Javascript must be enabled to continue!
Representasi Hubungan Etnik dalam Novel Remaja dari Perspektif Etika Sosiobudaya
View through CrossRef
Novel remaja sering memerihalkan keunikan hubungan etnik, kepentingan, dan isu sejagat yang dihadapi oleh masyarakat multikultur di seluruh dunia. Pemerihalan ini memerlukan penerokaan khusus untuk meneliti sejauh mana novel remaja merepresentasikan hubungan etnik. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis hubungan etnik dalam novel-novel remaja dari perspektif etika sosiobudaya berlandaskan Teori Etika dalam Sastera. Kajian ini dilakukan secara kualitatif deskriptif. Analisis dan kajian ditumpukan kepada identiti dan latar sosiobudaya, hubungan antara kaum dan fenomena sosiobudaya yang terdapat dalam novel-novel remaja terpilih, iaitu novel Ayah, Nyanyian Musim Rusuh dan Nanyang. Hasil kajian menunjukkan bahawa novel-novel remaja terpilih memainkan peranan penting dalam memperkenalkan hubungan etnik kepada pembaca remaja. Kajian juga membuktikan pemahaman tentang budaya masyarakat dalam novel remaja tidak hanya menyumbang kepada pembangunan literasi remaja, tetapi juga memperluaskan horizon kebudayaan remaja dan membantu memupuk pemikiran kritis dan menyemai semangat muhibah. Kajian ini merumuskan bahawa novel remaja merupakan medium yang berpotensi menyalurkan pesanan etika tentang kepentingan memelihara hubungan etnik. Dicadangkan kajian lanjutan dilakukan ke atas bahan bacaan lain supaya cakupannya lebih komprehensif.
Title: Representasi Hubungan Etnik dalam Novel Remaja dari Perspektif Etika Sosiobudaya
Description:
Novel remaja sering memerihalkan keunikan hubungan etnik, kepentingan, dan isu sejagat yang dihadapi oleh masyarakat multikultur di seluruh dunia.
Pemerihalan ini memerlukan penerokaan khusus untuk meneliti sejauh mana novel remaja merepresentasikan hubungan etnik.
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis hubungan etnik dalam novel-novel remaja dari perspektif etika sosiobudaya berlandaskan Teori Etika dalam Sastera.
Kajian ini dilakukan secara kualitatif deskriptif.
Analisis dan kajian ditumpukan kepada identiti dan latar sosiobudaya, hubungan antara kaum dan fenomena sosiobudaya yang terdapat dalam novel-novel remaja terpilih, iaitu novel Ayah, Nyanyian Musim Rusuh dan Nanyang.
Hasil kajian menunjukkan bahawa novel-novel remaja terpilih memainkan peranan penting dalam memperkenalkan hubungan etnik kepada pembaca remaja.
Kajian juga membuktikan pemahaman tentang budaya masyarakat dalam novel remaja tidak hanya menyumbang kepada pembangunan literasi remaja, tetapi juga memperluaskan horizon kebudayaan remaja dan membantu memupuk pemikiran kritis dan menyemai semangat muhibah.
Kajian ini merumuskan bahawa novel remaja merupakan medium yang berpotensi menyalurkan pesanan etika tentang kepentingan memelihara hubungan etnik.
Dicadangkan kajian lanjutan dilakukan ke atas bahan bacaan lain supaya cakupannya lebih komprehensif.
Related Results
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KOMUNIKASI DAN PERSEPSI HUBUNGAN ETNIK DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
ABSTRAK Berasaskan Teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan etnik dan pola komunikasi merentas...
REPRESENTASI REMAJA DALAM FILM INDONESIA
REPRESENTASI REMAJA DALAM FILM INDONESIA
Film remaja merupakan suatu fenomena sosial yang turut berperan besar dalam proses pembentukan gagasan-gagasan budaya yang berkaitan dengan dunia remaja. Kajian terhadap film remaj...
AMALAN SOGIT DALAM KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI RANAU, SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN HUKUM ISLAM
AMALAN SOGIT DALAM KALANGAN MASYARAKAT DUSUN DI RANAU, SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN HUKUM ISLAM
Etnik Dusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di negeri Sabah. Majoriti daripada etnik ini telah memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun, kesinambungan kepercayaan tradisional...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
PENYULUHAN GENRE ORANG MUDA HARAPAN BANGSA
PENYULUHAN GENRE ORANG MUDA HARAPAN BANGSA
ABSTRAK Masa remaja merupakan masa peralihan dari masa kanak-kanak ke masa dewasa. Menurut WHO batasan usia remaja adalah 10 tahun hingga 19 tahun. Batasan usia remaja yang digunak...
Peran Edukasi Remaja dalam Pencegahan Stunting
Peran Edukasi Remaja dalam Pencegahan Stunting
Pendahuluan : Program Generasi Berencana (GenRe) menjadi salah satu program yang dituntut untuk melakukan penyesuaian karena target Group dari program ini adalah remaja yang tidak ...
Representasi Siswa SMP dalam Memecahkan Masalah Matematika Ditinjau dari Kemampuan Matematika
Representasi Siswa SMP dalam Memecahkan Masalah Matematika Ditinjau dari Kemampuan Matematika
Representasi adalah bentuk interpretasi pemikiran siswa yang digunakan untuk menemukan solusi dari suatu masalah. Adapun representasi matematis siswa dalam memecahkan masalah dipen...
Adaptasi Metafora dalam menyampaikan makna melalui Kajian Visual bagi Karya Seni Kontemporari terpilih oleh Jalaini Abu Hassan Siri Pameran ‘Re-Found Object’ dalam Konteks Sosiobudaya
Adaptasi Metafora dalam menyampaikan makna melalui Kajian Visual bagi Karya Seni Kontemporari terpilih oleh Jalaini Abu Hassan Siri Pameran ‘Re-Found Object’ dalam Konteks Sosiobudaya
Objektif utama kajian penyelidikan ini adalah untuk mengkaji serta menganalisis karya terpilih Jalaini Abu Hassan dalam siri pameran “Re-Found Object” untuk membuat interpretasi ma...

