Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Analisis Dialek Kelantan dan Simbol Budaya Masyarakat Dalam Telefilem Ikan Singgang Cicah Budu

View through CrossRef
Dialek merupakan Bahasa daerah atau setempat yang digunakan di seluruh negara. Setiap negeri mempunya dialek yang tersendiri. Walaupun Masyarakat di Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik dan terdiri daripada satu rumpun, namun adakala dielek yang digunakan tidak mampu difahami oleh semua golongan Masyarakat di negara ini. Justeru, makalah ini meneliti simbologi budaya terhadap bunyi nasal dialek Kelantan menerusi telefilem “Ikan Singgang Cicah Budu”. Ia memfokuskan penelitian terhadap perubahan bunyi nasal dalam dialek Kelantan dalam perubahan bunyi nasal [n] kepada [ƞ]. Kemudian ia juga turut meneliti perubahan pada bunyi nasal [n], [m], [ƞ] kepada bunyi vokal e taling [ě]. Sementara itu, ia juga melihat  perbandingan sebutan perkataan yang mengandungi konsonan nasal dalam dialek Kelantan dengan sebutan perkataan dalam Bahasa Melayu moden. Justeru, pendekatan simbologi dan juga analisis tekstual terhadap telefilem “Ikan Singgang Cicah Budu” mengikut babak-babak yang terpilih. Ia dianalisis menerusi minit ke minit dalam setiap babak yang menggunakan dialek Kelantan yang menggunakan bunyi nasal tersebut. Dapatan menunjukkan terdapat 7 perubahan bunyi nasal [ n ] kepada [ ƞ ], dan 32 perubahan bunyi nasal [n], [m], [ƞ]  kepada bunyi vokal e taling [ě]. Perubahan yang berlaku ini menunjukkan perbezaan kosa kata dalam dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Moden. Hal ini menunjukkan bahawa kosa kata asal Bahasa Melayu Moden yang diubah oleh masyarakat Kelantan hanya boleh difahami dalam kalangan mereka. Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa dialek Kelantan ini memainkan peranan penting dalam variasi Bahasa Melayu. Malah, ia menunjukkan kepelbagaian bahasa yang diukur menggunakan dialek iaitu isoglos dan menunjukkan keunikan Bahasa Melayu di Malaysia.  
Title: Analisis Dialek Kelantan dan Simbol Budaya Masyarakat Dalam Telefilem Ikan Singgang Cicah Budu
Description:
Dialek merupakan Bahasa daerah atau setempat yang digunakan di seluruh negara.
Setiap negeri mempunya dialek yang tersendiri.
Walaupun Masyarakat di Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik dan terdiri daripada satu rumpun, namun adakala dielek yang digunakan tidak mampu difahami oleh semua golongan Masyarakat di negara ini.
Justeru, makalah ini meneliti simbologi budaya terhadap bunyi nasal dialek Kelantan menerusi telefilem “Ikan Singgang Cicah Budu”.
Ia memfokuskan penelitian terhadap perubahan bunyi nasal dalam dialek Kelantan dalam perubahan bunyi nasal [n] kepada [ƞ].
Kemudian ia juga turut meneliti perubahan pada bunyi nasal [n], [m], [ƞ] kepada bunyi vokal e taling [ě].
Sementara itu, ia juga melihat  perbandingan sebutan perkataan yang mengandungi konsonan nasal dalam dialek Kelantan dengan sebutan perkataan dalam Bahasa Melayu moden.
Justeru, pendekatan simbologi dan juga analisis tekstual terhadap telefilem “Ikan Singgang Cicah Budu” mengikut babak-babak yang terpilih.
Ia dianalisis menerusi minit ke minit dalam setiap babak yang menggunakan dialek Kelantan yang menggunakan bunyi nasal tersebut.
Dapatan menunjukkan terdapat 7 perubahan bunyi nasal [ n ] kepada [ ƞ ], dan 32 perubahan bunyi nasal [n], [m], [ƞ]  kepada bunyi vokal e taling [ě].
Perubahan yang berlaku ini menunjukkan perbezaan kosa kata dalam dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Moden.
Hal ini menunjukkan bahawa kosa kata asal Bahasa Melayu Moden yang diubah oleh masyarakat Kelantan hanya boleh difahami dalam kalangan mereka.
Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa dialek Kelantan ini memainkan peranan penting dalam variasi Bahasa Melayu.
Malah, ia menunjukkan kepelbagaian bahasa yang diukur menggunakan dialek iaitu isoglos dan menunjukkan keunikan Bahasa Melayu di Malaysia.
 .

Related Results

Pengolahan Ikan di Kabupaten Bantaeng
Pengolahan Ikan di Kabupaten Bantaeng
UKM Melati dan UKM Sipatujui adalah dua mitra yang bergerak dalam bidang pengolahan ikan di Kabupaten Bantaeng. Kedua mitra selama ini hanya mengembangkan kerupuk amplang dan bakso...
Margin Pemasaran Ikan di Kecamatan Insana Utara Kabupaten Timor Tengah Utara
Margin Pemasaran Ikan di Kecamatan Insana Utara Kabupaten Timor Tengah Utara
Penelitian bertujuan untuk mengetahui 1) fungsi-fungsi pemasaran yang dilakukan nelayan dan pedagang perantara; 2) saluran pemasaran ikan; dan 3) margin pemasaran ikan. Metode anal...
KAJIAN MENGENAI NILAI MURNI MELALUI KEUNIKAN DIALEK KELANTAN DALAM CERITA RAKYAT MELAYU DI KELANTAN
KAJIAN MENGENAI NILAI MURNI MELALUI KEUNIKAN DIALEK KELANTAN DALAM CERITA RAKYAT MELAYU DI KELANTAN
Abstrak Pada era globalisasi kini, penyelidikan terhadap cerita rakyat Melayu semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan para sarjana di Malaysia. Hal ini kerana, para sarj...
Analisis Dialek Dalam Bentuk Bahasa Percakapan Dalam Film “Imperfect” Karya Meira Anastasia
Analisis Dialek Dalam Bentuk Bahasa Percakapan Dalam Film “Imperfect” Karya Meira Anastasia
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh penggunaan dialek dalam bentuk Bahasa percakapan yang ada di dalam film Im’Perfect karya Meisa Anastasya. Penggunaan Bahasa dialek dalam film i...
PEMAKAIAN DIALEK BAHASA SUMBAWA : KAJIAN ASPEK SOSIOLINGUISTIK
PEMAKAIAN DIALEK BAHASA SUMBAWA : KAJIAN ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Mahsun (2004) membagi Bahasa Sumbawa (BS) ke dalam empat dialek, yaitu Dialek Sumbawa Besar (DSB), Dialek Taliwang (DT), Dialek Jereweh (DJ), dan Dialek Tongo (DTn). Kajian ini ber...
ISOLASI DAN IDENTIFIKASI MIKROFLORA INDIGENOUS DALAM BUDU (Isolation and Identifi cation of Indigenous Microfl ora in Budu)
ISOLASI DAN IDENTIFIKASI MIKROFLORA INDIGENOUS DALAM BUDU (Isolation and Identifi cation of Indigenous Microfl ora in Budu)
Budu from is a fermented fi sh product mainly found in the coastal areas such a Pariaman, Tiku and Pasaman, West Sumatera. Budu is normally made from bigger sized marine fi sh such a...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...

Back to Top