Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Konflik Nilai dalam Syair Tenku Perabu

View through CrossRef
Karya sastera lahir sebagai wadah yang menyajikan pelbagai pengalaman, pengetahuan dan maklumat yang bersifat didaktik dengan pelbagai fungsi. Satu daripadanya adalah berkaitan konflik yang terdapat dalam Syair Tenku Perabu. Syair ini telah ditulis pada abad ke-19 dan pengarang asalnya tidak diketahui. Penulisan syair adalah berbentuk tantangan dan protes kepada kuasa tertinggi, iaitu Sultan Hussein Muadzam Syah yang menjadi raja di Singapura pada ketika itu. Objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan konflik yang terdapat dalam Syair Tenku Perabu sehingga menimbulkan protes dalam kalangan rakyat bawahan. Bagi memperdalam lagi perbincangan, konsep konflik oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd dijadikan kerangka utama dalam perbincangan. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon (1998), terdapat tiga faktor yang menjadi pencetus kepada konflik, iaitu tingkah laku negatif, kuasa dan perhubungan. Terdapat dua ciri konflik, iaitu konflik isi yang berpusat pada benda, perkara, peristiwa atau orang yang menjadi punca konflik tersebut, dan seterusnya ialah konflik pertalian, iaitu individu tersebut mempunyai pertalian atau perhubungan sama ada suami isteri, anak atau juga ahli keluarga. Hasil kajian mendapati bahawa Syair Tenku Perabu merupakan sebuah karya yang sarat dengan unsur konflik dan konsep oleh Abdullah Hassan dan Ainon menepati analisis karya ini.
Title: Konflik Nilai dalam Syair Tenku Perabu
Description:
Karya sastera lahir sebagai wadah yang menyajikan pelbagai pengalaman, pengetahuan dan maklumat yang bersifat didaktik dengan pelbagai fungsi.
Satu daripadanya adalah berkaitan konflik yang terdapat dalam Syair Tenku Perabu.
Syair ini telah ditulis pada abad ke-19 dan pengarang asalnya tidak diketahui.
Penulisan syair adalah berbentuk tantangan dan protes kepada kuasa tertinggi, iaitu Sultan Hussein Muadzam Syah yang menjadi raja di Singapura pada ketika itu.
Objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan konflik yang terdapat dalam Syair Tenku Perabu sehingga menimbulkan protes dalam kalangan rakyat bawahan.
Bagi memperdalam lagi perbincangan, konsep konflik oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd dijadikan kerangka utama dalam perbincangan.
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon (1998), terdapat tiga faktor yang menjadi pencetus kepada konflik, iaitu tingkah laku negatif, kuasa dan perhubungan.
Terdapat dua ciri konflik, iaitu konflik isi yang berpusat pada benda, perkara, peristiwa atau orang yang menjadi punca konflik tersebut, dan seterusnya ialah konflik pertalian, iaitu individu tersebut mempunyai pertalian atau perhubungan sama ada suami isteri, anak atau juga ahli keluarga.
Hasil kajian mendapati bahawa Syair Tenku Perabu merupakan sebuah karya yang sarat dengan unsur konflik dan konsep oleh Abdullah Hassan dan Ainon menepati analisis karya ini.

Related Results

SEJARAH SYAIR GULUNG DI KETAPANG
SEJARAH SYAIR GULUNG DI KETAPANG
<p class="Default" align="center"><strong>Abstrak</strong></p><p class="Default">Penelitian ini berjudul “Sejarah Syair Gulung di Ketapang”. Adapun ru...
NILAI PROFETIK PADA SYAIR-SYAIR KARANGAN GURU K.H. ABDUL HAKIM (PROPHETIC VALUE IN POEMS BY GURU K.H. ABDUL HAKIM)
NILAI PROFETIK PADA SYAIR-SYAIR KARANGAN GURU K.H. ABDUL HAKIM (PROPHETIC VALUE IN POEMS BY GURU K.H. ABDUL HAKIM)
AbstractProphetic Value in Poems by Guru K.H Abdul Hakim. The purpose of this study is to describe the manifestation of the prophetic value of humanization, liberation and transcen...
KODE SASTRA DALAM SYAIR DIDONG
KODE SASTRA DALAM SYAIR DIDONG
The study is titled“Literature Code In Didong Poetry”.The problem formulation in this research is "How is the literary code contained in Syair Didong?".The purpose of this research...
Intertekstual Syair Kunjungan Tengku Selangor dan Syair Sultan Mahmud
Intertekstual Syair Kunjungan Tengku Selangor dan Syair Sultan Mahmud
Syair merupakan karya sastra lama yang digunakan untuk meceritakan tentang nasihat, agama, cinta dan perjalanan, oleh karena itu syair memiliki bait yang banyak. Pada masa perkemba...
Konflik para Rasul: konflik Paulus dan Barnabas (Kisah Para Rasul 15:35-41) serta implementasinya dengan Perpecahan Gereja
Konflik para Rasul: konflik Paulus dan Barnabas (Kisah Para Rasul 15:35-41) serta implementasinya dengan Perpecahan Gereja
Abstrak: konflik adalah suatu hal yang kerap kali terjadi dalam kehidupan bermasyarakat. Konflik tidak hanya terjadi dalam kemasyarakatan tetapi juga terjadi dalam kehidupan berjem...
TELAAH KONFLIK DALAM NOVEL MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH KARYA TERE LIYE
TELAAH KONFLIK DALAM NOVEL MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH KARYA TERE LIYE
AbstrakRumusan masalah adalah bagaimanakah konflik-konflik, faktor penyebab konflik, dan penyelesaian konflik yang terdapat dalam novel Moga Bunda Disayang Allah karya Tere Liye be...

Back to Top