Javascript must be enabled to continue!
Pendekatan Sadd al-Zarai’ dan Fath al-Zarai’ dalam Pengurusan Risiko Kewangan Islam: Implikasi terhadap Kelestarian
View through CrossRef
Isu perubahan iklim, ketidakpastian ekonomi dan ketidaksamaan sosial semakin membimbangkan, khususnya di Malaysia. Dalam konteks ekonomi, ketidakpastian memberi kesan negatif kepada prestasi sesebuah entiti berpunca daripada faktor seperti inflasi, perubahan dasar ekonomi dan politik serta peningkatan isu geopolitik. Namun, cabaran ini boleh diatasi melalui pengurusan risiko dan urus tadbir yang baik. Dalam institusi kewangan Islam, pengurusan risiko perlu dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi prinsip syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengurus risiko dalam kewangan Islam berdasarkan pendekatan sadd al-zarai’ dan fath al-zarai’. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan analisis dokumen sepenuhnya merangkumi kitab tafsir serta fiqh klasik dan kontemporari, artikel serta jurnal ilmiah. Data dianalisis berdasarkan kaedah teoritis dan komparatif untuk menilai penerapan prinsip-prinsip sadd al-zarai’ dan fath al-zarai’ dalam pengurusan risiko produk kewangan Islam. Hasil kajian mendapati bahawa penerapan prinsip sadd al-zarai’ menekankan pencegahan perkara bahaya dan memudaratkan serta mampu mengelak risiko kerugian manakala fath al-zarai’ membuka peluang untuk manfaat dan pelaburan yang lebih berdaya tahan, beretika dan bertanggungjawab. Penerapan kedua-dua prinsip ini juga bukan sahaja bertepatan dengan syariah malah dapat menyokong kestabilan ekonomi serta menyumbang kepada kelestarian untuk jangka masa panjang, selaras dengan matlamat Environmental, Social and Governance (ESG) dan Sustainable Development Goals (SDG). Kajian lanjutan berkaitan pengurusan risiko kewangan Islam berdasarkan pendekatan al-istihsan wajar dilakukan pada masa depan.
Universiti Sultan Azlan Shah
Title: Pendekatan Sadd al-Zarai’ dan Fath al-Zarai’ dalam Pengurusan Risiko Kewangan Islam: Implikasi terhadap Kelestarian
Description:
Isu perubahan iklim, ketidakpastian ekonomi dan ketidaksamaan sosial semakin membimbangkan, khususnya di Malaysia.
Dalam konteks ekonomi, ketidakpastian memberi kesan negatif kepada prestasi sesebuah entiti berpunca daripada faktor seperti inflasi, perubahan dasar ekonomi dan politik serta peningkatan isu geopolitik.
Namun, cabaran ini boleh diatasi melalui pengurusan risiko dan urus tadbir yang baik.
Dalam institusi kewangan Islam, pengurusan risiko perlu dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi prinsip syariah.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengurus risiko dalam kewangan Islam berdasarkan pendekatan sadd al-zarai’ dan fath al-zarai’.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan analisis dokumen sepenuhnya merangkumi kitab tafsir serta fiqh klasik dan kontemporari, artikel serta jurnal ilmiah.
Data dianalisis berdasarkan kaedah teoritis dan komparatif untuk menilai penerapan prinsip-prinsip sadd al-zarai’ dan fath al-zarai’ dalam pengurusan risiko produk kewangan Islam.
Hasil kajian mendapati bahawa penerapan prinsip sadd al-zarai’ menekankan pencegahan perkara bahaya dan memudaratkan serta mampu mengelak risiko kerugian manakala fath al-zarai’ membuka peluang untuk manfaat dan pelaburan yang lebih berdaya tahan, beretika dan bertanggungjawab.
Penerapan kedua-dua prinsip ini juga bukan sahaja bertepatan dengan syariah malah dapat menyokong kestabilan ekonomi serta menyumbang kepada kelestarian untuk jangka masa panjang, selaras dengan matlamat Environmental, Social and Governance (ESG) dan Sustainable Development Goals (SDG).
Kajian lanjutan berkaitan pengurusan risiko kewangan Islam berdasarkan pendekatan al-istihsan wajar dilakukan pada masa depan.
Related Results
The Significance of Financial Literacy for Family Wealth Management: A Critical Study from Maqasid Perspective (Kepentingan Ilmu Kewangan dalam Pengurusan Harta Sesebuah Keluarga: Kajian Kritikal Mengikut Perdpektif Maqasid)
The Significance of Financial Literacy for Family Wealth Management: A Critical Study from Maqasid Perspective (Kepentingan Ilmu Kewangan dalam Pengurusan Harta Sesebuah Keluarga: Kajian Kritikal Mengikut Perdpektif Maqasid)
Financial literacy has a tremendous impact on sustaining family financial management. Lack of financial knowledge may lead to arising financial problems within the family which als...
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melaporkan hasil kajian terhadap amalan perakaunan pengurusan dan amalan pengurusan risiko di institusi kewangan. Data dikutip menggunakan bora...
Cabaran dalam Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah
Cabaran dalam Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi dalam pengurusan kewangan sekolah menengah. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan protokol temu bual separa bers...
عصری مسائل کے حل میں سد الذرائع و فتح الذرائع کی ضرورت و اہمیت:ایک تحقیقی مطالعہ
عصری مسائل کے حل میں سد الذرائع و فتح الذرائع کی ضرورت و اہمیت:ایک تحقیقی مطالعہ
It is the perfection of the Islamic law that the rules and regulations based on its basic principles will continue to fulfill the duty of guiding human society in the changing worl...
Analisis Manajemen Risiko Konstruksi Pada Proyek Konstruksi Bendungan Berdasarkan Konsep ISO 31000:2018
Analisis Manajemen Risiko Konstruksi Pada Proyek Konstruksi Bendungan Berdasarkan Konsep ISO 31000:2018
Indonesia merupakan negara dengan penduduk terbanyak ke empat di dunia dan hal ini menjadi tantangan pemerintah dalam membangun infrastruktur yang memadai. Salah satu program pemer...
ANALISIS MANAJEMEN RISIKO PEMBIYAAN GADAI EMAS (STUDI KASUS BANK MANDIRI SYARIAH CABANG PANCOR)
ANALISIS MANAJEMEN RISIKO PEMBIYAAN GADAI EMAS (STUDI KASUS BANK MANDIRI SYARIAH CABANG PANCOR)
Abstrak
Penelitian ini bertujuan untuk dapat mengetahui apa saja risiko yang akan dialami dalam pembiayaan produk gadai emas dan bagaimana proses pengelolaan risiko yang dilakukan...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...

