaan dan analisis kandungan digunakan untuk mencapai objektif kajian.
Hasil kajian menunjukkan bahawa penulisan manuskrip yang dihasilkan oleh Tengku Mariam mempunyai pemikiran dari aspek budaya yang dapat ditelusuri daripada permainan rakyat, manakala pemikiran sejarah menerusi catatan lawatan diraja.
Penulisan ini diharapkan akan dapat membantu memberi pemahaman komprehensif selain menjadi sumber rujukan kepada masyarakat untuk mengetahui kandungan penulisan manuskrip yang dihasilkan oleh Tengku Mariam.
Abstract: Tengku Mariam's name as a court lady poet is not very prominent and isolated from the attention of scholars even though she has produced many manuscripts from various genres.
Most of the studies conducted on Tengku Mariam are on the theme of dance, which tends to discuss Tengku Mariam's services in the Pahang gamelan dance in Terengganu.
Therefore, the main problem in this writing is the lack of scrutiny of Tengku Mariam's thoughts in writing manuscripts as a palace lady poet apart from the focus of previous studies which tend to dance art.
This situation shows that there is a need to research and analyze Tengku Mariam's manuscript writing, especially from the cultural and historical aspects found in the collection of the Terengganu State Museum.
This is important to do so that the public can know the content of Malay manuscript writing that has been produced by the Sultan as a palace lady poet.
Therefore, the objective of this study is to identify and analyze Tengku Mariam's thoughts from cultural and historical aspects in the writing of Malay manuscripts in the collection of the Terengganu State Museum.
Literature and content analysis methods were used to achieve the objectives of the study.
The results of the study show that the manuscript writing produced by Tengku Mariam has a cultural perspective that can be traced from folk games while historical thinking through the records of royal visits.
With this writing, it is hoped that it will be able to help provide a comprehensive understanding and can also be used as a reference source for the public to find out the content of manuscript writing produced by Tengku Mariam.
Related Results
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
KEARIFAN LOKAL PADA MANUSKRIP-MANUSKRIP JAWA (Kajian Pengobatan Penyakit Kulit)
KEARIFAN LOKAL PADA MANUSKRIP-MANUSKRIP JAWA (Kajian Pengobatan Penyakit Kulit)
Kajian terhadap manuskrip semakin diminati.Dalam manuskrip terdapat kearifan lokal diantaranya tentang pengobatan tradisional. Jumlah manuskrip yang berisi tentang pengobatan tradi...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Itqan al-Muluk bi Ta’dil as-Suluk: The Implication of Terengganu Institution 1911 Promulgation
Itqan al-Muluk bi Ta’dil as-Suluk: The Implication of Terengganu Institution 1911 Promulgation
The concern felt by Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) (“the Sultan”) over the entry of a British agent in Terengganu pursuant to the agreement entered into between Terengganu an...
HISTORIOGRAFI MELAYU: ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
HISTORIOGRAFI MELAYU: ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Abstrak: Historiografi Melayu:Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Melayu sebagai identitas masyarakat Indonesia menjadi sangat penting didalam Historiografi “penulisan sejar...
Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān al-Ṣolāt
Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān al-Ṣolāt
Kedatangan agama Islam ke tanah Melayu telah berjaya mencorak dan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya terhadap pandangan alam, amalan keagamaan,...
Dakwah dalam perspektif sirah nabi
Dakwah dalam perspektif sirah nabi
Sejarah adalah produk intelektual manusia. Ia adalah hasil kreasi yang tidak sepi dari kepentingan, motif ideologis dan pilihan-pilihan penulisnya yang merefleksikan afiliasi nasio...

