Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PENGURUSAN KRISIS DI SEKOLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU SEKOLAH MENENGAH DINEGERI KELANTAN

View through CrossRef
Kajian ini dijalankan untuk melihat pengurusan krisis dan hubungannya dengan komitmen guru.  Responden bagi kajian ini terdiri daripada 375 orang guru daripada sekolah-sekolah menengah di negeri Kelantan.  Pengurusan krisis merupakan salah satu prinsip dalam Konsep Sekolah Selamat.  Instrumen kajian ini menumpukan kepada pengurusan krisis ketidakhadiran pelajar ke kelas tambahan.  Instrumen komitmen guru pula menggunakan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) atau instrumen komitmen keorganisasian Allen dan Meyer (1990) yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia.  Segala data dan butiran yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 22.0.  Analisis data dijalankan menggunakan Ujian Min Deskriptif, Ujian-t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson.  Dapatan kajian mendapati tahap pengurusan krisis guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan adalah pada tahap yang tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan pengurusan krisis dengan kategori jawatan guru di sekolah.  Tahap komitmen guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan pula adalah pada tahap yang sederhana.  Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan komitmen guru antara guru lelaki dan guru perempuan di sekolah- sekolah menengah di negeri Kelantan.  Hasil dapatan daripada Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pengurusan krisis dengan tiga dimensi komitmen yang dibincangkan dalam kajian ini iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan.  Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan melibatkan sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan, sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah kerajaan negeri agar maklumat yang menyeluruh berkaitan pengurusan krisis dan komitmen guru di negeri Kelantan dapat digambarkan dengan lebih komprehensif.  Akhir sekali, dapatan ini telah memberikan percambahan ilmu dalam bidang pengurusan krisis dan juga komitmen guru untuk dilaksanakan di sekolah
Title: PENGURUSAN KRISIS DI SEKOLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU SEKOLAH MENENGAH DINEGERI KELANTAN
Description:
Kajian ini dijalankan untuk melihat pengurusan krisis dan hubungannya dengan komitmen guru.
  Responden bagi kajian ini terdiri daripada 375 orang guru daripada sekolah-sekolah menengah di negeri Kelantan.
  Pengurusan krisis merupakan salah satu prinsip dalam Konsep Sekolah Selamat.
  Instrumen kajian ini menumpukan kepada pengurusan krisis ketidakhadiran pelajar ke kelas tambahan.
  Instrumen komitmen guru pula menggunakan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) atau instrumen komitmen keorganisasian Allen dan Meyer (1990) yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia.
  Segala data dan butiran yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 22.
  Analisis data dijalankan menggunakan Ujian Min Deskriptif, Ujian-t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson.
  Dapatan kajian mendapati tahap pengurusan krisis guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan adalah pada tahap yang tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan pengurusan krisis dengan kategori jawatan guru di sekolah.
  Tahap komitmen guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan pula adalah pada tahap yang sederhana.
  Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan komitmen guru antara guru lelaki dan guru perempuan di sekolah- sekolah menengah di negeri Kelantan.
  Hasil dapatan daripada Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pengurusan krisis dengan tiga dimensi komitmen yang dibincangkan dalam kajian ini iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan.
  Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan melibatkan sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan, sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah kerajaan negeri agar maklumat yang menyeluruh berkaitan pengurusan krisis dan komitmen guru di negeri Kelantan dapat digambarkan dengan lebih komprehensif.
  Akhir sekali, dapatan ini telah memberikan percambahan ilmu dalam bidang pengurusan krisis dan juga komitmen guru untuk dilaksanakan di sekolah.

Related Results

ANALISIS MANAJEMEN KOMUNIKASI KRISIS PT RAJAWALI NUSANTARA INDONESIA (PERSERO) DALAM MEMPERTAHANKAN CITRA PERUSAHAAN
ANALISIS MANAJEMEN KOMUNIKASI KRISIS PT RAJAWALI NUSANTARA INDONESIA (PERSERO) DALAM MEMPERTAHANKAN CITRA PERUSAHAAN
PT Rajawali Nusantara Indonesia (Persero) merupakan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) yang bergerak pada bidang Agro Industri yang memiliki 11 anak perusahaan satu diantaranya sedang...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
PENGARUH PEMBINAAN GURU DAN KOMPETENSI PROFESIONAL TERHADAP KOMITMEN GURU
PENGARUH PEMBINAAN GURU DAN KOMPETENSI PROFESIONAL TERHADAP KOMITMEN GURU
Abstrak-Memiliki guru yang berkomitmen sangatlah krusial dalam konteks pendidikan. Komitmen guru mencerminkan tekad dan dedikasi mereka dalam melaksanakan tugas mengajar dan membim...
KAJIAN MENGENAI NILAI MURNI MELALUI KEUNIKAN DIALEK KELANTAN DALAM CERITA RAKYAT MELAYU DI KELANTAN
KAJIAN MENGENAI NILAI MURNI MELALUI KEUNIKAN DIALEK KELANTAN DALAM CERITA RAKYAT MELAYU DI KELANTAN
Abstrak Pada era globalisasi kini, penyelidikan terhadap cerita rakyat Melayu semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan para sarjana di Malaysia. Hal ini kerana, para sarj...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Sumbangan Tok Kenali dalam Memperkukuhkan Islam di Kelantan
Sumbangan Tok Kenali dalam Memperkukuhkan Islam di Kelantan
Abstract Tok Kenali merupakan antara ulama awal di Tanah Melayu khususnya di Kelantan, beliau telah mengorbankan seluruh masanya untuk berkhidmat memperkukuhkan agama Islam ...
Kompetensi pedagogik guru sekolah minggu dalam membentuk karakter anak sekolah minggu dan implikasinya bagi Gereja Sungai Yordan Rajawali
Kompetensi pedagogik guru sekolah minggu dalam membentuk karakter anak sekolah minggu dan implikasinya bagi Gereja Sungai Yordan Rajawali
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kompetensi pedagogik guru sekolah minggu dalam membentuk karakter anak sekolah minggu serta pengembangan pelayanan sekolah ming...

Back to Top