Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Perang sebagai Penyelesaian Konflik dalam Syair Perang Menteng

View through CrossRef
Kajian ini membincangkan perang sebagai penyelesaian konflik dalam Syair Perang Menteng. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan konflik antara Sultan Mahmud Badaruddin II dengan Muntighe berhasil dileraikan melalui peperangan sahaja. Tidak dinafikan terdapat beberapa kaedah lain yang telah digunakan bagi mengelakkan berlakunya peperangan, tetapi kaedah tersebut gagal mencapai kata sepakat. Bagi memperdalam perbincangan, teori peperangan yang telah diperkenalkan oleh Sun Tzu dalam bukunya The Art of War (2002) didapati memenuhi objektif kajian ini. Sun Tzu telah menyenaraikan 13 strategi peperangan, iaitu penilaian, melancarkan pertempuran, merencanakan serangan, posisi strategik, keunggulan strategik, kelemahan dan kekuatan konflik bersenjata, menyesuaikan diri terhadap sembilan kemungkinan, mengerahkan pasukan, medan, sembilan jenis medan, serangan pembakaran dan menggunakan mata-mata. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap Syair Perang Menteng didapati Sultan Mahmud Badaruddin II telah mengaplikasikan strategi sebegini dalam peperangan menentang Belanda. Selain strategi berdasarkan pandangan Sun Tzu, Sultan Mahmud Badaruddin II juga memiliki keunggulan tersendiri dalam usaha mengatur strategi peperangan. Antara keunggulan strategi yang dimiliki oleh Sultan Mahmud Badaruddin II ialah meletakkan Allah dan agama Islam sebagai landasan utama peperangan menentang Belanda serta mendapat sokongan dan ketaatan daripada masyarakat Palembang. Keunggulan strategi peperangan ini telah berjaya memberi kemenangan kepada pihak Palembang dalam pertempuran ini dan konflik antara kedua-dua belah pihak ini telah berjaya diselesaikan melalui kaedah peperangan.
Title: Perang sebagai Penyelesaian Konflik dalam Syair Perang Menteng
Description:
Kajian ini membincangkan perang sebagai penyelesaian konflik dalam Syair Perang Menteng.
Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan konflik antara Sultan Mahmud Badaruddin II dengan Muntighe berhasil dileraikan melalui peperangan sahaja.
Tidak dinafikan terdapat beberapa kaedah lain yang telah digunakan bagi mengelakkan berlakunya peperangan, tetapi kaedah tersebut gagal mencapai kata sepakat.
Bagi memperdalam perbincangan, teori peperangan yang telah diperkenalkan oleh Sun Tzu dalam bukunya The Art of War (2002) didapati memenuhi objektif kajian ini.
Sun Tzu telah menyenaraikan 13 strategi peperangan, iaitu penilaian, melancarkan pertempuran, merencanakan serangan, posisi strategik, keunggulan strategik, kelemahan dan kekuatan konflik bersenjata, menyesuaikan diri terhadap sembilan kemungkinan, mengerahkan pasukan, medan, sembilan jenis medan, serangan pembakaran dan menggunakan mata-mata.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap Syair Perang Menteng didapati Sultan Mahmud Badaruddin II telah mengaplikasikan strategi sebegini dalam peperangan menentang Belanda.
Selain strategi berdasarkan pandangan Sun Tzu, Sultan Mahmud Badaruddin II juga memiliki keunggulan tersendiri dalam usaha mengatur strategi peperangan.
Antara keunggulan strategi yang dimiliki oleh Sultan Mahmud Badaruddin II ialah meletakkan Allah dan agama Islam sebagai landasan utama peperangan menentang Belanda serta mendapat sokongan dan ketaatan daripada masyarakat Palembang.
Keunggulan strategi peperangan ini telah berjaya memberi kemenangan kepada pihak Palembang dalam pertempuran ini dan konflik antara kedua-dua belah pihak ini telah berjaya diselesaikan melalui kaedah peperangan.

Related Results

SEJARAH SYAIR GULUNG DI KETAPANG
SEJARAH SYAIR GULUNG DI KETAPANG
<p class="Default" align="center"><strong>Abstrak</strong></p><p class="Default">Penelitian ini berjudul “Sejarah Syair Gulung di Ketapang”. Adapun ru...
NILAI PROFETIK PADA SYAIR-SYAIR KARANGAN GURU K.H. ABDUL HAKIM (PROPHETIC VALUE IN POEMS BY GURU K.H. ABDUL HAKIM)
NILAI PROFETIK PADA SYAIR-SYAIR KARANGAN GURU K.H. ABDUL HAKIM (PROPHETIC VALUE IN POEMS BY GURU K.H. ABDUL HAKIM)
AbstractProphetic Value in Poems by Guru K.H Abdul Hakim. The purpose of this study is to describe the manifestation of the prophetic value of humanization, liberation and transcen...
Konflik para Rasul: konflik Paulus dan Barnabas (Kisah Para Rasul 15:35-41) serta implementasinya dengan Perpecahan Gereja
Konflik para Rasul: konflik Paulus dan Barnabas (Kisah Para Rasul 15:35-41) serta implementasinya dengan Perpecahan Gereja
Abstrak: konflik adalah suatu hal yang kerap kali terjadi dalam kehidupan bermasyarakat. Konflik tidak hanya terjadi dalam kemasyarakatan tetapi juga terjadi dalam kehidupan berjem...
TELAAH KONFLIK DALAM NOVEL MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH KARYA TERE LIYE
TELAAH KONFLIK DALAM NOVEL MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH KARYA TERE LIYE
AbstrakRumusan masalah adalah bagaimanakah konflik-konflik, faktor penyebab konflik, dan penyelesaian konflik yang terdapat dalam novel Moga Bunda Disayang Allah karya Tere Liye be...
Konflik Nilai dalam Syair Tenku Perabu
Konflik Nilai dalam Syair Tenku Perabu
Karya sastera lahir sebagai wadah yang menyajikan pelbagai pengalaman, pengetahuan dan maklumat yang bersifat didaktik dengan pelbagai fungsi. Satu daripadanya adalah berkaitan kon...
Intertekstual Syair Kunjungan Tengku Selangor dan Syair Sultan Mahmud
Intertekstual Syair Kunjungan Tengku Selangor dan Syair Sultan Mahmud
Syair merupakan karya sastra lama yang digunakan untuk meceritakan tentang nasihat, agama, cinta dan perjalanan, oleh karena itu syair memiliki bait yang banyak. Pada masa perkemba...

Back to Top