Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PELAKSANAAN PENGAJIAN ILMU HADITH DALAM MATA PELAJARAN TURĀTH AL-SUNNAH KURIKULUM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB: SATU PENILAIAN AWAL

View through CrossRef
Pelaksanaan pengajian hadith secara turāthī di Malaysia, pada dahulunya mendapat tempat dalam kalangan guru-guru pondok dan juga madrasah pengajian hadith. Dewasa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan kesungguhan dalam memperkenalkan pengajian ilmu hadith secara turāthī dalam pelaksanaan mata pelajaran Turāth al-Sunnah  kurikulum al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab khususnya di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, Terengganu (SMIYTB). Justeru, kajian ini meneroka sejauh mana pelaksanaan ilmu hadith dalam mata pelajaran turāth al-Sunnah kurikulum al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab SMIYTB. Data kajian dikumpulkan melalui proses analisis dokumen dan juga proses temu bual semi struktur bersama seorang Guru Pendidikan Islam Turāth al-Sunnah (GPITS) dan juga perbincangan kumpulan fokus bersama 18 orang murid tingkatan 4. Pekali cohen kappa terhadap data-data yang dianalisis menunjukkan data-data temu bual yang diperoleh adalah berada pada tahap tinggi bagi kedua-dua temu bual iaitu temu bual GPITS (72%) dan temu bual murid (79%). Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan pengajian ilmu hadith dalam mata pelajaran turāth al-Sunnah adalah berasaskan kitab-kitab turath dalam bidang al-Ḥadīth dan Muṣṭalāḥ al-Ḥadīth. Ia diperkenalkan kepada murid-murid sebagai pendedahan dan pengenalan secara asas kepada mereka bagi mendalami hadith-hadith Nabi SAW secara tekstual dan kontekstual dan untuk memahami ilmu-ilmu Muṣṭalāḥ al-Ḥadīth secara asas. Namun demikian, oleh sebab ia dilaksanakan dalam tempoh 60 minit seminggu serta dalam tempoh dua tahun sahaja, setiap kitab yang dipelajari dalam mata pelajaran tersebut disesuaikan dengan sistem pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu dengan diwujudkan sukatan pelajaran yang khusus bagi kedua-dua bidang pengajian tersebut. Justeru, kajian ini dilihat mampu memberikan maklumat penilaian awal yang mendalam tentang pelaksanaan pengajian ilmu hadith dalam mata pelajaran turāth al-Sunnah kurikulum al-Syahdah al-Ulya Ulul Albab di SMIYTB.    
Title: PELAKSANAAN PENGAJIAN ILMU HADITH DALAM MATA PELAJARAN TURĀTH AL-SUNNAH KURIKULUM AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB: SATU PENILAIAN AWAL
Description:
Pelaksanaan pengajian hadith secara turāthī di Malaysia, pada dahulunya mendapat tempat dalam kalangan guru-guru pondok dan juga madrasah pengajian hadith.
Dewasa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan kesungguhan dalam memperkenalkan pengajian ilmu hadith secara turāthī dalam pelaksanaan mata pelajaran Turāth al-Sunnah  kurikulum al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab khususnya di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, Terengganu (SMIYTB).
Justeru, kajian ini meneroka sejauh mana pelaksanaan ilmu hadith dalam mata pelajaran turāth al-Sunnah kurikulum al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab SMIYTB.
Data kajian dikumpulkan melalui proses analisis dokumen dan juga proses temu bual semi struktur bersama seorang Guru Pendidikan Islam Turāth al-Sunnah (GPITS) dan juga perbincangan kumpulan fokus bersama 18 orang murid tingkatan 4.
Pekali cohen kappa terhadap data-data yang dianalisis menunjukkan data-data temu bual yang diperoleh adalah berada pada tahap tinggi bagi kedua-dua temu bual iaitu temu bual GPITS (72%) dan temu bual murid (79%).
Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan pengajian ilmu hadith dalam mata pelajaran turāth al-Sunnah adalah berasaskan kitab-kitab turath dalam bidang al-Ḥadīth dan Muṣṭalāḥ al-Ḥadīth.
Ia diperkenalkan kepada murid-murid sebagai pendedahan dan pengenalan secara asas kepada mereka bagi mendalami hadith-hadith Nabi SAW secara tekstual dan kontekstual dan untuk memahami ilmu-ilmu Muṣṭalāḥ al-Ḥadīth secara asas.
Namun demikian, oleh sebab ia dilaksanakan dalam tempoh 60 minit seminggu serta dalam tempoh dua tahun sahaja, setiap kitab yang dipelajari dalam mata pelajaran tersebut disesuaikan dengan sistem pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu dengan diwujudkan sukatan pelajaran yang khusus bagi kedua-dua bidang pengajian tersebut.
Justeru, kajian ini dilihat mampu memberikan maklumat penilaian awal yang mendalam tentang pelaksanaan pengajian ilmu hadith dalam mata pelajaran turāth al-Sunnah kurikulum al-Syahdah al-Ulya Ulul Albab di SMIYTB.
   .

Related Results

DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Konsep Ulul dalam Al-Qur'an (Al-Bab, Nuha, Azmi, Abshar)
Konsep Ulul dalam Al-Qur'an (Al-Bab, Nuha, Azmi, Abshar)
Al-Qur’an merupakan salah satu wahyu Allah, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw, melalui perantara malaikat Jibril A.S. Pada Al-Qur’an, terdapat kebaikan sebagai jalan yang ha...
Implementasi Kurikulum Merdeka pada Mata Pelajaran IPAS di SDN Sumberdodol 1 Kecamatan Panekan Kabupaten Magetan
Implementasi Kurikulum Merdeka pada Mata Pelajaran IPAS di SDN Sumberdodol 1 Kecamatan Panekan Kabupaten Magetan
Penelitian ini bertujuan untuk (1) Mendeskripsikan perencanaan kurikulum merdeka pada mata pelajaran IPAS Kelas IV di SDN Sumberdodol 1 Kecamatan Panekan Kabupaten Magetan. (2) Men...
Pembelajaran Tematik Terpadu di MIN 1 Kota Malang
Pembelajaran Tematik Terpadu di MIN 1 Kota Malang
Kata Kunci    : Pembelajaran Tematik Terpadu, MIN 1 Kota Malang Pemberlakuan Kurikulum 2013 pada dasarnya merupakan wujud nyata pembenahan kurikulum yang dilakukan oleh pemerintah....
KITAB-KITAB HADITH DALAM PENGAJIAN TAKMIR DI INSTITUSI MASJID DI PERLIS: KAJIAN TINJAUAN
KITAB-KITAB HADITH DALAM PENGAJIAN TAKMIR DI INSTITUSI MASJID DI PERLIS: KAJIAN TINJAUAN
Peranan program takmir dalam pengajian hadith di institusi masjid adalah nukleus ke arah melahirkan komuniti muslim madani dalam menghayati sunnah Rasulullah SAW. Institusi masjid ...
ANALISIS KEMAMPUAN GURU KELAS MELAKSANAKAN PENILAIAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN
ANALISIS KEMAMPUAN GURU KELAS MELAKSANAKAN PENILAIAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN
Penilaian yang dilaksanakan oleh guru masih didominasi oleh penilaian yang digunakan mengukur aspek kognitif yang bisa diterapkan dalam penilaian kurikulum. Atas dasar tersebut pen...
PELAKSANAAN PENGAJIAN HADIS BAGI TUNA NETRA DI MALAYSIA: Isu dan Tantangan
PELAKSANAAN PENGAJIAN HADIS BAGI TUNA NETRA DI MALAYSIA: Isu dan Tantangan
<p>Hadis merupakan sumber kedua agama dalam Islam selepas al-Quran. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam Islam, terutama ketika menguraikan serta menjelaskan kehend...

Back to Top