Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PENGURUSAN KRAF TANGAN TRADISI ETNIK DUSUN TINDAL DI SABAH

View through CrossRef
Etnik Dusun Tindal merupakan salah satu rumpun KadazanDusun yang menetap di daerah Kota Belud Sabah. Etnik ini kaya dengan amalan budaya dan adat tradisi yang masih diwarisi sehingga kini. Antara warisan yang masih diamalkan adalah penghasilan seni kraf tangan tradisi. Daerah Kota Belud yang kaya dengan sumber alam seperti pokok bambu, rotan, tumbuhan dan tanah liat menjadi pendorong kepada masyarakatnya untuk menghasilkan produk-produk kraf tangan tradisi yang bersumberkan alam semula jadi. Antara seni kraf tradisi yang dihasilkan adalah bakul nurod dan sisiri, wakid, basung, sirung, barait, kinulung, kobog dan kuron. Penghasilan produk kraf tradisi ini melalui proses pengurusan daripada tukang kraf sehinggalah proses penjualan yang melibatkan pengusaha dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah. Ketiga-tiga kumpulan ini saling berperanan dalam pengurusan kraf tangan bagi penghasilan produk, penjualan, pemasaran dan pengkomersialannya. Kajian yang berasaskan kerja lapangan dilakukan melalui pemerhatian dan temu bual untuk mengumpul maklumat kraf tangan etnik Dusun Tindal Kota Belud dengan memberi tumpuan kepada tukang kraf, pengusaha kraf dan peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah. Hasil analisis mendapati bahawa tukang kraf, pengusaha kraf serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah adalah kumpulan yang terlibat dalam pengurusan seni kraf tradisi ini. Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa pengurusan seni kraf tangan dalam kajian ini penting untuk tujuan dokumentasi ke arah inovasi dan kemajuan hasil produknya.
Title: PENGURUSAN KRAF TANGAN TRADISI ETNIK DUSUN TINDAL DI SABAH
Description:
Etnik Dusun Tindal merupakan salah satu rumpun KadazanDusun yang menetap di daerah Kota Belud Sabah.
Etnik ini kaya dengan amalan budaya dan adat tradisi yang masih diwarisi sehingga kini.
Antara warisan yang masih diamalkan adalah penghasilan seni kraf tangan tradisi.
Daerah Kota Belud yang kaya dengan sumber alam seperti pokok bambu, rotan, tumbuhan dan tanah liat menjadi pendorong kepada masyarakatnya untuk menghasilkan produk-produk kraf tangan tradisi yang bersumberkan alam semula jadi.
Antara seni kraf tradisi yang dihasilkan adalah bakul nurod dan sisiri, wakid, basung, sirung, barait, kinulung, kobog dan kuron.
Penghasilan produk kraf tradisi ini melalui proses pengurusan daripada tukang kraf sehinggalah proses penjualan yang melibatkan pengusaha dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah.
Ketiga-tiga kumpulan ini saling berperanan dalam pengurusan kraf tangan bagi penghasilan produk, penjualan, pemasaran dan pengkomersialannya.
Kajian yang berasaskan kerja lapangan dilakukan melalui pemerhatian dan temu bual untuk mengumpul maklumat kraf tangan etnik Dusun Tindal Kota Belud dengan memberi tumpuan kepada tukang kraf, pengusaha kraf dan peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah.
Hasil analisis mendapati bahawa tukang kraf, pengusaha kraf serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah adalah kumpulan yang terlibat dalam pengurusan seni kraf tradisi ini.
Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa pengurusan seni kraf tangan dalam kajian ini penting untuk tujuan dokumentasi ke arah inovasi dan kemajuan hasil produknya.

Related Results

KEARIFAN TRADISI ADIGURU DALAM PENGHASILAN TEMBIKAR KURON DI SABAH
KEARIFAN TRADISI ADIGURU DALAM PENGHASILAN TEMBIKAR KURON DI SABAH
Tembikar kuron dihasilkan oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah tetapi hanya aktif dihasilkan oleh etnik Dusun Tindal yang tinggal di Kampung Malangkap Kapa, Kota Belud pada hari i...
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbaga...
FOSSILIZATION IN THE INTERLANGUAGE OF DUSUN TINDAL TRIBE YOUNGER GENERATION
FOSSILIZATION IN THE INTERLANGUAGE OF DUSUN TINDAL TRIBE YOUNGER GENERATION
The majority of Dusun Tindal tribe learners in Sabah failed to achieve competency as native Malay speakers due to the fossilization mechanism which is performance-related. Hence, t...
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Kajian inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi percetakan tiga dimensi ia bertujuan untuk mengkaji rekabentuk kraf acuan model gigi seramik yang bersesu...
<b>UPACARA INASI SEBAGAI WADAH PENGURUSAN DAN KELESTARIAN SENI PERSEMBAHAN TRADISI MURUT PALUAN DI SABAH</b>
<b>UPACARA INASI SEBAGAI WADAH PENGURUSAN DAN KELESTARIAN SENI PERSEMBAHAN TRADISI MURUT PALUAN DI SABAH</b>
ABSTRAK Masyarakat Murut Paluan merupakan salah satu sub etnik di Sabah yang masih mengamalkan upacara inasi sebagai kemuncak adat perkahwinan yang sarat dengan elemen seni persemb...
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Majoritinya adalah beragama Islam. Mereka boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu etnik Bajau dari pan...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...

Back to Top