Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

MIGRASI DALAM KOMUNITI MURUT DAN KEMASUKAN PERIBUMI BORNEO KE BORNEO UTARA (SABAH) KETIKA ERA KOLONIAL

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan faktor-faktor yang mendorong migrasi komuniti Murut Borneo Utara ke Sarawak dan wilayah Kalimantan pada awal abad ke-20. Seterusnya matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan dan konflik antara komuniti Murut di Borneo Utara dengan peribumi dari Sarawak, Brunei dan Kalimantan yang berhijrah ke kawasan mereka pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Permasalahan kajian berpusat pada persaingan ekonomi dan konflik sosial yang timbul akibat migrasi peribumi luar yang mengganggu hak monopoli komuniti Murut terhadap sumber hutan. Interaksi sosial seperti perkahwinan campur dan amalan perhambaan turut mempengaruhi hubungan antara komuniti. Objektif kajian adalah mengkaji faktor migrasi dan menganalisis konflik sosioekonomi yang timbul. Selanjutnya, kajian historiografi ini bersifat kualitatif dan deskriptif serta dilakukan melalui kaedah kepustakaan dan arkib. Teknik kritis terhadap sumber sejarah merangkumi dokumen primer seperti The British North Borneo Herald (BNBH) dan North Borneo Secretariat File (NBSF) serta sumber sekunder dalam bentuk buku dan artikel telah dilakukan demi mencapai objektiviti sejarah dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan migrasi peribumi Borneo ke Borneo Utara didorong oleh potensi ekonomi hasil hutan yang akhirnya mencetuskan persaingan dan konflik hubungan dengan komuniti Murut. Kerajaan kolonial memainkan peranan penting dalam mengurus konflik melalui dasar pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang. Kajian ini memberikan pemahaman mendalam tentang aspek migrasi dan interaksi sosial antara komuniti. Prospek kajian mencadangkan penyelidikan lanjut mengenai hubungan sosial dan ekonomi komuniti Murut dalam era pasca penubuhan Malaysia.
Title: MIGRASI DALAM KOMUNITI MURUT DAN KEMASUKAN PERIBUMI BORNEO KE BORNEO UTARA (SABAH) KETIKA ERA KOLONIAL
Description:
Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan faktor-faktor yang mendorong migrasi komuniti Murut Borneo Utara ke Sarawak dan wilayah Kalimantan pada awal abad ke-20.
Seterusnya matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan dan konflik antara komuniti Murut di Borneo Utara dengan peribumi dari Sarawak, Brunei dan Kalimantan yang berhijrah ke kawasan mereka pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Permasalahan kajian berpusat pada persaingan ekonomi dan konflik sosial yang timbul akibat migrasi peribumi luar yang mengganggu hak monopoli komuniti Murut terhadap sumber hutan.
Interaksi sosial seperti perkahwinan campur dan amalan perhambaan turut mempengaruhi hubungan antara komuniti.
Objektif kajian adalah mengkaji faktor migrasi dan menganalisis konflik sosioekonomi yang timbul.
Selanjutnya, kajian historiografi ini bersifat kualitatif dan deskriptif serta dilakukan melalui kaedah kepustakaan dan arkib.
Teknik kritis terhadap sumber sejarah merangkumi dokumen primer seperti The British North Borneo Herald (BNBH) dan North Borneo Secretariat File (NBSF) serta sumber sekunder dalam bentuk buku dan artikel telah dilakukan demi mencapai objektiviti sejarah dalam kajian ini.
Dapatan kajian menunjukkan migrasi peribumi Borneo ke Borneo Utara didorong oleh potensi ekonomi hasil hutan yang akhirnya mencetuskan persaingan dan konflik hubungan dengan komuniti Murut.
Kerajaan kolonial memainkan peranan penting dalam mengurus konflik melalui dasar pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang.
Kajian ini memberikan pemahaman mendalam tentang aspek migrasi dan interaksi sosial antara komuniti.
Prospek kajian mencadangkan penyelidikan lanjut mengenai hubungan sosial dan ekonomi komuniti Murut dalam era pasca penubuhan Malaysia.

Related Results

EKSPRESI PHILIP RICARDO BIJI TERHADAP MASYARAKAT DI SABAH MELALUI ARCA ‘TANPA TAJUK’
EKSPRESI PHILIP RICARDO BIJI TERHADAP MASYARAKAT DI SABAH MELALUI ARCA ‘TANPA TAJUK’
Kajian ini menjalankan analisis terhadap karya arca Philip Ricardo Biji berjudul ‘Tanpa Tajuk’ untuk menyingkap ekspresi pengarca terhadap masyarakat di Sabah. Data-data pemerhatia...
PEMBANGUNAN MASYARAKAT PERIBUMI PANTAI BARAT BORNEO UTARA DALAM CATATAN SEJARAH TERPILIH
PEMBANGUNAN MASYARAKAT PERIBUMI PANTAI BARAT BORNEO UTARA DALAM CATATAN SEJARAH TERPILIH
Penulis tempatan dan Eropah mempunyai catatan berkenaan perkembangan politik dan ekonomi masyarakat peribumi di Borneo Utara. Kesultanan Brunei memerintah pantai barat Borneo Utara...
PERGERAKAN MIGRASI ORANG INDIA KE SABAH 1882-1969: PERTAMBAHAN POPULASI DAN PEMBENTUKKAN IDENTITI ORANG INDIA DI SABAH
PERGERAKAN MIGRASI ORANG INDIA KE SABAH 1882-1969: PERTAMBAHAN POPULASI DAN PEMBENTUKKAN IDENTITI ORANG INDIA DI SABAH
Migrasi merupakan salah satu pergerakan sosial manusia sejak sekian lama bermula daripada konteks pra sejarah sehingga ke hari. Memperlihatkan aktiviti sosial ini adalah sebahagian...
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI SABAH: PEMBERDAYAAN KOMUNITI
Community Empowerment adalah salah satu strategi utama Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ia adalah satu agenda untuk merekayasa komuniti b...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti memerlukan pihak kolej menyediakan keperluan yang mesra OKU untuk memudahkan mereka mengikuti pembelajaran mereka. Objektif kajian ini ialah me...
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Prinsip Pelancongan Berteraskan Komuniti dari Perspektif Islam
Pelancongan Berteraskan Komuniti yang melibatkan komuniti setempat secara langsung dalam semua projek pembangunan di sesebuah kawasan yang terbabit merupakan salah satu daripada ca...
Mengupas Pemahaman terhadap Konsep Komuniti dari Perspektif Teori dan Aplikasi Perasaan Kemasyarakatan (Sense of Community)
Mengupas Pemahaman terhadap Konsep Komuniti dari Perspektif Teori dan Aplikasi Perasaan Kemasyarakatan (Sense of Community)
Konsep komuniti merupakan teras utama dalam psikologi komuniti kerana peranannya dalam membentuk hubungan sosial, sokongan bersama, dan kesejahteraan psikologi individu. Dalam kont...

Back to Top