Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kajian Takhrij Hadith bagi Sukatan Pelajaran Sekolah-sekolah di Malaysia

View through CrossRef
Hadith-hadith yang dinyatakan dalam silibus kurikulum dan diajar di sekolah mesti dipastikan kesahihannya dengan cermat. Penggunaan hadith-hadith yang lemah atau palsu dalam kurikulum, khususnya di peringkat sekolah rendah, boleh menimbulkan salah faham terhadap ajaran Islam dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan analisis takhrij hadith-hadith yang dimuatkan dalam kurikulum sekolah. Melalui kajian ini, pengkaji telah berjaya mengumpulkan enam kajian lepas yang menganalisis kajian-kajian takhrij hadith bagi silibus pembelajaran dalam buku-buku teks agama di sekolah. Kajian-kajian tersebut mengenal pasti dan mengelaskan hadith yang terdapat dalam buku teks berdasarkan status yang telah dikenalpasti. Di samping itu, pengkaji akan mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan untuk memastikan sukatan pelajaran melalui proses pengemaskinian semula. Dengan menggunakan metodologi kajian kepustakaan, kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran menyeluruh terhadap analisis takhrij yang telah dilakukan terhadap silibus pembelajaran di sekolah-sekolah. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan pemurnian semula sukatan pelajaran dibuat dengan memastikan hadith-hadith dinyatakan dalam sukatan-sukatan pelajaran adalah memenuhi piawaian Kementerian Dalam Negeri (KDN), di samping penglibatan secara langsung pakar-pakar hadith dalam usaha pemurnian sukatan pelajaran.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Kajian Takhrij Hadith bagi Sukatan Pelajaran Sekolah-sekolah di Malaysia
Description:
Hadith-hadith yang dinyatakan dalam silibus kurikulum dan diajar di sekolah mesti dipastikan kesahihannya dengan cermat.
Penggunaan hadith-hadith yang lemah atau palsu dalam kurikulum, khususnya di peringkat sekolah rendah, boleh menimbulkan salah faham terhadap ajaran Islam dalam kalangan pelajar.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan analisis takhrij hadith-hadith yang dimuatkan dalam kurikulum sekolah.
Melalui kajian ini, pengkaji telah berjaya mengumpulkan enam kajian lepas yang menganalisis kajian-kajian takhrij hadith bagi silibus pembelajaran dalam buku-buku teks agama di sekolah.
Kajian-kajian tersebut mengenal pasti dan mengelaskan hadith yang terdapat dalam buku teks berdasarkan status yang telah dikenalpasti.
Di samping itu, pengkaji akan mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan untuk memastikan sukatan pelajaran melalui proses pengemaskinian semula.
Dengan menggunakan metodologi kajian kepustakaan, kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran menyeluruh terhadap analisis takhrij yang telah dilakukan terhadap silibus pembelajaran di sekolah-sekolah.
Selain itu, kajian ini juga mencadangkan pemurnian semula sukatan pelajaran dibuat dengan memastikan hadith-hadith dinyatakan dalam sukatan-sukatan pelajaran adalah memenuhi piawaian Kementerian Dalam Negeri (KDN), di samping penglibatan secara langsung pakar-pakar hadith dalam usaha pemurnian sukatan pelajaran.

Related Results

KONTRIBUSI KITAB UŞŪL AL-TAKHRĪJ WA DIRĀSAT AL-ASĀNID KARYA MAHMUD AL-THAHHAN DALAM KAJIAN SANAD HADIS
KONTRIBUSI KITAB UŞŪL AL-TAKHRĪJ WA DIRĀSAT AL-ASĀNID KARYA MAHMUD AL-THAHHAN DALAM KAJIAN SANAD HADIS
Uşūl Al-Takhrij Wa Dirasat Al-Asanid is a book that deals with the history and development of Takhrīj Hadith. Although this book discusses  the Takhrīj hadith method, some scholars...
PELAKSANAAN PENGAJIAN ILMU HADITH DALAM MATA PELAJARAN TURĀTH AL-SUNNAH KURIKULUM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB: SATU PENILAIAN AWAL
PELAKSANAAN PENGAJIAN ILMU HADITH DALAM MATA PELAJARAN TURĀTH AL-SUNNAH KURIKULUM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB: SATU PENILAIAN AWAL
Pelaksanaan pengajian hadith secara turāthī di Malaysia, pada dahulunya mendapat tempat dalam kalangan guru-guru pondok dan juga madrasah pengajian hadith. Dewasa kini, Kementerian...
Autentikasi Hadis-Hadis Kitab Jinayah Dan Hudud Daripada Kitab Bulughul Maram Karya Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani
Autentikasi Hadis-Hadis Kitab Jinayah Dan Hudud Daripada Kitab Bulughul Maram Karya Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani
The falsification of hadith has tremendously spreaded among society. The dissemination of fabricated hadith has been normalised not only among the public but also the Islamic and r...
TAKHRIJ AL HADIS
TAKHRIJ AL HADIS
This paper discusses the method of takhrij al-hadith as one of the essential disciplines in hadith studies. It aims to trace the origins of a hadith from primary sources, assess th...
Al-Hadith Al-Gharib in the Discourse of Hadith Studies; The Authenticity and The Authority
Al-Hadith Al-Gharib in the Discourse of Hadith Studies; The Authenticity and The Authority
This article aims to examine the concept of al-hadith al-Gharib from the perspective of hadith scholars. The primary research questions address: (1) What defines al-hadith al-Ghari...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Perbahasan ‘Ulūm Al-Ḥadīth dalam Uṣūl Al-Fiqh Mazhab Syafii
Perbahasan ‘Ulūm Al-Ḥadīth dalam Uṣūl Al-Fiqh Mazhab Syafii
During its early years, the discipline of ‘Ulum al-Ḥadith gradually emerged into existence until it reached maturity in the seventh century with the appearance of the famous work b...

Back to Top